Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 21

TENGKU SYAHRAN masih membelek-belek barang-barang 
berjenama yang tersusun rapi di hadapannya.Sudah hampir setengah jam dia berada di hadapan rak tersebut.Membelek- belek dan kemudian meletakkan semula barangan itu. 
Dia bingung.Tidak tahu jenama apa yang hendak dibeli.Sebelum keluar dari bilik hotel tadi, Zahlia ada memberitahunya jenama yang patut dibeli.Tetapi, Tengku Syahran sudah lupa. 
Pagi tadi ketika Zahlia keluar dari bilik air wajahnya nampak pucat.Tangannya menekan-nekan perut seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.Segera Tengku Syahran memapah Zahlia ke katil dan membaringkan wanita itu di situ. 
       “Kenapa Alia? Muka Alia nampak pucat aje.Sakit perut ke?” soal Tengku Syahran risau melihat wajah isterinya. 
Zahlia menggeleng.Dia ingin memberitahu Tengku Syahran tetapi perasaan malu terus menerpa wajahnya.Tetapi, Zahlia terpaksa juga kerana dia ingin meminta pertolongan Tengku Syahran. 
      “Habis tu, abang tengok Alia macam tak larat aje?” soal Tengku Syahran lagi.       “     “Saya senggugut” Lembut Zahlia berkata. 
Wajahnya sudah mula bertukar warna.Selama ini tidak pernah perkara sebegitu dikongsi bersama lelaki.Tetapi kali ini, Zahlia sedar dia terpaksa.Kalau tak diberitahu, siapa lagi yang akan mengurangkan beban kesakitannya? 
      “Senggugut? Apa tu?” tanya Tengku Syahran macam orang bodoh. 
Zahlia ingin ketawa melihat Tengku Syahran yang kelihatan pelik apabila mendengar perkataan itu. 
      “Penyakit orang perempuanlah.Itu pun tak tau?” marah Zahlia sekadar bergurau. 
Za hlia cuba melupakan perkara semalam.Dia malas hendak mengingati setiap patah perkataan lelaki itu yang bersungguh-sungguh menyatakan cinta.Zahlia ingin melupakan. 
Tengku Syahran terus terdiam.Dia pernah terdengar perkataan itu dahulu.Tetapi dia malas hendak ambil tahu.Kini, baru dia tahu apakah makna perkataan yang baru diucapkan Zahlia.Tengku Syahran tersenyum malu. 
      “Macam mana boleh kena ni?” soal Tengku Syahran lagi. 
Zahlia ingin ketawa lagi namun ditahannya.Tengku Syahran memang tidak tahu! Ucap Zahlia di dalam hati. 
     “Saya uzur.Awak boleh tolong saya tak?“soal Zahlia. 
     “Apa dia?” 
     “Pergi belikan roti kering.” ujar Zahlia malu-malu.Tengku Syahran mengerutkan dahi. 
      “Nak pergi beli roti kering, buat apa?” soal Tengku Syahran masih tidak mengerti.Zahlia mengeluh. 
     “Awak ni, takkan roti kering pun awak tak tau?” Zahlia sudah mula marah.Tengku Syahran menggeleng lagi. 
      “Pad.Tau, kan?” Ucapan itu terus menjadikan Tengku Syahran terdiam. 
       “Tau tak?” soal Zahlia lagi. 
engku Syahran mengangguk. 
      “Boleh tak tolong belikan benda tu?“
       ”Kenapa tak bawa dari rumah?” Tengku Syahran mengeluh sengaja menyembunyikan rasa malunya. 
       “Mana saya tau yang saya uzur kat sini? Benda nak keluar, bukan saya yang paksa.” Zahlia mula merajuk. 
       “Takkan Alia tak boleh nak agak tarikhduenya? Bulan lepas datang bila, bulan ni kan boleh agak-agak.” Tengku Syahran pula berkata. 
Sebenarnya dia sengaja berkata begitu.Hatinya ingin ketawa mengingatkan soalan bodohnya tadi. 
      “Habis tu, sekarang nak suruh saya buat apa? Benda ni dah keluar pun.Kalau tak nak tolong tak apalah, saya boleh pergi sendiri,” ujar Zahlia separuh merajuk.           “Okeylah, okeylah, abang pergi beli.Alia mahu yang macam mana?” soal Tengku Syahran. 
Zahlia menguntum senyuman. 
       “Laurier.Yang saiznya maxi.Plastik dia warna hijau,“ujar Zahlia. 
Tengku Syahran melangkah keluar.Sempat Tengku Syahran mengucup dahi Zahlia dan Zahlia hanya menarik muka masam. 
Kini, pelbagai jenama terpampang di hadapannya.Tengku Syahran tidak tahu ingin memilih yang mana satu.Dia mengambil satu jenama di hadapannya.Membelek-belek dan kemudian terus berlalu ke kaunter. 
Sebaik sahaja sampai di bilik, Zahlia sudah pun terlena di bawah katil.Kasihan dilihat wajah Zahlia yang mungkin menahan sakit. 
Perlahan-lahan Tengku Syahran menggoyang-goyangkan bahu Zahlia.Lama dia menggerakkan tubuh itu, barulah Zahlia tersedar. 
      “Nah, ni barangnya.Abang main beli aje.Abang dah lupabrand apa yang Alia pesan tadi.Pandai-pandailah Alia ya?” beritahu Tengku Syahran seraya menghulurkan sebungkus plastik ke arah Zahlia. 
Zahlia mencapai dan membelek-belek jenamanya.Kemudian dia mengerutkan dahi sebelum menoleh ke arah Tengku Syahran. 
      “Kan saya dah cakap, beli jenama Laurier! Yang awak beli jenama ni apasal?“Zahlia mengeluh. 
       “Kan abang dah cakap, abang dah lupa brand yang Alia nak tu.Abang beli ajelah brand yang lain.Lagipun abang tengok jenama ni macam elok aje.Siap adawings lagi,” beritahu Tengku Syahran sambil tersengih. 
       “Sebab ada wingslah saya malas nak pakai.Susah tau tak?“bentak Zahlia.
      “Apa yang susahnya? Saiz sama,maxi.Cuma yang ni ada kepak aje.Kalau susah sangat, meh sini abang pakaikan,” usik Tengku Syahran. 
Zahlia mengetap bibir. 
       “Elehh…nak merajuklah tu.Sorrylah, mana abang tau.Ni semua kan barang wanita, abang ni lelaki.Lain kali abang takkan buat lagi, okey sayang,” ucap Tengku Syahran. 
Zahlia rasa hendak muntah mendengar ayat yang baru diucapkan.Segera Zahlia berlalu ke bilik air dengan wajah yang bengang. 



TENGKU SYAHRAN dan Zahlia sedang bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia.Sebuah teksi telah pun menunggu mereka di luar hotel untuk dibawa ke Lapangan Terbang Narita.Sepanjang berada di Tokyo, tidak banyak tempat yang dikunjungi.Cuma semalam, mereka ke Menara Tokyo sebelum berangkat ke Tasik Nikko menikmati udara segar dan pemandangan yang menarik di kawasan itu. 
       “Alia dah siap?” soal Tengku Syahran tiba-tiba sambil memeluk bahu isterinya. Zahlia tersentak.Segera menolak tubuh Tengku Syahran menjauhinya.Kemudian mengangguk. 
       “Kalau camtu, jomlah.Nanti teksi tunggu lama sangat pulak.” Tengku Syahran berkata lembut. 
Zahlia mencapai beg pakaiannya dan berjalan membuntuti Tengku Syahran dari belakang.Kakinya dihayun lambat-lambat.Seolah-olah malas mahu melayani karenah Tengku Syahran. 
Sampai saja di lapangan Terbang Narita, Zahlia bergegas ke telefon awam.Setelah memasukkan beberapa ribu yen, dia mendail nombor telefon Puan Azizah. 
       “Helo!” kedengaran satu suara menyahut. 
        “Helo, mak! Assalamualaikum, Alia ni,” jawab Zahlia. 
         “Ha, Alia! Waalaikumussalam.Alia kat mana ni? Kat Jepun lagi ke?“soal Puan Azizah ceria. 
       “Yalah mak.Alia dah nak balik ni.Tengah tungguflight kejap lagi.Mak sihat?“soal Zahlia gembira. 
       “Sihat.Kau tu bercuti sampai lupa kat mak.Tak telefon pun,” ujar Puan Azizah seperti merajuk.Zahlia ketawa kecil. 
       “Sorrylah mak.Alia kan dah telefon ni.Mak nak pesan apa-apa?Alia ada satu jam lagi ni.” tanya Zahlia cuba memujuk Puan Azizah. 
        “Tak payahlah.Orang dah bersuami, mana ingat kat mak lagi.”
        “Alah mak.Takkan merajuk kot.Sengaja Alia tak nak telefon.Bagichancelah, pengantin baru.Bila terpandang aje telefon kata irport ni, teringat nak call mak.Maafkan Alia ya mak!“Kedengaran Puan Azizah ketawa besar. 
       “Ingatkan bila dah ada suami, kau dah lupakan mak,“duga Puan Azizah. 
       “Eh, mak ni.Kasih mak lain, untuk suami lain.Ada nak samakan pulak.Okeylah mak, duit dah habis ni.Nanti bila sampai kat Malaysia, Alia call mak lagi,“ujar Zahlia. 
       “Okeylah.Jaga diri baik-baik.Kirimkan salam mak pada suami kau.”
        ”Okey, Assalamualaikum.“
        ”Waalaikumussalam.”
Zahlia meletakkan gagang telefon.Bibirnya masih berbunga dengan senyuman sambil melangkah ke tempat Tengku Syahran menunggu. 
       “Kenapa senyum- senyum ni?“soal Tengku Syahran. 
Zahlia mematikan senyuman.Kemudian melabuhkan punggung di sisi Tengku Syahran apabila lelaki itu memberi ruang untuknya. 
       “Mak saya kirim salam.” Ringkas Zahlia berkata. 
      “Waalaikumussalam. Alia baru call dia ke? Kenapa tak beritahu abang?” soal Tengku Syahran lembut. 
       “Kalau beritahu awak, kenapa?” soal Zahlia. 
       “Tak adalah.Abang nak jugak bersembang dengan mak mentua abang.Tanya khabar dia? Mak sihat ke?“tanya Tengku Syahran. 
Zahlia hanya menjawab dengan anggukan. 
      “Abang nak pergi sana kejap.Alia tunggu sini ya, jaga barang,” beritahu Tengku Syahran lalu mengangkat punggung melangkah ke arah satu sudut. 
Zahlia hanya merenung seketika sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. 





“ALIA yakin Alia akan bahagia? Kahwin ni bukan perkara main-main Alia.Tersilap langkah dah tak boleh berundur,” luah Puan Azizah suatu hari ketika Zahlia memberitahu emaknya tentang cadangan dia ingin mendirikan rumah tangga. 
Pada awalnya, Puan Azizah kelihatan terkejut.Dia tidak pernah sekali menyangka yang anak angkatnya itu sudah berteman.Namun, bila diberitahu dengan bersungguh-sungguh, wanita itu barulah percaya. 
       “Alia tau mak.Alia dah buat keputusan.Lagipun dia lelaki yang baik,” bohong Zahlia. 
      “Alia pasti? Jangan terlalu berharap.Tak semua lelaki sama dalam dunia ni.Alia tengoklah mak sendiri.Siapa yang kecewakan mak kalau bukan lelaki.Mak tak mahu Alia kecewa seperti mak rasakan sekarang ni.Pedih Alia,” ujar puan Azizah sambil meramas lembut jari-jemari Zahlia. 
      “Alia ingat mak.Tapi, tak semua lelaki macam tu.Mak janganlah risau, Alia percaya dia akan bertanggungjawab,” beritahu Zahlia lembut sambil membalas genggaman Puan Azizah. 
     “Dia dah tahu tentang asal-usul Alia? Mak takut di kemudian hari, dia ungkit kisah hidup Alia.Dia memperkecil-kecilkan maruah Alia.Itu yang mak takut nak hadapi.” 
Zahlia mengeluh kecil.Perlahan-lahan kepalanya diangguk. 
      “Dah mak.Awal-awal lagi Alia dah beritahu dia yang Alia ni anak yatim.“Selamba Zahlia berkata.Wajahnya dialihkan ke arah peti televisyen. 
      “Alia beritahu dia macam tu? Habis tu mama Alia?”
      “Alia tak ada mama! Alia hanya ada mak dalam dunia ni,“ujar Zahlia memotong percakapan Puan Azizah. 
       “Tapi…”
       “Dahlah mak.Malas Alia nak dengar pasal cerita tu.Alia nak naik atas dulu,” potong Zahlia lagi. 
       “Bila rombongan meminang nak datang?” soal Puan Azizah ketika tapak kaki Zahlia sampai di anak tangga kedua. 
       “Mungkin minggu depan,“jawab Zahlia ringkas. 
       “Alia…“Zahlia tersedar apabila tangan Tengku Syahran mengusap lembut jari- jemarinya.Perlahan-lahan Zahlia mengeluh.Lamunannya sudah hilang.Pergi entah ke mana. 
        “Kenapa mengeluh?” soal Tengku Syahran.Zahlia hanya menggeleng. 
        “Ni untuk Alia.Abang beli ikhlas untuk Alia,” ujar Tengku Syahran sambil menghulurkan sebungkus kotak yang berbalut kemas. 
Zahlia mengerutkan dahi.Lama dia mengamati bungkusan kecil di tangannya.   “Kenapa bagi saya ni?“soal Zahlia lembut. Tengku Syahran menjungkit bahu sambil tersenyum kecil. 
        “Saja.Kenapa… Alia tak suka ke?” soal Tengku Syahran sengaja menduga.Zahlia terdiam. 
       “Tak tengok lagi, manalah saya tau saya suka ke tak,” jawab Zahlia selamba.Tengku Syahran terus ketawa. 
       “Buat apa susah- susah beli ni? Membazir duit aje.“Zahlia berkata tiba- tiba.Ketawa Tengku Syahran terus mati. 
      “Takkan beli untuk isteri pun membazir? Daripada abang guna duit tu untuk beli benda yang bukan-bukan, lebih baik abang gunakan untuk isteri abang,” jawab Tengku Syahran. 
       “Bukalah sekarang.” Tengku Syahran berkata apabila Zahlia hanya membisu. 
       “Nantilah.Orang ramai ni.Kat rumah ajelah,“jawab Zahlia hambar.Lalu memasukkan bungkusan kecil itu ke dalam beg. 
Tengku Syahran terus terdiam.Sedikit sebanyak dia berkecil hati dengan tingkah laku Zahlia yang seolah-olah tidak menghargai pemberiannya.Mereka terus membisu sehingga kapal terbang yang dinaiki membelah awan menuju ke destinasi. 

No comments:

Post a Comment