Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 10


ZAHLIA melihat jam di dinding.Sudah pukul 5.30 petang.Pagi tadi, Tengku Syahran ada memberitahu tentang pelawaan Adli.Hendak ditolak, Zahlia tidak sampai hati apabila terbayang Anissa yang sedang berbadan dua dan beria-ia mahu berkenalan rapat dengannya.Dengan pantas Zahlia mengemas buku-buku latihan yang berselerak di atas meja.
      Sebelum kahwin, Zahlia pernah berjumpa dengan Anissa sewaktu mahu menandatangani perjanjian perkahwinan.Selepas itu, semasa hari perkahwinannya dan kini malam ini dia kan bertemu lagi dengan Anissa.
      Sebaik saja Zahlia habis berkemas, Fatimah masuk ke bilik guru dengan membawa buku-buku latihan kelasnya.Fatimah memandang Zahlia sebelum mengalihkan pandangan pada jam di dinding.

     “Hai Alia, tergesa-gesa nampak! Kau nak ke mana?” tegur Fatimah sambil meletakkan buku- buku latihan tadi di atas meja.
     Zahlia menyangkut beg tangan ke bahu.Dia bergerak ke meja Fatimah.Fatimah sudah tahu berkenaan perkahwinannya.Zahlia sendiri yang berterus- terang.
     “Aku ada hal dengan Syah.Dia ajak aku ke rumah kawan dia malam ni,“beritahu Zahlia lembut.
    Fatimah mengangguk.Matanya merenung anak mata Zahlia seketika.Fatimah suka benar merenung anak mata Zahlia yang jarang-jarang dijumpai.Cantik dan menawan.Memang sesuai untuk mata yang bulat dan bundar beserta alis mata yang cantik terukir.Mata kau memang cantik Alia! Pujinya dalam hati.
    “Kenapa pandang aku macam tu?” soal Zahlia. Fatimah hanya menggeleng.
    “Rajin pulak kau nak pergi? Kalau aku,dahlah kahwin pun cara macam ni.Tak pernah sayang- menyayangi.Lepas tu,nak menghadap muka dia baik lupakan.Tapi, kau tu tak apalah.Nak menghadap muka suami kau sepanjang masa pun tak kisah.Sejuk mata turun ke hati.”
      Kata-kata Fatimah menimbulkan persoalan dalam benak Zahlia.Dia membalas pandangan temannya itu.
     “Kenapa kau cakap macam tu? Maksud aku,sejuk mata turun ke hati?”
     “Laki kau tu,handsome, kacak, tampan apalagi kau nak? Kerabat diraja lagi, kalau aku dapat, jangan guna kontrak, kalau dia paksa kahwin pun aku rela.”
      Zahlia tergelak.Kata-kata Fatimah tidak pernah difikirkan langsung.Dia berkahwin dengan Tengku Syahran pun bersebab.Sebab yang tiada pada pasangan lain.Mana mungkin dia jatuh cinta pada lelaki yang hanya dikenali seminggu.
      Zahlia teringat sewaktu dia terkocoh-kocoh hendak ke hospital melawat Razif.Tiba-tiba dia terlibat dengan kemalangan kecil.Kemudian, tanpa diduga dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Tengku Syahran.Tidak terfikir langsung oleh mindanya akan timbul masalah yang mendatang.
      “Wehh, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Fatimah mengawang-awangkan tangan di hadapan muka Zahlia.
      Zahlia tersenyum.Terlupa yang Fatimah masih berada di situ.Zahlia pandang ke arah jam tangannya lagi.
     “Aku nak balik dululah Imah.Dah dekat pukul 6.00 ni.Takut Syah sampai rumah dululah.Aku nak berebut bilik air ni!”
     “Laa… itu ke sebabnya kau tergesa-gesa?” Zahlia tersengih dan mengangguk.
     “Syah kalau mandi mengalahkan orang perempuan.Baik aku masuk bilik air dulu.Asar pun dah nak habis ni.Okeylah ya? Assalamualaikum.”
Fatimah menjawab salam Zahlia.Matanya menyorot memandang kelibat Zahlia yang semakin menghilang.Dia mengukir senyuman di cermin tingkap apabila kereta Zahlia bergerak pergi.Zahlia memang sesuai dengan Tengku Syahran, fikir Fatimah.

 



     “Ehh, tak mahulah.Saya bukan mahukan anak dari Syah.Tapi, dengan lelaki yang saya cintai.Bukan Syah, mungkin lelaki lain.Kami berkahwin,bukan atas kehendak perasaan.Tapi, keadaan yang memaksa kami.Anis kena faham.”
Zahlia sudah melangkah menuju ke pintu dapur.Tetapi langkahnya terhenti sebelum sempat dia menerpa ke luar apabila dia dapat menangkap perbualan Tengku Syahran dan Adli di ruang tamu. 
     
      “Aku dah cuba Li.Semalam, senyap- senyap aku dekati dia.Tapi, dia tu bosanlah.Depan famili aku bolehlah dia control perangai dia.Bila duduk dalam bilik, kalau bukan aku yang bersuara,alamatnya macam dalam penjaralah bilik tu. 
Suara dia susah sangat aku nak dengar.Bengang aku. perempuan macam tu kau nak aku jatuh cinta? Tengoklah tadi, datang rumah kau pun nak kena naik kereta dia.Mengada-ngada! Aku boleh jadi gila macam ni!” Suara Tengku Syahran begitu yakin tanpa menyedari setiap kata-katanya mengguris perasaan Zahlia. 
     “Syah, cakaplah perlahan-lahan sikit.Dia ada kat dapur tu! Nanti dia dengar, nahas kau.” 
    “Biar dia dengar.Tension aku.Entah bilalah segala-galanya nak selesai.”
    “Dulu kau yang beria-ia mahu dia kahwin dengan kau! Bila kau dah lepas dari Linda, kau cakap benda yang merepek-repek pulak.Patutnya kau berterima kasih Syah.Bukan mengutuk!” 
     “Aku tak pernah fikir pun hal tu.“
    ”Fikirkanlah.Try lagi dekati dia.” Suara Adli semakin jelas. 
Zahlia terasa kakinya lemah di situ.Sampai begitu sekalikah perasaan benci Tengku Syahran terhadapnya.Patutlah semalam, kelakuan lelaki itu pelik sekali.Bercakap 
menggunakan nada suara yang meremangkan bulu tengkuk.Zahlia pula hanya menjawab setiap pertanyaan dengan suaranya yang selamba dan bersahaja.Rupa-rupanya itu muslihat lelaki itu mahu mendekatinya. 
      Zahlia sudah berkecil hati.Wajahnya terpancar sinar kemurungan.Perlahan-lahan dia melangkah ke ruang tamu. 

 Suasana menjadi hening.Perbualan Adli dan Tengku Syahran terhenti dengan sendiri.Zahlia tahu mengapa ia berlaku.Selepas menuang air, Zahlia berlalu ke dapur semula.Tanpa sedar ada titisan jernih mengalir ke pipi.Kegirangan hatinya telah berlalu pergi. 
Kata-kata Tengku Syahran yang masih jelas telah membuka matanya tentang status dan harga dirinya di mata lelaki itu.Dia mula sedar,Tengku Syahran bukan haknya.Masih belum terlambat untuknya mengawal perasaan dari jatuh cinta pada lelaki itu.Zahlia yakin kini, lelaki yang datang dalam mimpinya dahulu pasti bukan Tengku Syahran.Habis, siapa? Gerak gaya dan tingkah laku kelihatan seperti Tengku Syahran. 
Tapi, ucapan Tengku Syahran tadi telah membuatkan Zahlia pasrah.Jodohnya belum sampai.Mungkin ada yang lebih baik sedang menanti. "Alia, jomlah ke depan.Semua dah settle.Tinggal nak makan aje." Anissa menyentuh tangan Zahlia.Dia pelik dengan kebisuan Zahlia tiba-tiba. Zahlia mengangguk dan menuruti langkah Anissa. 






DI DALAM perjalanan pulang, Zahlia menyepi.Dia lebih selesa menumpukan perhatian melihat lampu-lampu di tepi jalan.Malam ini nampak gelap.Tiada bintang-bintang yang berkelipan di langit.Nampak kelam dan murung seperti
memahami keadaan hatinya saat itu.
      Tengku Syahran yang memandu kereta Proton Wira turut membisu.Tidak tahu tajuk apa yang hendak dibualkan.Lelaki itu kelihatan selamba dan seolah- olah tidak terbit perasaan bersalah dalam diri kerana telah berkata sesuatu yang mengguris perasaan Zahlia. 
     Entah-entah kat pejabat, lagi teruk dia mengata aku.Zahlia terus melayani perasaannya.Tiba- tiba Zahlia terasa tangannya diramas lembut.Zahlia terkejut.Dia menoleh dan mendapati tangan Tengku Syahran sedang melekat kemas di tangannya.Zahlia naik berang.Dia tahu itu satu muslihat.Sepantas kilat Zahlia menarik tangannya.Dahlah mengata aku, ada hati nak pegang- pegang pulak, gomelnya di dalam hati. 
      “Apa awak buat ni? Dah lupa syarat perjanjian kita?” marah Zahlia tanpa memandang Tengku Syahran. 
Tengku Syahran tersenyum sinis.Zahlia memang pantang diusik begitu.Tengku Syahran sudah faham benar dengan perangai Zahlia sejak hari pertama lagi.Disebabkan itu Tengku Syahran suka mengambil peluang bila dia dan Zahlia di hadapan keluarga.Dipeluknya pinggang wanita itu sesuka hatinya.Atas nasihat Adli, Tengku Syahran cuba mendekati Zahlia.Mungkin masa itu adalah waktu yang sesuai. 

Tengku Syahran mencapai tangan Zahlia sekali lagi.Didekatkan ke bibirnya tetapi belum sempat dia mencium tangan itu, Zahlia sudah menarik tangannya. 
     “Eh, jangan nak menggatal. Kawal diri tu sikit!” marah Zahlia dengan nada yang agak kuat. 
Tengku Syahran terkaku.Kemarahan Zahlia membuatkan dia tidak jadi mahu meneruskan perbuatannya. 
      “Eleh. nak pegang sikit pun tak boleh.Bukannya nak buat apa!” Tengku Syahran menjawab perlahan tetapi dapat didengar oleh telinga Zahlia. 
     “Dengar sini Syah.Saya bukan perempuan murahan yang awak boleh usik sesuka hati.Kita tak pernah bercinta.Saya sedar siapa diri saya.Jangan sebab saya anak yatim, awak ingat awak boleh ambil kesempatan.Peluk sana, peluk sini, bila di belakang, mengata ikut sedap mulut,” rungut Zahlia. 
      Tengku Syahran mengerutkan dahi.Tidak faham dengan ayat Zahlia.Tengku Syahran teringatkan perbualannya dengan Adli tadi.Dia sudah dengarkah? 
Tengku Syahran ingin bertanya lagi tetapi lidahnya kelu.Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk terus membisu sehingga sampai di Villa Sakura.

No comments:

Post a Comment