Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 8

“Maaf Encik Syahran! Emm… hari ini Encik Syahran adaappointment dengan Encik Adli,” ucap Yani sambil meneliti kalendar rancangan yang dikhaskan untuk temujanji Tengku Syahran.
     Tengku Syahran mengerutkan dahi.Segera melepaskan pandangan pada pintu bilik Adli tidak jauh dari situ.Adli temannya sejak dari sekolah lagi sehinggalah ke universiti dan kini menjadi pembantu dalam perniagaannya.
“Apa dia mahu?“
“Encik Adli ajak Encik Syahran main boling malam nanti.Katanya kat tempat biasa
dan tempatnya dah ditempah.” Yani masih memandang kalendar rancangan itu.                   “          Aikk…personal case pun awak catatkan dalam kalendar tu?”

      “Dah tugas saya Encik Syahran.Encik Adli yang suruh saya tinggalkan pesan dan saya sebagai setiausaha Encik Syahran hanya menurut perintah.”
Tengku Syahran mengangguk.Kemudian dia melangkah ke biliknya dan melakukan kerja-kerja yang terbengkalai.Nasib baik dia tidak mengambil cuti panjang.Jika tidak banyaklah kerjanya yang terpaksa dibereskan.

Itu pun maknya masih sibuk menyoalkan tentang hal berbulan madu dan menyuruh Tengku Syahran membawa Zahlia melancong ke tempat orang.
Hehh tak mungkin aku nak pergi jauh-jauh.Dalam bilik pun aku dah tak boleh nak tahan, bila dah jauh? Apa pulak jadinya! Lagi parah Astaghfirullah-al-azim.
Tiba-tiba pintu bilik terbuka luas.Tengku Syahran terkejut.Adli muncul dalam senyuman.
“Assalamualaikum,” sapa Adli.
      “Hmm Waalaikumussalam.Kau dari mana?” soal Tengku Syahran seraya mencampakkan pen di atas meja. Adli terus duduk di hadapannya.
      “Aku dari bilik akulah.Mana lagi?“Anis sihat?“
       “Okey.Semalam aje dia tak sedap badan.Faham-faham ajelah orang perempuan kalau pregnant! Kau bagaimana? Sejak jadi pengantin baru ni, bukan main lagi. Takcall aku pun masa cuti.Sibuk berhoneymoon ke?” usik Adli dengan ketawa nakal.
    
     “Merepeklah kau.Nothing happen okay! Dia ke tempat lain dan aku ke tempat lain.Tak ada persamaan,” jawab Tengku Syahran.

Adli sudah tahu tentang perkahwinan Tengku Syahran dan juga tentang surat perjanjian.
“
        “Aku takut kau tak mampu bertahan lama Syah! Dulu lagi aku dah ingatkan yang Alia tu have something yang boleh membuatkan kau layu.Jangan sampai kau tersyok sendiri dahlah!”
        “Hei, aku ingat lagi perasaan aku tau.Tak akan ada cinta untuknya kerana Nazirah tetap nombor satu.”

       “Asyik-asyik Nazirah.Nazirah dah tak ada Syah.Sampai bila kau nak tutup pintu hati kau tu? Cuba bagi peluang kat diri-sendiri.”
Adli mengeluh dengan sikap temannya itu.Nazirah juga adalah sahabatnya ketika di universiti dahulu.Tidak sangka di waktu itu, Tengku Syahran menaruh hati pada Nazirah.Gadis bertudung yang ligat dan peramah itu.

     “Sayangku pada Nazirah tak ada tandingan.Alia kau suruh gantikan tempat Nazirah? Kirim salam ajelah.Bagifree pun aku tak ingin!” Tengku Syahran berkata riak.

     “Wehh bagi free tak ingin konon.Kalau dah tahu, kenapa kau ajak dia kahwin dengan kau? Dah buang tabiat!” Adli berasa sedikit geram dengan perangai keras kepala rakannya itu.

Pada pandangan Adli, Zahlia adalah dunia baru Tengku Syahran.Mungkin dahulu, Nazirah sahaja yang dia nampak.Tetapi kini, Zahlia bagaikan jelmaan baru Nazirah dan kelihatan sempurna untuk menjadi isteri kepada Tengku Syahran.Rupa ada!Budi bahasa kaya! Tidak tahulah Adli apa kelebihan Nazirah pada Tengku Syahran sehinggakan Zahlia kelihatan terlalu kecil di matanya.
      “Aku kahwin dengan Alia sebab nak elakkan diri dari Linda.Kebetulan pulak Alia perlukan wang.Tak ada sebab lain untuk aku berkahwin dan jatuh cinta pada dia.” Tengku Syahran menjawab.
       “Kau sure ke? Entah-entah sejak malam tu lagi kau dengan Alia…..”
        “Hissyyy… cakap biar beralas beb.Aku tak seburuk yang kau sangkakan tau? Sesuka hati nak ambil kesempatan walaupun Alia dah jadi isteri aku yang sah.Aku masih waraslah,Li! Nazirah adalah segala-galanya.” Tengku Syahran berkata lagi.Dia      terlupa perbuatan nakalnya pada Zahlia sejak hari pertama wanita itu tidur di biliknya lagi.Langsung tak ingat.
       “Nazirah lagi! Eleh… dahlah.Aku nak lihat sejauh mana kemampuan kau untuk bertahan. Adli seolah-olah mencabar.

Tengku Syahran ketawa kecil.
    “Alright!” ujar Tengku Syahran pendek.
    “Kau dah dapatmessage aku dari Yani?” Adli menukar topik.Dia sudah malas mahu berbalah dengan teman yang memang pandai menjawab.
     “Dah.Kau jadi pergi malam ni?”
     “Aku sure! Kau tu aje, pengantin baru.Aku takut Alia gari kaki kau, tak bagi keluar bilik,” seloroh Adli memecah keheningan kamar pejabat berhawa dingin itu.
     “Yalah tu.Kita tengok kaki siapa yang kena gari.Kau ke aku?” Tengku Syahran membalas dengan ketawa.



“SYAH hari ni kita nak ke mana?” Nazirah bertanya sambil duduk di sebelah Tengku Syahran.
     Tengku Syahran menoleh pada gadis yang baru sampai dan masih tercungap-cungap itu.Bibirnya mengukir senyuman walaupun sudah 15 minit gadis itu terlewat dari waktu yang dijanjikan.Tengku Syahran tidak kisah.Cintanya telah mengaburi mata.Hatinya buta untuk melayani perasaan rajuk.Nazirah terlalu baik untuk dimarahi.Mungkin dia terlewat kerana kuliah habis lambat.

         “Suka hati Irahlah.Syah tak kisah.Bosanlah duduk kat apartment sorang-sorang.”
         “Adli tak ada ke?“tanya Nazirah lembut sambil membuka beg kecil mengeluarkan alat soleknya.Wajahnya nampak pudar.Ingin ditouch-up.
Gelagat Nazirah itu hanya diperhatikan oleh Tengku Syahran.Lelaki itu tahu, Nazirah memang suka bersolek.Tidak kira di mana berada, gadis itu pandai bergaya.

      “Dia ada discussion group dengan Jeff.Esok mereka adapresentation kattutorial,” jawab Tengku Syahran.
       Nazirah menyimpan semula alat soleknya ke dalam beg.

      “Irah sebenarnya tak ada mood nak jalan jauh.Apa kata kalau kita duduk kat sini dan berbual? Dah lama kita tak berbual berdua,” pinta Nazirah seraya merenung anak mata Tengku Syahran dalam-dalam.
      Anak mata Tengku Syahran yang hitam berkilat itu telah memikat hatinya sejak kali pertama bertentang mata.Nazirah malu mahu berterus-terang.Dia takut Tengku Syahran tidak menyimpan perasaan terhadapnya.Disebabkan itu, Nazirah bersikap selamba apabila duduk bersama Tengku Syahran sehinggalah lelaki itu sendiri yang meluahkan perasaan yang sama kepadanya.
      “Kenapa kat sini aje? Syah bosanlah hari-hari menghadap bangunan ni.Apa kata kalau kita mencuci mata pulak,“ujar Tengku Syahran sambil membalas renungan itu.
Kasih sayangnya suci dan tulus sekali.Dahulu, dia pernah putus cinta tetapi cinta dahulu hanyalah cinta monyet.Selepas berjumpa Nazirah, segala- galanya kembali indah.Tengku Syahran sayangkan gadis yang dikenali melalui Adli itu.Dia juga telah menyuarakan hasrat hati untuk memiliki gadis itu apabila tamat pengajian nanti.
      “Boleh jugak.Tapi, carilah tempat yang adaprivacy sikit.Irah nak berdua aje dengan Syah.
      “Irah tak mahu ada sesiapa yang kacau sebab Irah takut Irah tak dapat hidup lama.”
Tengku Syahran pantas meletakkan jari-jemarinya di bibir Nazirah.Memberi isyarat supaya gadis itu tidak meneruskan lagi kata- katanya.Semenjak dua menjak ni, Nazirah sering berbicara yang pelik-pelik.Wajahnya lebih ceria dan berseri-seri.Tengku Syahran tidak tahu mengapa.
          “Irah selalu cakap begitu.Syah tak suka dengar.Kan kita dah janji nak hidup semati.Kalau Irah betul-betul nak pergi, bawa Syah sekali.Kita pergi sama- sama.” Berkobar-kobar Tengku Syahran berkata.
   Nazirah hanya tersenyum manja.Perasaan marah Tengku Syahran terus berkubur apabila mendengar ungkapan pelik Nazirah sebentar tadi.
        “Syah tahu tak, mengingati mati ni hukumnya sunat.” Nazirah bersuara tenang.Masih tersenyum manja.
      Tengku Syahran terdiam.Kata-kata Nazirah, membuatkan hatinya berdebar-debar.Apakah itu satu petanda? soal Tengku Syahran dalam hati.

         “Cukuplah.Jom kita pergi.Nak naik cab ke?” Tanya Nazirah.
         “Tak Syah drive.Sewa kereta,”jawab Tengku Syahran sambil bangun.
Debaran di hati sudah reda.Tiada lagi perasaan cemas yang mengacau fikirannya.Dia hanya ingat cintanya pada gadis itu yang kian bertambah.Tanpa langsung difikirkan yang hari itu adalah hari terakhir mereka bersama.




“SYAH!” teguran itu bergema bersama satu tepukan kecil di bahu Tengku Syahran.
Tengku Syahran tersedar.Bunyi bola boling yang kedengaran bergolek di sana-sini terus menyapa telinga.Adli sedang memandangnya.

     “Turn kaulah“. beritahu Adli sengaja ditekankan suaranya.

Tengku Syahran bangun untuk membuat balingan.Adli memerhatikan gerak-geri Tengku Syahran dengan rasa hairan.Tengku Syahran sejak tadi asyik berkhayal.Tidak ada tumpuan langsung.Kenapa?
    Tengku Syahran duduk semua di kerusinya.Balingannya hanya menjatuhkan lima
pin sahaja.Dia tidak langsung menyedari yang dirinya sedang diperhatikan.
        “Kau tengah fikirkan apa,Syah?” tanya Adli sambil memeluk tubuh.
       “Tak ada apa-apalah.Aku teringatkan seseorang aje,” ujar Tengku Syahran sambil tangannya mencapai minuman dalam tin lalu diteguknya.
           Adli terus membuat balingan.Kemudian duduk di kerusi yang bertentangan dengan Tengku Syahran.
“Pasal Alia ke?”
         “Bukanlah.Buat apa aku nak ingatkan dia? Buang masa aje.Baik aku ingatkan kau,” ujar Tengku Syahran sambil tergelak.
          Wajah Adli begitu serius.Adli kurang senang dengan kata-kata Tengku Syahran tadi.Kalau bukan Alia siapa?
           Melihat wajah serius Adli, Tengku Syahran mematikan ketawanya.Dia membuat balingan terakhir untuk game kedua mereka.
          Balingan yang masih tidak memuaskan.Hari itu, nasibnya kurang baik.Jatuhan pin tiada yang habis kesemuanya.Biasanya dialah juara.Mungkin malam ini, Adli bakal menyandang gelaran juara yang selama ini menjadi milik Tengku Syahran.
     “Kalau bukan Alia, Nazirah?” soal Adli.
      Tengku Syahran tunduk.Rindunya masih menggunung.Pertanyaan Adli menggamit kembali wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu ke mindanya.Makin lenyaplah bayangan Zahlia yang hanya sesekali melayang ke ruang mata.
      Adli tetap menanti tetapi Tengku Syahran tidak menjawab soalan tadi.
     “Kau ni tak habis-habis dengan Nazirah.Tak tenteram rohnya.Nazirah dengan kau pun belum ada apa-apa pertalian.Sampai bila kau nak terus mengingati dia?” suara Adli tenang tetapi hati Tengku Syahran terguris.
      Sampai hati Adli berkata begitu.Sesungguhnya cinta Tengku Syahran kepada Nazirah terlalu sukar untuk dilupakan.Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui betapa rasa cinta itu masih menyala.
      “Sedarlah Syah! Kau dah kahwin tau! kau dah kahwin! Kisah kau dengan Nazirah sudah lima tahun berlalu.Isteri kau kat rumah tu, takkan kau nak biarkan hubungan kau dengan Alia hambar dan hidup macam biasa.
Selama mana seorang perempuan dengan lelaki boleh hidup sebilik tanpa ada apa-apa berlaku? Tak mungkin, kalau pun sehari dua kau boleh bertahan, belum tentu dalam waktu-waktu akan datang, kau dengan Alia tak ada apa-apa! Percayalah! aku dah kaji perkara ni sebelum kau kahwin lagi.” Adli melepaskan perasaan geramnya yang membuak-buak.
        Adli tidak marahkan Tengku Syahran, tetapi haruslah ada batasnya.Nazirah sudah tiada.Zahlia yang seharusnya cuba didekati.Bukan terus berusaha agar cinta Nazirah kekal di hati.Sebaliknya rebutlah hati Zahlia yang Adli tahu masih belum berpunya.Bodohlah Syah, jika Zahlia dilepaskan begitu sahaja.

         “Aku masih sayangkan Nazirah.” Lemah ucapan itu.
         “Aku tahu! Tapi kau kena ingat, Nazirah dah tak ada.Alia dah jadi isteri kau.Cubalah dekati dia dan simpan kenangan kau dengan Nazirah.Alia tu tak ubah macam Nazirah.Lawa!kenapalah hati kau ni buta sangat?”
       “Li, aku pernah cuba membuang wajah Nazirah jauh-jauh.Tapi aku gagal.Setiap waktu bayangannya tetap ada.Aku dah berusaha, Li.Malah sewaktu aku menyuarakan cadangan aku untuk mengahwini Alia, aku pernah jugak terfikir untuk cuba menyayangi Alia sepertimana aku menyayangi Nazirah.Tetapi gagal.Wajah Alia
tak mampu untuk menggantikan tempat Nazirah.Mungkin apa yang kau cakap pasal lelaki tadi betul.Aku akui, hampir-hampir tertewas dengan perasaan nakal aku sendiri sewaktu kali pertama aku melihat Alia tak bertudung.Tapi entahlah,”
         Tengku Syahran teringat perbuatan nakalnya malam itu.Dia memandang Adli.Minuman ringan di tangan diteguk lagi.Lega terasa tekaknya.Mujurlah Adli teman yang pandai menyimpan rahsia.Jika tidak, jenuh juga mahu mencari teman yang sudi berkongsi masalah.
          “Aku tak suruh kau buang bayangan Nazirah terus.Mengingati tak apa.Jangan lebih-lebih.Alia tu, baik sangat.Aku tau Alia pun tak pernah cintakan kau.Tapi, apa salahnya kalau kau buat dia jatuh cinta kat kau! Tak semestinya bercinta sebelum berkahwin lebih bahagia daripada bercinta selepas berkahwin.Kau boleh buktikan.Alia tu masih solo.I think she’s the one for you,” pujuk Adli perlahan.
Tengku Syahran terdiam.
       “Aku dengan dia dah berjanji.Dia ada syarat dan aku pun ada syarat.Kami tak boleh jatuh cinta.”
       “ Syarat untuk melarang kau dengan Alia bercinta ada ke? Kau jangan nak temberanglah Syah! Aku baca perjanjian tu tau!” Adli mencelah.

Tengku Syahran terdiam.Mengiakan kata-kata Adli di dalam hati.Dia tidak mahu bersuara secara terang.Lagipun dia sendiri sudah melanggar perjanjian itu sejak hari pertama lagi kerana berani mengusik wanita itu.Dan Zahlia pun apa kurangnya, tidak menggunakan panggilan yang termaktub dalam syarat pun.

    “Kenapa senyap? Betul tak aku cakap tak ada?”
    “Memanglah tak ada.Tapi aku takut bila dah separuh mati bercinta, tiba-tiba kena berpisah.Lagi parah.Aku merana dua kali.Alia? Sekali aje tau!”
    “Alah, bila dah jatuh cinta takkan ada rintangan yang menghalang.Kalau kena berpisah pun, rujuklah balik.Apa yang susah?Lagipun hal ni hanya aku dan Anis sahaja yang tahu.Kalau kau dengan Alia tak heboh pada sesiapa, insyaALLAH segalanya beres.” Bersungguh-sungguh Adli memberikan pendapat.

 Tengku Syahran merenung Adli yang sedang mencapai minuman tin yang masih belum dibuka.Selepas penutup itu ditarik, Adli meneguk perlahan- lahan.
      “Aku…..”
     “Dahlah tu.Fikirkan hal ini kemudian.Aku yakin, kau dengan Alia sepadan.Mintalah petunjuk ALLAH, mana tau memang Alia jodoh kau.”
      “Nampaknya hari ini aku kalahlah Li.” Tengku Syahran memerhatikan skrin markah di tepinya.Adli tersengih.
      “Itulah.Biasanya kaulah juara.Hari ni biar aku pulak yang menang.”
      “Kau nak aku buat apa ni?” Adli terdiam.Mencari jawapan kepada pertanyaan Tengku Syahran.
     “Belanja makan ajelah.”
     “Jom….”
Mereka berjalan keluar dari pusat boling itu.

.”Haa… esok malam datang rumah aku! Ajak Zahlia sekali.Anis yang beria-ia nak berkenalan dengan Alia.Kau mesti datang, kalau tak? Nahas!” bagaikan satu ugutan Adli berkata.

     Tengku Syahran menjegilkan biji mata.

     “Wah, kau ugut aku ya?”

     “Lebih kuranglah.”

Tengku Syahran ketawa kecil.

“InsyaALLAH.Nanti aku tanya Alia dulu.”

“Lepas Maghrib tau!”

  “Okey.”

No comments:

Post a Comment