Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 31

JIWA Linda berasa tidak tenteram.Dua hari lepas,Linda telah dihalau keluar dari rumahnya.Papanya malu akibat perbuatan tidak bermaruah yang dilakukan oleh Linda.Kini, Linda sedang mengandung tiga bulan hasil hubungannya entah dengan lelaki mana, dia kurang pasti. 
Ini adalah kandungan terbaru.Kandungan dahulu yang hampir berumur dua bulan ketika perkahwinan Tengku Syahran dan Zahlia telah disahkan mati.Pada awalnya, Linda berasa gembira.Tapi, kini dia mengandung lagi.Linda tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Mamanya pula tidak ada.Entah di pelosok dunia mana menyembunyikan diri, Linda tidak tahu. 
Linda bengang.Hatinya masih membara bila mengenang kembali sewaktu dia terserempak dengan Tengku Syahran dan Zahlia beberapa minggu lalu di Pusat Rawatan Islam Kajang.Fikirannya tidak dapat menerima hakikat jika benar Zahlia sedang mengandung zuriat Tengku Syahran. 
      “Jaga kau Syah! Kau dan Alia akan musnah selepas ini.” kata-kata itu diucap berselang-seli dengan ketawanya yang kian bergema nyaring. 
Namun ketawa Linda tiba-tiba mati apabila pintu biliknya diketuk berulang kali.         “     “Masuk!" jerit Linda kuat. 
Pintu bilik terbuka.Dua orang lelaki yang bertubuh tegap masuk.Linda menoleh pada jam yang terdampar di atas meja.Serta-merta bibirnya menguntum senyuman. 
     “Good.Very punctual,” kata Linda. 
      “That’s our job,“jawab salah seorang daripada mereka. 
     “I am Linda.” Linda bangun menghulurkan salam perkenalan. 
     “Faizal and this is my partner, Naim!” 
     “We’ve known from our boss that Mrs.Linda…”
     “Wait! Wait! Miss Linda.I’m not married yet!” potong Linda sepantas kilat. 
Faizal terdiam seketika.Matanya berarak pada perut Linda yang nampak berisi.Berkerut dahinya tiba-tiba. 
Melihatkan wajah lelaki itu, air muka Linda berubah.Segera dia merebahkan tubuh di kerusinya semula. 
     “Forget about this thing! You can call me Linda or Miss Linda.Remember, your job is just do as I say.But, don’t you ever get to know what I am doing.” Linda bersuara agak keras. 
     “Relaks.Okey, apa yang kami perlu buat?” Naim mula menyampuk apabila keadaan dirasakan sedikit tegang. 
     “Haa…that is a good question! I nak you all siasat gerak geri dua orang manusia ni secepat mungkin,” ujar Linda sambil melemparkan sekeping gambar di atas meja. 
Naim mengambilnya sambil matanya dikerling ke arah Faizal.Gambar itu bertukar tangan ke genggaman Faizal. 
      “Apa yang perlu kami lakukan?” 
     “Tolong siasat apa yang mereka lakukan setiap hari.I nak you all gunakan rakaman dalam CD.I tak sukayou bagi gambar-gambar yang you ambil dengan kamera buruk.Cara tu dah lapuk.Dan pastikan gambarnya terang dan jelas.” Panjang Linda berkata dengan wajah serius. 
     “Kerja ni agak payah.Kami perlukan dua minggu untuk selesaikan semua,” beritahu Naim. 
Linda mengerutkan dahi.Matanya merenung wajah kedua-dua lelaki itu berselang-seli. 
     “Why it takes too long?” tanyanya tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan. 
     “Tugas ni bukan mudah Cik Linda.Kami perlu tau biodata peribadi mereka.Dua minggu tu pun kadang-kadang pendek untuk kami.” 
     “Okay, fine! You ambillah berapa banyak masa sekalipun.Tapi, pastikan keputusan yang I perolehi nanti memuaskan hati.Jangan duit yang you dapat lumayan, tapi kerja satu pun tak menjadi!” beritahu Linda seperti menyindir. 
     “I have said, that is our job.Don’t worry!” jawab Faizal selamba. 
     “Okey! Kita jumpa dua minggu dari sekarang,” ujar Linda. Kedua-dua lelaki itu mengangguk. 



ZAHLIA membungkam di meja kerjanya.Dia lebih senang dengan situasi begini.             “Woi, mak cik! Asyik mengelamun aje.” Teguran Fatimah mengejutkan Zahlia. 
Lamunannya lenyap.Wajah ayu Fatimah yang hitam manis menyapa ruang mata.Zahlia menerapkan senyuman di bibir. 
     “Kau ni kenapa Alia? Senyap aje?” soal Fatimah yang sedang duduk di kerusi di hadapan mejanya. 
     “Tak ada apalah Imah.Kalau tak ada benda nak buat, inilah kerjanya! Mengelamun aje,” jawab Zahlia sambil ketawa. 
     “Eleh, cakap ajelah yang kau tengah rindukan laki kau tu,” potong Fatimah segera. 
Ada senyuman mengusik terlempar di bibirnya. Zahlia hanya menjungkit bahu.Malas hendak melayan usikan Fatimah.Namun, bunyi deringan telefon yang agak jauh tiba- tiba mengganggu kebisingan suasana di dalam bilik itu.Zahlia sempat menjeling ke arah jarum jam yang sedang bergerak.Menunjukkan angka 12.00 tengah hari.Mesti lelaki tu! Terdetik tekaan itu di dalam hati. 
      “Laki kau agaknya Alia.” Fatimah turut berpendapat yang sama. Zahlia berpura-pura tidak tahu. 
      “Alia telefon! Abang sayang kau,” jerit seorang guru lelaki membuatkan Zahlia menjegilkan mata. 
Guru itu hanya ketawa besar.Seronok dapat menyakat Zahlia. 
     “Assalamualaikum.” Zahlia berkata selepas meletakkan gagang telefon ke cuping telinga. 
     “Waalaikumussalam sayang! Hai, tengah buat apa?” suara Tengku Syahran kedengaran. 
     “Dah makan?” tanya Tengku Syahran lagi. Zahlia terdiam. 
     “Abang laparlah sayang.Kita lunch sama-sama nak? Abang ambil Alia.” Tengku Syahran tetap bersuara untuk menarik minat Zahlia untuk berbual. 
Senyap. 
     “Aikk…kenapa senyap aje ni? Tak sihat? Abang bawa ke klinik?” lelaki itu tetap berbicara. 
Zahlia membisu.Hanya mendengar celoteh suaminya tanpa balasan. 
     “Susah betul nak dengar suara Alia dalam telefon.Dulu, bila abang telefon jugak Alia jawab sikit-sikit.Sekarang…macam ada lombong emas.” Kedengaran ketawa kecil yang dibuat-buat. 
Zahlia tetap membisu. 
    “Cakaplah Alia.Apa- apa pun.Asalkan rindu abang ni terubat sikit.Abang terseksa ni.Takconcentrate nak buat kerja!Please sayang.” Lembut Tengku Syahran merayu. 
Zahlia tetap tidak bersuara. Tiba-tiba satu keluhan dilepaskan. 
    “Tak apalah kalau Alia sibuk.” Klik! Talian terputus. 
Zahlia terkedu.Tiada lagi suara romantis itu menyapa telinganya.Bunyi itu hilang.Kosong.Lemah sekali Zahlia meletakkan gagang itu ke tempat asalnya.Marahkah lelaki itu? Bersahut-sahut soalan itu terpelanting di benaknya.Keluhan terlepas dari bibirnya pula. 
     “Alia, ada orang cari kau!” Suara Fatimah bergayut di gegendang. Zahlia 
mengangguk.Berkerut dahinya seketika.Syah! Kakinya mula melangkah laju ke bilik tetamu.Matanya mencari-cari wajah lelaki itu.Tetapi, jantungnya bagaikan direntap.Wajah seorang wanita muncul di hadapannya. 
Zahlia memakukan langkah.Nafasnya berombak kencang.Pantas 
dia memusingkan tubuh.Serentak itu, Zahlia mula menyusun langkah untuk beredar. 
    “Alia…” panggil wanita itu lembut. Zahlia tidak jadi melangkah. 
    “Alia, mama datang sayang.” Halus suara wanita itu menegurnya. 
Zahlia memejamkan matanya.Entah mengapa tiba-tiba dirinya amat lemah untuk berhadapan dengan situasi sebegitu.Selama ini, dia sentiasa mampu mengelakkan diri.Tetapi, tidak hari ini. 
    “Alia…jangan buat mama terseksa sayang.Mama rindukan Alia!” Zahlia terus membisu.Nafas yang masih tidak menentu hala mengundang rasa sebak yang menyebabkan matanya mula digenangi air.Perlahan-lahan air mata itu jatuh mengalir.Zahlia hanya menyeka air itu dengan hujung jari. 
    “Alia, pandang mama!” Raja Khalida memusingkan tubuh Zahlia supaya bertentangan. 
Zahlia hanya mengikut.Serta-merta mata mereka bersabung.Menambah rasa kelu di hujung lidah Zahlia.Wajah Raja Khalida kelihatan tenang dan lembut sekali.Sempat Zahlia melirik ke anak mata wanita itu. 
Perasaan bahagia yang mula menyinggah di hatinya, tidak dibiarkan lama.Zahlia cepat-cepat melarikan wajah ke tempat lain.Runtuh semua keindahan yang ingin mengibarkan sayap.Malah, Zahlia membentengkan lagi hatinya dengan perasaan ego yang menebal. 
Zahlia masih belum melupakan gelaran ‘Anak Haram’yang sehingga kini bagaikan sebati dalam jiwa.Pastinya disebabkan wanita itu, Zahlia hidup terseksa dengan pelbagai kata cacian.Siapa yang tidak pelik? Dia dijumpai di tengah-tengah semak yang jarang dilalui orang.Apabila hidupnya sudah bahagia di samping emak angkatnya, tiba-tiba wanita itu datang memperkenalkan dirinya sebagai mama.Zahlia tertekan. 
     “Dah besar anak mama sekarang.Cantik.” Raja Khalida tersenyum manis sambil mengusap pipi anak kesayangan yang dirindui.Anak tunggal hasil perkongsian hidupnya dengan Megat Saifiuddin.Raja Khalida merenung segenap wajah Zahlia. 
     “Puan, jika puan tiada perkara penting yang nak dicakapkan, saya harap kita bersurai di sini.Saya banyak kerja sekarang.” Teguran Zahlia yang agak tegas menghalau semua ingatan Raja Khalida. 
Raja Khalida kembali ke dunia sebenar.Sedikit terkedu dengan kata-kata anak kesayangannya itu. 
     “Alia kenapa cakap macam tu? Alia tak rindukan mama?” soal Raja Khalida cuba memujuk hatinya yang pilu. 
    “Saya tak faham maksud puan.Saya sibuk sekarang.Maafkan saya!” ujar Zahlia selamba.Kakinya mula hendak melangkah pergi. Raja Khalida mengalirkan air mata apabila menyaksikan reaksi Zahlia yang acuh tidak acuh dengan kedatangannya. 
     “Sampai hati Alia buat mama begini! Apa kesalahan mama sehingga Alia hukum mama sebegini rupa?” tanya Raja Khalida dengan suara yang tersekat-sekat. 
Hati Raja Khalida dipercik rasa walang yang bertali arus.Pedihnya jiwa mendengar Zahlia berkata begitu.Seolah-olah terlalu berat kesalahan yang dilakukannya. 
Zahlia menghentikan langkah.Bibirnya diketap demi menahan air mata yang ingin dirembes keluar.Nuraninya merintih mendengar wanita itu berkata sedemikian.Dirinya sendiri terhiris dengan ungkapan biadapnya sebentar tadi. 
Tetapi maruah Zahlia perlu dijaga.Hati Zahlia telah lama dicarik dengan kata-kata duka yang sering memperolok-olokkan nilai dirinya.Zahlia juga inginkan hidup seperti insan biasa.Tetapi, mengapa mesti ada mulut yang suka mempertikaikan tentang maruahnya? 
     “Puteri….” panggilan itu menyentakkan Zahlia. Pantas sekali Zahlia 
menoleh ke arah Raja Khalida.Hairan dengan panggilan wanita itu tiba-tiba.Raja Khalida mendekati Zahlia.Membelai pipi puteri kesayangan yang hanya dapat menikmati hidup selama setahun dengannya ketika kecil.Mencurah-curah rasa rindu yang membahang. 
     “Dulu, mama dengan ayah panggil Alia dengan panggilan Puteri.Alia nak tahu kenapa? Sebab, nama Alia…”
     “Puan! Saya sibuk ni.Saya perlu pergi sekarang.Assalamualaikum…” Zahlia memintas. 
     “Puteri….” 
     “Saya fikir puan ni tersalah orang agaknya.Setakat yang saya tau, nama saya adalah Zahlia Abdullah.Saya dijumpai di tengah-tengah semak yang orang dakwa anak luar nikah.Saya tak pernah pun ambil tahu siapa ibu bapa kandung saya.Lagipun, untuk apa saya mengenali mereka? Sedangkan mereka yang tak pernah mahu menerima saya di dunia ni.Harap puan boleh cari orang lain.”
Zahlia melangkah laju bersama air matanya. 



TENGKU SYAHRAN membuka pintu biliknya.Gelap.Pantas tangannya menekan suis lampu.Keadaan katil yang masih kemas bersusun menghampakan dirinya.Pasti Zahlia belum pulang. 
Setelah mencampakkan tali leher dan begnya di kerusi panjang, Tengku Syahran terus menuju ke bilik air.Sebelum menutup pintu bilik air itu, sempat matanya menoleh ke arah jarum jam.Sudah pukul 10.00 malam. 
Ketika dia keluar dari bilik air, Zahlia sudah pun duduk tercongok di atas katil.Demi melihatkan isterinya, Tengku Syahran berasa lega.Bibirnya menguntum senyuman. 
     “Sayang dah makan? Kita makan sama-sama nak?” soal Tengku Syahran segera melangkah ke almari pakaian.Pintu almari dibuka lalu tangannya mencapai sehelait-shirt dan kain pelekat yang masih berlipat. 
Zahlia membisu di atas katil.Pertanyaan Tengku Syahran langsung tidak masuk ke telinga Zahlia.Fikirannya tidak tenteram selepas berjumpa dengan Raja Khalida tengah hari tadi.Panggilan 
“Puteri…“bagaikan terngiang-ngiang di telinga.Zahlia ingin merehatkan otak. 
Namun, Zahlia benar- benar terperanjat apabila terasa wajahnya disentuh dengan sesuatu yang sejuk.Berombak dadanya menahan gementar bersama degupan jantung yang deras bergetar. 
Tengku Syahran turut terkejut melihat reaksi Zahlia yang 
menggigil ketakutan.Serentak dialihkan tapak tangannya dari pipi Zahlia lalu digenggam seluruh jari-jemari Zahlia yang terketar-ketar. 
      “Alia, kenapa ni?Are you okey?” tanya Tengku Syahran semakin kuat menyulam jari-jemari Zahlia. Zahlia kembali tenang.Gelombang yang tidak menentu tadi, kian pulih. 
     “Abang… terkejut Alia!” bergetar suara Zahlia.Zahlia mengurut dadanya perlahan- lahan. 
Tengku Syahran duduk mencangkung menghadap Zahlia.Sinar kerisauan jelas terpancar di seluruh wajah itu. 
     “Alia tak sihat ke? Kenapa termenung aje ni?” soal Tengku Syahran dalam nada gelisah. Zahlia menggeleng laju.Wajahnya sengaja dimasamkan. 
     “Abang tu, Alia dah pesan, kan? Kalau nak masuk bilik bagi salam dulu!” 
Zahlia cuba berlagak selamba.Suaranya dikeraskan untuk menyembunyikan perasaan malu yang menguasai diri. 
     “Hei, buang tabiat apa? Abang dah lama dalam bilik ni tau.Sebelum Alia balik lagi.Ni tengok ni, abang dah siap mandi pun,” beritahu Tengku Syahran. 
Zahlia memandang Tengku Syahran.Serta-merta wajahnya merona merah.Zahlia malu dengan kata-katanya tadi.Lagipun, keadaan Tengku Syahran yang hanya bertuala menyebabkan jantung Zahlia mula bergetar laju.Anak matanya dilarikan ke sudut lain. 
Tengku Syahran turut melirikkan mata ke arah tubuhnya yang masih belum berpakaian.Terpahat senyuman kecil di bibirnya. 
     “Kenapa tak nak pandang abang? Malu nak tengok abang macam ni?” soal Tengku Syahran dengan senyuman. 
     “Kalau dah tahu, kenapa buat macam tu? Tak reti-reti nak pakai baju dalam bilik air?” marah Zahlia. 
Tengku Syahran ketawa besar. 
     “Eleh, apa yang nak dimalukan? Abang kan suami awak.Maruah abang rahsia awak.Maruah awak rahsia abang.Buat apa nak susah- susahkan diri keluar masuk bilik air semata-mata nak menukar baju? Buat aje macam ni, kan senang!” Tengku Syahran berkata sambil tangannya mula memegang hujung tuala. 
Zahlia membeliakkan matanya sebelum bertindak pantas menarik tangan lelaki itu dari memegang tuala itu.Namun, tuala yang tersangkut di separuh tubuh Tengku Syahran terlucut juga.Zahlia tersentak.Lalu memejam matanya rapat-rapat. 
Tiba-tiba kedengaran ketawa yang kuat memecah gegendang telinga.Zahlia menberanikan diri membuka matanya sikit-sikit.Tengku Syahran sedang berdiri dengan seluar pendek tersangkut di tubuhnya.Lelaki 
itu masih ketawa gelihati sambil menyangkut semula tualanya ke pinggang dengan kemas. 
     “Rugi Alia pejam mata,” ujar Tengku Syahran sambil ketawa. Zahlia menjeling. 
     “Ini sayang baru nampak separuh.Sayang nak abang tunjukkan semuanya ke?” Tengku Syahran mengusik sambil tangan memegang kembali bucu tuala. 
     “Abang!” Zahlia menjerit kecil. 
     “Tau takut!” Tengku Syahran mula beredar dari situ bersama sisa ketawanya. 
      “Abang ni melampaulah!” bibir Zahlia mula memuncung.Tengku Syahran mematikan langkah. 
      “Nak lagi?” Tengku Syahran menyakat.Zahlia hanya membalas dengan jelingan. 
     “Dahlah tu sayang.Pergi mandi, kita solat Isyak sama-sama.Lepas tu, kita makan.Abang dah lapar.Lepas tu…erm… kita tidur! Okey?” ujar Tengku Syahran sambil tersengih. 
     “Tak ingin Alia tidur dengan abang!” 
     “Eh, bila pulak abang cakap macam tu? Maksud abang kita tidur macam biasalah!” potong Tengku Syahran. 
Zahlia bengang dan terus berlalu ke bilik air. 

No comments:

Post a Comment