Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 15


TENGKU SYAHRAN menoleh ke kiri bilik pejabatnya, dia
ternampak Zahlia.Dia menoleh ke kanan, bayangan Zahlia menggamit lagi.Pandangan Tengku Syahran tertuju pada skrin komputer pula, wajah Zahlia tetap menyapa.Sedang tersenyum, adakalanya bagaikan sedang merenung dirinya.
Sejak akhir-akhir ini bayangan Zahlia sering mengganggu tanpa mengira waktu dan tempat.Bila dipejamkan mata, wajah lembut itu tetap melayang datang menyebabkan Tengku Syahran resah.
Kerja-kerja pejabat seringkali dibiarkan terbengkalai.Bila dia berada dalam
kesunyian, seringkali wajah Zahlia muncul.Ke mana hilangnya senyuman Nazirah yang sering dipuja dahulu.
Tengku Syahran mengeluh berat.Tubuhnya bersandar di kerusi.Dia mula mencari posisi yang sesuai untuk duduk dengan lebih selesa.Serius wajahnya bersama kerutan kecil di dahinya.
Tengku Syahran menelan air liur.Aku dah jatuh cintakah? Soalnya sendirian.Waktu itu juga, tanpa segan silu gemersik suara halus Zahlia bagaikan menggigit cuping telinganya.Mengusir pergi suara manja Nazirah yang semakin pudar.Hati Tengku Syahran bagaikan terikat.Segala-gala milik Zahlia sudah terkukuh terpahat di dalam jiwa.
Betulkah aku mencintai dia? Kalau tak, kenapa semalam aku tak sabar-sabar menanti dia pulang di muka pintu? Tengku Syahran tertanya sendiri apabila mengenangkan sikapnya semalam yang resah menunggu kepulangan Zahlia di muka pintu utama Villa Sakura.
Tengku Syahran teringat pula kes tangannya yang melecur dahulu.Semuanya gara-gara leka memerhatikan wajah Zahlia.Dia terbayang anak mata Zahlia yang berlaga dengannya.Mungkin waktu itu hatiku sudah tertarik padanya! Tapi mengapa begitu mudah?
Tengku Syahran masih tidak dapat menerima hakikat itu.Kerjanya dibiarkan seketika.Perlahan-lahan Tengku Syahran menarik laci meja.Menarik sebuah fail keluar dari situ.
Fail itu dibuka dan tangannya mula mencapai sekeping foto Zahlia yang diambil senyap-senyap sewaktu dia membuka pintu almari Zahlia dua hari lalu.Foto itu ditatapnya lama.Lembut, manis dan ayu wajahnya.Mata Zahlia seperti sedang membalas renungan matanya.Tengku Syahran menggigit bibir.
Dirasakan hatinya sudah tertawan.Fikirannya semakin angau kerana berperang dengan perasaan sendiri.Tengku Syahran mendekati foto itu ke wajahnya lalu dilekatkan ke bibir.Lama dia begitu sambil melayani perasaan hanyut.
Serentak itu pintu bilik terbuka luas.Tengku Syahran tersentak.Pantas sungguh sekeping foto itu dibaling ke bawah meja.Ternampak Adli sedang menapak ke dalam dengan wajah yang tidak mengerti.
      “Kenapa tak ketuk dulu?” marah Tengku Syahran.
Adli memakukan langkah.Pelik dengan ucapan Tengku Syahran.Selama ini dia tidak pernah mengetuk pintu sebelum masuk.Tidak pernah pula Tengku Syahran mengamuk atau marah-marah.Tetapi, hari ini, wajah Tengku Syahran jelas menampakkan kurang senang dengan sikapnya yang masuk tanpa mengetuk pintu tadi.
     “Lain kali kalau nak masuk bilik aku, ketuk dulu.” Tengku Syahran melepaskan keluhan.Dadanya masih berdebar.
Adli menutup pintu.Dia berjalan ke meja Tengku Syahran sambil menggaru-garukan kepalanya.
       “Selama ini kau tak pernah marah aku pun bila aku buat begitu! Hari ni nak mengamuk pulak.” Adli duduk di kerusi bertentangan Tengku Syahran.
Tengku Syahran sengaja buat sibuk.Buat-buat tidak faham dengan ucapan Adli.
     “Apa halnya?“tanya Tengku Syahran masih cuba menumpukan perhatian pada kerja biarpun hatinya masih bergelodak dengan pelbagai debaran.
    “Aku nak ingatkan kau tentang appointment kita dengan Encik Kasim tengah hari nanti,” ujar Adli.
    “Encik Kasim?”
    “Hmm… Pengurus Projek Bayu Idaman.Takkan kau dah lupa? Baru dua hari lepas kita berjumpa dengan dia di tapak projek.” Adli memandang Tengku Syahran.
Tengku Syahran gugup.Dia sudah terlupa segala-galanya.Yang dia ingatkan sekarang
adalah Zahlia yang sedang tersenyum manis.Bukan Nazirah apatah lagi Encik Kasim!      “    “Woi, kau ni kenapa? Nampak gelisah sejak aku masuk tadi.Kau ada masalah?“Adli mengetuk permukaan meja.
Tengku Syahran meraup mukanya kemudian tersengih.
     “Aku okey.Kau jangan risau.Ada lagi yang kau nak beritahu aku?” tanya Tengku Syahran.
Adli faham dengan maksud kata-kata Tengku Syahran.Dia tahu lelaki itu tidak mahu diganggu saat ini.Perlahan-lahan Adli bangun.
    “;Aku balik bilik aku dululah.Lastly aku cuma nak tanya kau tentang program kita malam ni, jadi tak?” soal Adli.
Tengku Syahran terdiam.Program? Program apa? Dia tertanya-tanya.Tidak langsung teringatkan apa-apa yang pernah diberitahu Adli tentang program sebelum ini.
     “Aku lupalah, Li.Program apa?” Tengku Syahran tersengih lagi.
Adli mencelikkan mata.Ganjil betul sikap Tengku Syahran yang seolah-olah telah menjadi seorang yang pelupa sejak kebelakangan ini.
     “Kau kata nak main squash.“
     ”Hah? Aku yang cakap ke?“soal Tengku Syahran.
Adli mengangguk.Masih berdiri di hadapan Tengku Syahran dan berkira-kira mahu keluar.Namun langkahnya terhenti.Perangai Tengku Syahran semakin menghairankan sehingga meninggalkan tanda tanya dalam diri Adli.
Tengku Syahran memandang jam.Sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.Sebentar lagi dia ada temujanji dengan Encik Kasim.Pukul 3.00 petang, dia perlu ke Seri Nilam Corporation untuk berbincang tentang belanjawan syarikat dengan Tengku Hakimi.
Kalau dia pergi main squash, sekurang-kurangnya pukul 8.00 malam sampai di stadium.Balik pulak, paling tidak mesti pukul 11.00.Nak makan dan minum lagi dengan Adli dah pukul berapa? Habis, bila masa aku dapat berjumpa dengan Alia?
Alia? Alamak, kenapa dia juga yang aku ingatkan saat ini? Aku seperti rindukan dia setiap masa.Mana Nazirah pergi?
      “Syah! Jadi tak ni?”
     “Err… aku rasa… aku rasa tak jadilah, Li.Aku ada hal malam ni.“Tengku Syahran berkata walaupun dia tahu itu satu pembohongan.
     “Okeylah.Aku pun ingat nak batalkan.Anissa tu kasihan pulak ditinggalkan dalam waktu- waktu yang macam ni.Kalau begitu, aku balik bilik dulu.Pukul 1.00 nanti,appointment dengan Encik Kasim.Jangan lupa tau?”
     “Alright!” jawab Tengku Syahran.
Adli melangkah keluar.Selepas kelibat Adli hilang, Tengku Syahran membongkok dan mencari foto Zahlia yang dicampakkan di bawah meja tadi.Sebelum menyimpan semula gambar itu ke dalam fail, sempat Tengku Syahran mengucup gambar itu sekali lagi.



ZAHLIA menumpukan perhatian pada kerja-kerja terhadap program terbaru Sinar Iram.Namun hatinya tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada program itu.Fikirannya terasa tidak tenteram.
Entah kenapa sejak beberapa hari ni, dia sibuk memikirkan sikap Tengku Syahran.Suaminya itu tidak lagi sedingin selalu.Lebih kerap memerap di rumah dan selalu mengambil peluang untuk beramah mesra dengannya
Zahlia kebingungan.Tengku Syahran yang dahulu terlalu menghambarkan dan kini Tengku Syahran amat merimaskannya.Zahlia masih keliru dengan sikap Tengku Syahran semalam.
Sewaktu kereta Proton Wira Zahlia memasuki pekarangan garaj Villa Sakura, Tengku Syahran sedang menantinya di pintu utama dengan senyuman.Zahlia
yang kepenatan hanya membalas senyuman itu sekali imbas dan terus naik ke atas.
Ketika Zahlia selesai menunaikan solat Asar, Tengku Syahran sudah berada di dalam bilik dan sedang merenungnya.Zahlia kaget waktu itu.Masih terasa betapa laju degupan jantungnya ketika matahaz el miliknya berlaga dengan anak mata yang hitam pekat itu.
Namun, Zahlia sengaja buat tidak mengerti.Dia terus melipat pakaian yang bertimbun di atas katil.Tetapi, sikap Tengku Syahran tetap pelik.Tiba-tiba Tengku Syahran turut serta membantunya melipat pakaian sambil mengambil peluang untuk bersembang dengannya.
Zahlia hanya melayani sambil lewa.Kadangkala dia terdengar pula bicara lelaki itu yang tersasul dengan panggilan ’abang’ dan adakalanya bagaikan
sengaja diucapkan.Zahlia tetap berlagak selamba.Buat tidak dengar walaupun di hatinya hanya ALLAH yang tahu betapa dia berdebar mendengar ungkapan itu.



“ALIA, kelas Alia dah nakstart ni! Alia dah siapkan kertas kerja Program Ikatan Kasih tu? Kak Mon nak tengok sekejap.” Suara Maimon kedengaran di telinga Zahlia.
Zahlia membesarkan anak matanya.Tersentak dengan teguran Maimon
yang mengejutkan.Lama dia membisu sebelum otaknya mendapat mesej untuk bertindak.
      “Ini kertas kerjanya.Lepas Kak Mon tengok, bagi pada Alia balik ya? Alia nak buat fotokopi.” Zahlia menghulurkan beberapa kertas kerja kepada Maimon. Maimon
menyambutnya.Dia membelek-belek muka hadapan kertas itu sebelum memandang Zahlia dengan wajah yang terpinga-pinga.
      “Kenapa?” soal Zahlia.
      “Ini bukan kertas kerja program tu.Rasa Kak Mon, ini kertas kerja program tahun lepas.”
Maimon menghulurkan kembali kertas-kertas itu kepada Zahlia.Zahlia menggigit kuku.Wajahnya sudah panik sambil membalas renungan Maimon.
"Mana kertas tu pergi?" soal Zahlia sambil bangun.
Fatimah yang turut berada berhampiran mereka mula mengangkat wajah.Zahlia kelihatan kalut dan cemas mencari-cari kertas yang berselerakan di atas meja.Fatimah menghampiri.Berdiri antara Zahlia dan Maimon.
      “Kau cari apa Alia?” tanya Fatimah.
Zahlia sudah menggaru- garu kepalanya yang dilitupi tudung.Kemudian bercekak pinggang sambil melepaskan nafas yang turun naik menahan penat.Ada percikan peluh di dahinya.
      “Aku cari kertas kerja Program Ikatan Kasih.Kau ada nampak tak aku letak kat mana? Aku rasa aku letak kat sini tadi.” Zahlia mengeluh.
Fatimah mengetap bibir.
     “Bukan ke kau bagi kat aku tadi? Kau suruh aku semak susunan ayatnya, kan?” ujar Fatimah seraya meletakkan beberapa helai kertas yang telah disusun di atas meja Zahlia.
Zahlia terdiam.Dia dapat mendengar suara Maimon yang sedang ketawa gelihati bersama Fatimah.Lambat-lambat Zahlia turut ketawa.
      “Kak Mon tengok dulu ya?”
Zahlia mengangguk dan melihat Maimon berlalu dengan ketawa kecil.Zahlia mengeluh lagi.Membiarkan Fatimah memandangnya dengan pandangan yang pelik.
     “Apa sebenarnya yang berlaku pada kau, Alia? Dah dua tiga hari aku tengok kau jadi pelupa.Kau sihat tak?”
Zahlia duduk.Melepaskan segala kesesakan di dadanya.Peluh yang tadi merimaskan muka, terasa semakin dingin dan mula menyejukkan wajah.Zahlia terdiam sejenak membuatkan Fatimah tetap setia menanti.
     “Atau kau ada masalah dengan Syah?” soal Fatimah lagi.
    “Eh, tak adalah! Aku okey.” Pantas Zahlia menyangkal pertanyaan Fatimah sambil menyusun kertas-kertas yang berselerakan.
     “Ye ke?” soal Fatimah penuh makna tersendiri.Ada senyuman mengusik di situ.
     “Betullah.Tak ada apa yang berlaku antara aku dengan Syah.Kamistill macam dulu.Dia dengan hal dia dan aku dengan hal aku.”
Zahlia cuba tersenyum tetapi dia sendiri tidak tahu rasa sebenar senyuman itu.Yang dia tahu senyuman itu bagaikan dipaksa terukir di bibirnya.Seolah-olah senyuman itu dapat mengawal gelodak yang semakin tidak menentu.
      “Aku ada kelas sekarang.Aku pergi dulu!”
Zahlia mencapai bahan- bahan pengajarannya.Bergerak pantas untuk menuju ke kelas.Fatimah terdiam.Dia seperti terlihat sesuatu pada gerak laku Zahlia yang dari sehari ke sehari semakin pelik.Pasti ada sesuatu! Luahnya di dalam hati.





“HAI, termenung jauh nampak?” tegur satu suara.
Zahlia terkesima.Berpaling ke arah suara yang menegurnya.Tengku Syahran tersenyum membuatkan
Zahlia tersipu malu kerana
ditegur begitu.Tengku Syahran terus melabuhkan punggungnya di sebelah Zahlia.
Suasana bilik yang terasa panas telah menyebabkan Zahlia mengambil keputusan keluar dari bilik, Tengku Syahran sedang sibuk menyiapkan kerjanya.Zahlia
berasa bosan dan terus berlalu meninggalkan bilik itu. Zahlia tidak berani menatap wajah Tengku Syahran.Dia tunduk
dan membisu.Lidahnya bagaikan kelu untuk berbicara.Tidak tahu mengapa, dia terasa lain bila ada di samping lelaki itu.
Tengku Syahran juga mendiamkan diri.Turut merasakan kelainan seperti yang sedang dialami oleh Zahlia.Sekejap-sekejap, Tengku Syahran melirikkan mata pada Zahlia.Wajah lembut itu kelihatan ayu pada pandangan matanya tiba-tiba.Kau memang telah mencuri hatiku, Alia! Desis hati Tengku Syahran.
Tengku Syahran ternampak Zahlia sedang menggosok tangan tanda wanita itu sedang kesejukan.Kalau diikutkan hati, Tengku Syahran ingin menarik wanita itu ke pelukannya.Pasti cara itu, kesejukan yang terasa akan hilang.Ah, tak mungkin berlaku!
       “Kerja dah siap?” soal Zahlia memulakan perbualan.
       “Dah,” jawab Tengku Syahran ringkas. Zahlia masih menggosok- gosokkan tangannya.
        “Sejuk ke?“soal Tengku Syahran pula.
       “Hmm…dalam bilik tadi panas.Tak sangka pulak dekat luar terlalu sejuk.”
       “Minggu depan kita akan berangkat.Tiket dah ada.Passport pun dah settle,”; beritahu Tengku Syahran.
Zahlia menyepi sebentar.
        “Terima kasih,” jawab Zahlia.
        “Untuk apa?”
       ”Semua yang berlaku… Alhamdulillah hampir dua bulan kita berjaya lalui hidup dalam perkahwinan yang tiba-tiba ni kan?” soal Zahlia.
Tengku Syahran mengangguk.Tersenyum sedikit meskipun dalam cahaya yang suram.Tengku Syahran memerhati ke sekeliling taman mini.Dia sudah kehilangan idea untuk bersuara lagi.Hendak berbual tentang apa lagi? Pejabat aku? Adli dan Anissa? Tempat kerja dia? Projek Bayu Idaman? Hisyy… tak masuk akal.
         “Perasaan kau, Syah! Beritahu dia tentang perasaan kau!” suara hatinya memberikan jawapan.
Tengku Syahran terkesima.Kaku terasa bibirnya untuk berbicara soal itu.Tak mungkin aku akan luahkan tentang perasaan aku padanya malam ni.Aku belum bersedia!
         “Dulu, masa kau beritahu Nazirah yang kau cintakan dia, adakah kau perlukan persediaan?” soalan itu tercetus di hati nurani Tengku Syahran.
        “Tak!” jawab Tengku Syahran pendek.
        “Habis… gunakan cara tu.Beritahu dia secara spontan.Cepat!
Sebelum terlambat.Dia dah mengantuk tu!” hasutan itu bergema lagi di hatinya.
Tengku Syahran memandang Zahlia yang sedang menutup mulut kerana menguap.Hatinya berdebar-debar.Tertunduk semula.
         “Tapi aku malu!”
         “Dulu aku pernah beritahu dia yang aku tak akan jatuh cinta pada dia.Nanti apa kata dia?“soal Tengku Syahran.   
“Tak usah fikirkan hal tu.Yang penting hati kau.Dulu, mana kau tau yang kau akan jatuh cinta.Kau kan manusia? Ada perasaan.” 
Tengku Syahran menarik nafas dalam-dalam.Suara hatinya berjaya menghasut naluri lelakinya.Dia menjilat bibirnya yang terasa kering.Seolah- olah cara itu dia dapat mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu rahsia hatinya yang sudah dicuri oleh Zahlia. 
Aku… saya… abang… I? Tengku Syahran terfikir-fikir.Nak guna yang mana satu? Aku? Terlalu kasar.Saya? Terlalu formal.Abang? Tengku Syahran menelan air liur.I? Tak mungkin. 
Habis, yang mana satu? Aku nak guna yang mana ni? Tengku Syahran menggigit kuku.Selama ni tak pernah terfikirkan hal itu.Tetapi malam itu Tengku Syahran tercari-cari bahasa yang sesuai.Ah, guna ajelah yang mana-mana! 
     “Eerr…aku,, ss…saya….abang dah.. jatuh cinta!” Tengku Syahran bersuara perlahan. 
Fuhh, lega!!! Tengku Syahran melepaskan keluhan.Dia terasa tenang selepas mengucapkan kata-kata itu.Dadanya sudah kembali pulih dari nafas yang menyesakkan. 
Tetapi, Zahlia sepi di sebelah.Diam dan kaku.Tengku Syahran telan air liur.Dia masih tunduk kerana malu untuk menatap wajah Zahlia.Kenapa senyap? Dia dengarkah? Atau sudah pekak? 
    “Beritahu lagi sekali Syah! Kuat sikit.Dia tak dengar kot!” hati Tengku Syahran berbisik lagi. 
Tengku Syahran menggigit bibir.Memberitahu sekali lagi bermakna dia perlu melepasi tahap kritikal lagi sekali.Ya, ALLAH! Bantulah aku.Doa lelaki itu. 
Tengku Syahran menarik nafas semula.Lebih dalam dari tadi.Bibirnya sudah terbuka sedikit untuk mengulangi bicara. 
      “Ab….bang dah jatuh cinta pada Alia!” sedikit kuat ucapannya dari tadi. 
Tengku Syahran terasa nyawanya hendak tercabut.Mintak-mintaklah kali ni Alia dengar! Tengku Syahran berbisik.Dia sudah bersedia dengan alasannya.Tengku Syahran jatuh cinta tanpa sedar.Nak buat macam mana? Takdir! Cakap aje macam tu. 
Tetapi, Zahlia masih kaku.Tengku Syahran terus diterpa perasaan malu.Pasti Zahlia sedang mentertawakan aku kerana tewas dengan perasaan! Gerutu Tengku Syahran. 
Tengku Syahran memberanikan diri untuk mengangkat  wajah.Takut- takut.Tengku Syahran ternampak tangan kanan Zahlia sedang menongkat kepala.Tindak-tanduk wanita itu beku dan senyap. 
Tengku Syahran mengintai wajah Zahlia.Tidak jelas kerana tiada cahaya yang terbias ke wajahnya.Tengku Syahran memanjangkan leher.Menjegil biji matanya tiba-tiba. 
Laa… dia dah tidur? Maknanya dia tak dengar? Dan aku kena luahkan sekali lagi? Ya,ALLAH! Kenapa dengan aku ni? Apa dah jadi? Mengapa semua ni berlaku padaku? 
Tengku Syahran bersandar di kerusi.Merenung Zahlia lagi.Nafas Zahlia kedengaran kecil dan Tengku Syahran terasa damai di jiwanya.Tangan Tengku Syahran perlahan-lahan menghampiri tangan kiri Zahlia yang sedang berada di atas meja.Dia gugup sebenarnya tetapi demi hati yang kian tersemai perasaan cinta, Tengku Syahran memberanikan diri. 
Tangan kiri Zahlia sudah digenggam.Lembut dan halus sehingga meresapi ke sanubari.Tengku Syahran tunduk.Aku cintakan kau! Maafkan aku kerana tak dapat menyembunyikan lagi perasaan ini! Aku benar-benar cintakan kau.Ucap Tengku Syahran separuh berbisik. 
Tengku Syahran terkejut.Zahlia sudah bergerak.Pantas Tengku Syahran menarik tangannya semula.Pada waktu itulah kelopak mata Zahlia terbuka. 
      “Eh, saya tertidur ya?” tanya Zahlia dalam suara seraknya.Tanpa mengesyaki apa- apa. 
Tengku Syahran mengangguk. 
      “Hmm… ingatkan nak kejut, tak sampai hati! Pergilah naik,,tidur.” Tengku Syahran berkata. 
Zahlia bingkas.Dia menggaru-garu kepalanya yang masih bertudung. 
Rutin dan kebiasaannya apabila keluar bilik.Mesti bertudung!
      “Saya naik dulu ya?”
      “Hmmm..”
     “Assalamualaikum.”
     “Waalaikumussalam.”
Tengku Syahran merapatkan bibir.Perasaannya 
berperang semula.Arggghhh…macam mana aku nak beritahu dia lagi? Soalan itulah yang menemani tidur Tengku Syahran malam itu.Entahkan lena entahkan tidak hanya Tengku Syahran sahaja yang tahu. 

No comments:

Post a Comment