Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 25

KETUKAN yang bertalu-talu di muka pintu menghilangkan daya tumpuan Adli untuk terus menyambung kerja.Adli mengeluh kecil kerana diganggu. 
      “Masuk!” kedengaran suara Adli agak tinggi. 
Daun pintu terbuka.Tengku Syahran muncul.Serta-merta Adli mengukir senyuman.Sudah hampir lima minggu dia tidak berjumpa dengan Tengku Syahran. 
      “Come! Come in Syah!“suaranya kembali ceria. 
Tengku Syahran melabuhkan punggung di sofa yang disediakan di satu sudut dalam bilik berhawa dingin itu. 
      “Mana kau menghilang? Takcall aku.Setahu aku, cuti kau dah tamat dua minggu lepas.Ni dah almost five weeks, satu berita pun kau tak kirim.Majikan jenis apa kau ni, Syah?” soal Adli melepaskan geram. 
Tengku Syahran menyandarkan tubuh ke belakang.Senyuman hambar diukir sekadar membalas pertanyaan temannya itu.Adli menongkat dagu.Memerhatikan tingkah laku teman yang berada tidak jauh dari mejanya.Pelik.Ni mesti adaproblem ni? Getusnya. 
      “Hey…what’s up? Macam mana percutian kau? Is everything all right?” 
Soalan itu membuatkan Tengku Syahran melepaskan keluhan kecil.Dia tidak menjawab pertanyaan Adli.Adli masih menanti jawapan. 
      “What happened to you, Syah? Apa kena ni?” Adli terus menghampiri Tengku Syahran dan duduk di sisinya. 
      “Aku tensionlah, Li.“Sayup-sayup terdengar suara Tengku Syahran berbisik di telinganya. 
       “Haa…at last dengar jugak suara kau! Kali ni apa problemnya lagi? Zahlia again?” teka Adli. 
Tengku Syahran mengeluh dan lambat-lambat mengangguk. 
      “Apa halnya dengan Zahlia? Dia dah tahu tentang perasaan kau?” penuh psikologi Adli menyoal. 
Orang kalau kemaruk macam nilah! Kena guna cara lembut dan berhati-hati.Bisik Adli sendirian.Tengku Syahran hanya mengangguk. 
      “Any response?”
      “Negative!”
      “Negative? Apa maksud kau?” hampir-hampir terbeliak biji mata Adli mendengar jawapan itu.Tengku Syahran mengeluh. 
     “Seminggu aku cari dia.Entah apa kenanya dia tu! Takkan sebab aku beritahu dia tentang perasaan aku, dia lari.“Tengku Syahran merungut. 
Adli membuntangkan mata. 
      “Alia lari? Ke mana?” 
      “Entah? Aku buntu sekarang.Seminggu dia menghilangkan diri selepas balik bercuti hari tu.Dia kata nak melawat kawan dia kat hospital.Takkan sehari suntuk dia duduk kat hospital tu.” Tengku Syahran masih membebel.Tidak langsung menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya. 
Adli menelan air liur.Masih terkejut dengan berita yang baru diterima. 
      “Kau tak cari dia di rumah maknya?” 
,      “Tak.Aku dah siasat, dia ada sewa hotel.Bengang aku Li.Kenapalah susah sangat dia nak terima aku? Aku dah cuba.Sungguh-sungguh aku beritahu dia.Tapi, kau tau apa reaksi dia masa di Tokyo dulu? Dia kurungkan diri dalam bilik air.Bila aku cakap lagi soal kasih sayangku, beria-ia dia menyanggah kata-kataku.Asyik-asyik soal keturunan yang dibangkitkan. 
Aku tak kisah dari mana asal-usulnya.Aku boleh terima dia walaupun berjuta kali dia katakan yang dia dijumpai orang di dalam semak.Aku tak peduli, asalkan dia sayangkan aku dan aku sayangkan dia.That’s enough for me.” Tengku Syahran melepaskan keluh-kesahnya sepuas hati. 
Kasihnya pada Zahlia sudah terlalu suci untuk disia-siakan.Zahlia patut sedar tentang itu.Tetapi, wanita itu terlalu payah untuk difahami! Arghh!!! 
Adli yang sejak tadi mendiamkan diri, mengetap bibir.Sepantas kilat tangannya menepuk-nepuk bahu Tengku Syahran.Seolah-olah dengan cara itu, dapat mengurangkan beban fikiran yang ditanggung oleh temannya itu. 
      “Sabarlah.Kau kena bagi dia masa.Mungkin dia masih terkejut dengan penerangan kau,” pujuk Adli masih menepuk-nepuk bahu Tengku Syahran. 
      “Pasal masa tu, aku tak kisah.Ambillah seberapa banyak masa pun kalau itu dapat meleraikan segala kekusutan.Tapi, sampai bila? Sampai heboh mak dan ayah aku tau pasal perkahwinan kami? Aku tak mahu hal ni dilewat-lewatkan.Kalau boleh aku nak selesaikan secepat mungkin.”
Tengku Syahran meraup mukanya sebelum menyelak rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang. 
      “Hei, relakslah! Kau masih ada banyak masa untuk memenangi hati dia.Jangan buat kesimpulan yang negatif walaupun kadang-kadang yang negatif tu penting dalam kehidupan tapi at least kau kena cuba dulu.Apalah kau ni Syah? Owner of BBA from Oxford University boleh jadi selemah ni dalam soal cinta? Buat malu aje!” Adli berkata bagaikan satu cabaran bagi Tengku Syahran. 
       “Aku tak belajar cara-cara nak memikat perempuan! Apa kau ingat, nak dapatkan Bachelor of Business Admin tu kena lulus subjectyang belajar tentang kaedah untuk memenangi hati seorang perempuan?Jangan mengarutlah Li.“
      ”Siapa cakap mengarut? Tulah kau, tak tau nak praktikkan apa yang kau belajar dulu dalam kehidupan.Cuba kau fikir macam subject accounts yang kita belajar dulu.Banyak gunanya Syah! Okeylah aku ambil contoh yang paling senang debit dan kredit.” 
Tengku Syahran mula menumpukan minat pada Adli yang beria-ia memberikan contoh dalam situasinya ketika itu. 
      “Semua orang tahu debit akan menambahkan akaun aset dan kredit pulak akan mengurangkan akaun aset,right?” Tengku Syahran mengangguk dengan pertanyaan Adli. 
      “Okey, cuba kau lihat debit dan kredit dari sudut kau sebagai seorang lelaki.Apa yang kau dapat?“soal Adli sambil memain-mainkan keningnya. 
Dahi Tengku Syahran berkerut.Kurang jelas dengan contoh yang diberi.Segera dia menggeleng.Gagal menangkap maksud yang ingin disampaikan. 
      “Kau ni betullah, Syah! Lambat sangat nak tangkap maksud aku.Macam ni, aku ibaratkan kau macam satu akaun aset tunai.Maknanya dalam akaun kau, akan terlibat akaun hasil dan belanja.Faham?” 
Tengku Syahran mengangguk. 
      “Okey.Dalam akaun tunai kau, hasil yang paling penting ialah lelaki dan suami.Secara automatik, pangkat lelaki dan suami yang kau sandang tu dah termasuk dalam bahagian debit kerana kedua-dua benda tu hasil penting dalam akaun kau! Faham tak?” 
Tengku Syahran mengangguk lagi. 
      “jadi, kau kena tau.Nilai di bahagian debit akaun kau dah cukup tinggi untuk seorang perempuan.Sekiranya kau nak tambah nilai tunai, kau kena cari banyak hasil, kan?” 
Tengku Syahran mengangguk. 
       “So, tambahkan akaun kau dengan sifat-sifat semulajadi seorang lelaki dan suami.Itu dah cukup untuk memikat seorang perempuan, Syah.Seelok-eloknya jangan ada belanja di bahagian debit yang boleh mencatatkan akaun kau.Tapi harus diingat! Belanja jugak kadang-kadang perlu untuk mendapatkan sesuatu hasil. 
Contohnya ibaratkan perasaan cemburu kau sebagai satu belanja.Itu akan menunjukkan yang kau sayangkan dia.Bererti kasih sayang tu suatu hasil.” Penerangan itu membuatkan mulut Tengku Syahran diam.Fikirannya ligat berputar memikirkan kebenaran kata-kata rakannya itu. 
     “Aku tau kau masih tak jelas dengan penerangan aku.Lebih elok kalau aku ringkaskan.Kau tunjukkan kelebihan kau dengan sifat-sifat kau yang penyayang, suami yang memahami dan mengambil berat atau apa-apa sifat baik yang boleh menambahkan nilai kepercayaan Zahlia terhadap kau.Itu salah satu hasil yang akan menaikkan martabat kau sebagai seorang lelaki dan suami.Sebaliknya buang sifat-sifat buruk macam cemburu buta, panas baran dan apa-apa yang mencacatkan diri kau jauh-jauh.Jangan tertulis walaupun satu keburukan kau di bahagian kredit yang boleh menghakis kepercayaan Zahlia terhadap diri kau.” 
Tengku Syahran sudah hampir faham dengan maksud yang disampaikan oleh Adli.Perlahan-lahan hatinya mengiakan kata-kata teman yang memang ada kebenarannya.Dengan lemah kepalanya disandar ke belakang.Terasa kelegaan yang dicari-cari datang menyapa. 
     “Habis tu, aku nak buat apa?” pertanyaan Tengku Syahran dianggap lucu oleh Adli.Mahu sahaja lelaki itu ketawa besar di saat-saat genting ini. 
      “Pikatlah dia.“Adli berkata selamba.Punggungnya mula diangkat.Melangkah ke arah tingkap biliknya. 
       “Aku takut jawapan dia negative.” 
Tiba-tiba kedengaran ketawa yang agak kuat di tepi tingkap.Tengku Syahran berpaling.Berkerut dahinya menahan marah dengan nada ketawa Adli yang menyakitkan hati. 
     “Aduh… susah betul berkawan dengan orang yang tengah kemaruk ni,” gerutu Adli dalam sisa ketawanya.Tangan kasarnya tidak habis- habis menepuk dahi. 
     “Li, jangan ketawakan aku boleh tak? Aku tengahtension ni!” bebelnya keras. Adli semakin galak ketawa.Kelakar betul mamat ni! Getusnya di dalam hati. 
     “Kau tak boleh buat keputusan sendiri! Kalau jodoh kau dengan Alia memang telah ditentukan, kau buatlah apa cara sekalipun.Takkan ada benda yang boleh pisahkan kau dengan dia.” 
Adli memusingkan tubuhnya betul-betul tegak di hadapan Tengku Syahran.Sisa geli hati masih ada.Tengku Syahran sedikit tenang dengan penerangan itu. 
      “But… kalau jodoh kau bukan dengan dia, kau kena redha.Itu ketentuan,” sambung Adli menggetarkan perasaan Tengku Syahran.Berulang-ulang kepalanya digoyang. 
     “Syah ingat! Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.Itu janji ALLAH.Mungkin kalau bukan Alia, ada perempuan yang lebih baik telah ditakdirkan untuk kau.” 
Tengku Syahran tergamam.Kata-kata Adli memang masuk dek akal! Tapi, mampukah dia menghadapi hari itu? 
     “Tapi, aku yakin, Li.Aku dapat rasakan Alia adalah jodoh aku.Mungkin masih samar- samar, tapi perasaan aku lain bila bersama dia.Aku ingat lagi, dua tiga hari lepas… aku pernah berdoa minta petunjuk ALLAH dalam mimpi.Walaupun tak berapa jelas muka perempuan tu, aku masih terasa Alialah perempuan yang ada dalam mimpi aku tu.Dia sedang duduk dengan aku berdua-duaan.Aku nampak dia macam tengah pegangkan sesuatu.” Bersungguh-sungguh Tengku Syahran menafsirkan mimpinya beberapa hari yang lalu. 
Adli menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.Parah sungguh! Sampai bab-bab mimpi pulak mamat ni. 
      “Okey, okey, kau takut kehilangan dia, kan?” soal Adli. 
Tengku Syahran mengangguk. 
    “Pelanlah sesuatu,” terang Adli. 
     “Maksud kau?” 
     “Gunakan kuasa kau sebagai suami untuk mengikat dia dalam hidup kau! Takkan itu pun aku nak ajar,” Adli tersengih nakal. 
Lama Tengku Syahran terdiam.Senyuman Adli bagaikan tersirat satu niat jahat.Dia yang pada awalnya kurang jelas dengan kata-kata itu, namun tiba-tiba dia menggeleng. 
       “No.. no… no.. aku takkan guna cara kotor untuk dapatkan dia.Berdosa Li.Aku tak nak nanti dia benci aku pulak,” bantah Tengku Syahran dengan jari telunjuknya digoyangkan beberapa kali. 
     “Tapi, kau berhak, kan? Walaupun perkahwinan kau tanpa perasaan sayang pada awalnya, kau jangan lupa dia tetap isteri kau sekarang.Dia sudah sah untuk kau selama-lamanya.Tak salah, kan?” Adli mula meracuni fikiran rakannya. 
     “Aku akan musnahkan kepercayaan dia terhadap aku.Aku tak akan melakukan perkara yang dia tak rela.Tak adil namanya.”
    “Kalau macam tu,fine! Terserah pada kau.Aku cuma nak tolong kau.Kalau kau tak setuju, kau carilah pelan lain.” Adli mengangkat kedua-dua belah tangannya. 
Tengku Syahran mengeluh.Cadangan Adli terlalu sukar untuk diterima.Tetapi, jika berjaya, dia juga yang untung.Zahlia akan menjadi miliknya yang mutlak.Bukankah itu yang diinginkan? Namun, sanggupkah dia melukakan hati Zahlia dengan perkara yang sukar untuk dia gambarkan? Arrhhh… susahnya nak ramalkan! 
     “Aku akan fikirkan dulu, Li.Mungkin kalau terpaksa.. aku..” Tengku Syahran menghentikan bicara.Malu tiba-tiba untuknya meneruskan kata. 
     “Dahlah.Berusaha dan berdoa.Apa-apa hal aku tetap sokong kau dari belakang,” balas Adli sambil tersenyum.Memahami perasaan lelaki yang dibebani masalah itu. 
     “Terima kasih, Li.Aku dah rasa lega sekarang.” Adli terus tersenyum. 
     “Anissa apa khabar?” tanya Tengku Syahran mengalihkan topik.Wajah Adli bertukar ceria.Senyumannya makin lebar.Riak seorang bakal bapa yang sedang menanti kelahiran cahaya pertama. 
    “Dia sihat.Mungkin awal bulan depan sampailah harinya! Aku berdebar-debar,Syah.” Jawab Adli sambil ketawa.Tengku Syahran juga ketawa. 
Alangkah bahagianya jika dia dapat merasai debaran itu.Debaran seorang bapa yang sedang menanti kelahiran cahayamata pertama bersama orang tercinta dan jika orang yang tercinta itu adalah Zahlia, dialah insan yang paling bahagia di dunia. 
Tengku Syahran sedar angan-angannya itu seperti menanti bulan jatuh ke riba.Saat manis sebegitu bagaikan sepotong mimpi yang datang di siang hari.Sesuatu yang sukar terjadi.Tetapi tidak mustahil!
     “Okeylah, Li! Aku minta diri dulu.Dah terlalu banyak aku curi masa kau.Terima kasih kerana sudi mendengar masalah aku.” 
     “Fikir elok-elok cadangan aku, Syah! Aku cabar kau.” Tengku Syahran berpusing.Lambat-lambat bibirnya tersenyum. 
      “Beritahu aku bila Anis bersalin.” Tengku Syahran membalas sambil memulas tombol pintu.Kelibatnya serta-merta hilang apabila daun pintu tertutup rapat. 

No comments:

Post a Comment