Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 27

LINDA menghempaskan tubuhnya di atas kerusi.Hari ini dia
masuk ke pejabat lebih awal.Wajahnya mencuka.Setiap pekerja yang keluar masuk dari biliknya akan menjadi mangsa maki hamunnya pagi itu.Bayangan perkahwinan Tengku Syahran dan Zahlia masih segar dalam ingatannya.Malah, berita berbulan madu lelaki itu dengan isterinya masih panas di telinganya.
Shit! Kurang ajar kau Alia! Berani kau rampas Syah dari aku.Tak padan dengan anak haram.Kau perempuan tak guna! Tak layak hidup dengan kerabat di raja.Aku akan musnahkan hidup kau.Jeritnya sekuat hati.Ketawanya mula nyaring memenuhi segenap ruang bilik.
Pen di tangan dicampak ke hadapan.Ketawanya masih berbunyi.Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu berkali-kali.Lamunan Linda terhenti.
“Masuk!” kuat suaranya memberi arahan.
Daun pintu terkuak.Berkeriut bunyinya.Seraut wajah lelaki terjengul di situ.Linda mengerutkan dahi.Lama dia merenung wajah itu.Akhirnya bibir halusnya membalas senyuman itu.
“Masuklah, Bernard.Sorry I tak perasan muka you.” Suara Linda cuba dikawal agar riak kemarahan tidak terluah.
“Bagaimanayou nak perasan, I ni apalah sangat pada you, Linda?” usik Bernard. Linda hanya ketawa manja.
“Have a seat.Sorrylah bilik I ni tak sehebat office you yang tiga kali lebih besar tu.” Linda membalas usikan Bernard.
“Hey, nice room what? You yang decoratekan?“
“Tak adalah. I ni siapa? Manager cabuk aje kat dalam bank ni.”
“Eh, father you kan ada titledatuk.Kenapa you tak kerja kat office father you aje?”
“Well.. I lebih suka berdikari.Bak kata orang,adventure cari duit sendiri.Lagipun, I tak berapa gemar guna duit father I.Rasa macam I ambil kesempatan title datuk dia pulak.”
“Em..I like prinsip you, sebab tu I rasa selesa berdampingan dengan you.Seorang yang tak suka bergantung hidup pada orang lain.”
Linda tersenyum dengan pujian itu.Hatinya ketawa gelihati.Kelakarnya! Betul ke prinsip aku tu? Hipokrit!
“Your face looks like chubby! What happened? You dah tak amalkan diet lagi ke?”
teguran Bernard mematikan senyuman Linda.Peluh dingin terasa meletus di segenap liang romanya.Tiba-tiba jantungnya berdegup pantas.
“Ya ke? I tak perasan pulak.Kenapa.. I dah tak cantik ke pada you?” sengaja Linda menduga.Ingin menutup getaran jantungnya yang semakin tak menentu.
“Eh, bukan macam tu maksud I.Linda yang ada depan I tetap Linda yang I kenal dulu.Good looking and pretty!”
Linda ketawa.Berjaya menutup lubang yang hampir pecah.
“So, takkan kita nak melepak macam ni aje.You tak lapar ke? Mind if I join you this lunch?” Bernard bertanya.
“Erm… that’s a good idea.Boleh jugak kalau you tak kisah.”
“I don’t mind.”
“Okay… jom!”
Li nda terus mencapai beg tangannya.Mereka beredar melangkah ke Restoran Thai Kitchen yang berdekatan.Mereka menjamu selera sambil berbual panjang.Sesekali Linda menjatuhkan kepalanya di bahu Bernard.Lelaki itu hanya membiarkan.Malah, terasa bahagia diperlakukan begitu.
“Linda,you tunggu siapa sebenarnya? Sejak dari England, I dah sukakan you.Kenapa you tak nak terima cinta I?” Pertanyaan Bernard mematikan khayalan Linda.
Wanita itu terus mengangkat kepalanya.Segera mencarik-carik otak lelaki cina kacukan India itu agar tertanya-tanya sendiri.
“I bukan tak sayangyou, Bernard.I cuma belum bersedia lagi! Lagipun I risau famili I tak dapat terima kehadiran you sebagai ahli keluarga.You faham-faham ajelah dengan perbezaan agama kita.I perlukan masa untuk meyakinkan mereka.You boleh tunggu, kan?” Bernard mengeluh.
“Apa yang perlu dirisaukan lagi? I dah berkali-kali beritahu you yang I sanggup
tukar agama.Famili I semuanya kahwin campur.Mother I tak melarang,daddy I pun berketurunan India.And you must know yang I tak makan daging tu… I tak minum arak.Apa yang susah. I yakin I boleh jadi seorang Islam yang sejati kalau you sudi pimpin I”
“Bernard, Islam tak bertumpu pada dua benda tu aje.You must know a lot to be a good muslim.I takut you tak sanggup menghadapi dugaan.Nanti,
tak pasal-pasal I yang kena tanggung dosa you,” bantah Linda bersungguh-sungguh memadamkan api keinginan Bernard yang menyemarak.
Eleh, macam bagus sangat dengan ilmu Islam kau tu Linda! Sembahyang, puasa, zakat, kau pernah buat ke? Kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping telinganya.
“I boleh belajar.You kan boleh ajar I.”
Linda hampir tersedak.
“You kena fikir masak-masak Bernard.Jangan buat keputusan terburu-buru.” Linda masih berusaha menyangkal permintaan Bernard.
“You ni macam tak menggalakkan I masuk Islam aje?” teka Bernard. Linda menelan air liur.
“Eh, bukan macam tu. I cuma…” ayat itu tidak dihabiskan.
Fikiran Linda mula menumpukan perhatian pada sepasang manusia yang sedang
duduk di meja yang agak jauh
dari tempatnya.Bernard yang ada di hadapan dilupakan seketika.Tidak tentu arah kepalanya terintai-intai pasangan itu dari jauh.
Pasangan itu kelihatan leka berbual.Tidak menyedari langsung gelagat mereka sedang diperhatikan.
“Cuma apa Linda?”
“Syhhh…”
“Hey, what’s going on?“sergah Bernard sedikit berbisik.Masih hairan dengan situasi itu.
“Tu..“Linda memuncungkan bibir seksinya ke satu sudut.
Bernard mengalihkan matanya ke tempat yang dimaksudkan.Pandangannya tertumpu pada tiga orang manusia yang sedang menjamu selera di satu meja yang agak jauh dari tempatnya.Wajah yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
“Kenapa?“Bernard bertanya ingin mencari jawapan terhadap persoalan yang sedang meletus di mindanya.
“Perempuan yang pakai baju warna hijau tu isteri Syah,” ujar Linda bijak menyembunyikan rasa amarahnya.
“Syah? Macam pernah dengar nama tu.”
Fikiran Bernard bercelaru.Cuba mencari-cari nama yang baru disebut oleh Linda.Serta-merta dia teringatkan rakan pengajiannya ketika di England dahulu.
“Yang selalu dengan Adli tu ke?” tanya Bernard sedikit tidak yakin.
Sewaktu belajar di England, mereka tidaklah serapat mana.Bagaimanapun, sebagai pelajar di perantauan yang datang dari tanah air yang sama, secara tak langsung wujud hubungan kekeluargaan antara mereka.
Anggukan Linda memecahkan ingatan Bernard terhadap lelaki melayu yang dikenali di England dahulu.Bernard terus memakukan perhatian kepada wanita bertudung itu.Begitu ayu di penglihatannya.
“Siapa nama dia?” tanya Bernard.
“Zahlia,“jawab Linda acuh tak acuh.
Bernard mengangguk.Aduh, jelita sungguh wanita itu.Bertuahnya lelaki setampan Syah dapat memiliki wanita seanggun itu.Jadi, tidak bertuahkah aku kerana dapat menyelami hati wanita cantik di hadapanku ini? Walaupun cintaku masih ragu-ragu untuk diterima?
Bernard terus merenung wajah Linda.Begitu jauh bezanya dengan wanita yang didakwa sebagai isteri Tengku Syahran itu.
Linda akan kelihatan cantik berseri dengan tempekan bedak tebal dan berjenis-jenis alat solek yang datang dari luar negara.Sedangkan wanita itu, tidak tercalit sedikitpun hiasan alat mekap untuk mencantikkan wajah.Kecantikannya semulajadi.Tulen dan asli.Hati lelaki Bernard terusik ketika senyuman mekar tersadai di bibir Zahlia.Aduh, menawan sungguh!
“Lawanya…“tanpa diduga perkataan itu lahir dari mulut Bernard.
“What?” terbeliak biji mata Linda.Dia hampir melenting mendengar pengakuan Bernard.
Pujian sebegitulah yang menyakitkan hati, menembak-nembak dirinya untuk terus mengepung rasa cemburu yang menggila.Kurang asam kau Alia! Jeritan itu bergema di dalam dirinya.Linda mendengus marah.
“Hei, jangan macam tu sayang! Selawa mana pun dia,you tetap cantik pada mata I.” ungkapan Bernard bermaksud untuk memujuk.
Namun, di hati kecilnya sungguh-sungguh memprotes kata-kata yang baru terluah tadi.Sekelip mata pendiriannya berubah.Wanita sehebat Zahlialah yang sepatutnya dibuat isteri.Bukan seperti wanita di hadapannya yang gemar berpakaian seksi.Mempamer tubuh untuk santapan lelaki yang ghairah mengejar alam dunia yang tidak kekal.
Bernard membuat andaian sendiri.Sedikit sebanyak dia mengetahui tentang Islam.Dia telah berhasrat untuk menukar agama.Harapannya bersinar ketika bertemu dengan Linda.Berharap wanita itu sudi memimpinnya ke arah kebenaran.Rupa-rupanya dia tersalah anggap.Linda seolah-olah menjadikan dirinya sebagai teman ketika sunyi. Dia yang dungu kerana tertipu dengan pujuk rayu wanita itu.
Linda kelihatan tersenyum.Tidak menyedari ungkapan Bernard tadi hanya lahir dari mulut namun tidak terdetik walau sedikit di dalam hati.Senyuman
menggoda Linda sedikitpun tidak menggoyahkan iman Bernard kali ini.Hatinya bagaikan mati untuk wanita itu.Sepantas tiupan puting beliung.Segala- galanya karam untuk wanita itu.
“Bernard, I rasa mereka itu macam ada affair aje.” Kata-kata berbaur tuduhan itu disambut dingin oleh Bernard.
Siapa tak kenal Linda yang pandai menyebar fitnah? Hai, kenapalah dulu aku terlalu buta? Tidak langsung menyedari yang wanita ini memang suka mereka cerita.
“Kenapa cakap macam tu? Tak elok Linda, berprasangka pada orang,” Bernard cuba menyangkal kata-kata itu.
Linda naik berang mendengar kata-kata Bernard.Tiba-tiba sahaja perangai Bernard berubah.
“You mana tau.Perempuan macam dia tu tak boleh dibuat bini.Merampas kekasih orang dia taulah.” Linda terus menuduh.
“Linda, mereka duduk bertiga.Dua perempuan, satu lelaki.Bukankah Islam yang meletakkan syarat sebegitu dalam pertemuan untuk mengelakkan timbulnya fitnah.” Kata-kata itu terasa berbahang-bahang di dinding telinga Linda.
Terasa cetek pengetahuannya tentang Islam.Siapa lelaki beragama kristian itu untuk menasihatinya tentang Islam sedangkan dia lebih dahulu makan garam dengan agamanya sendiri.Kurang ajar!
“You ni kenapa Bernard? Kenapa tiba-tibayou berpihak pada dia?” Linda meledakkan api kemarahan.
Bernard kelihatan tenang.Mungkin dengan cara itu dia akan selamat dari rasa bersalahnya pada mama dan papanya.








“MAMA tak suka Ben berkawan dengan Linda tu.She’s not suitable for you.” Kata-kata mamanya malam tadi masih terngiang-ngiang lagi.Papanya hanya
diam membisu.Mungkin di dalam hati setuju dengan penerangan isterinya.
“But, I love her mama.I love her since I met her in England.I love her so much!“Bernard masih memujuk.Berharap benar agar hati orang tuanya itu setuju dengan pilihannya.
“So, you think by loving that woman, it can make your life happy? Ben, mama tak kisah kalau Ben nak kahwin dengan orang melayu.Mama tak halang kalau Ben nak tukar agama sekalipun.Itu hak Ben tapi mama tak rasa perempuan yang Ben pilih untuk jadikan isteri tu sesuai.Dia sekadar rapat dengan Ben sebab dia tak ada teman.Trust me, Ben.Mama pernah nampak dia bermesra dengan lelaki lain.”
Mungkin kata-kata mamanya benar.Dia sahaja yang buta menilai kasih sayang yang sebenarnya kusam tanpa balasan.Dia tersepit antara kehendak dan cinta.Kehendaknya untuk memperolehi nur Islam seperti abang sulungnya dan cintanya pada Linda yang tidak bertepi.
Aku masih belum terlewat untuk menggenggami nur Islam itu.Mungkin ada insan lain yang sudi menghadiahkanku nur itu.Selamat tinggal Linda! Bisik hati kecilnya.
Ucapan itu terpelanting di benaknya bersama-sama tindakan refleks di kaki Bernard.Melihatkan Bernard yang tiba-tiba meninggalkannya, Linda terasa gunung kemarahannya kian memuncak.
Fikirannya mula memasang angan-angan.Ligat benar hatinya yang penuh bertampal titik-titik hitam memasang jerat.Jaga kau, Alia! Linda tersenyum sendiri.








“AUNTIE!” suara lunak manja seorang wanita yang membingitkan telinga memaksa Tengku Syahran untuk melihat siapakah gerangannya.
Demi terpandangkan wajah itu, Tengku Syahran disembur dengan rasa jengkel dan meluat.Namun, di sebalik hatinya terselit pingat emas kemenangan kerana berjaya menolak permintaan emaknya untuk memperisterikan wanita itu.
Linda tersenyum menggoda.Konon-kononnya dengan senyuman itu, lelaki kacak di hadapannya akan duduk melutut dan menurut segala kehendaknya.Bagaimanapun, angan-angan Linda hancur
terkubur.Suara tengkingan Tengku Syahran kedengaran menampar-nampar telinganya. “ “Apa you buat kat sini?” Tengku Syahran bertanya dengan lagaknya yang bersahaja.
Linda cuba mengawal kemarahannya.Sikap angkuh Tengku Syahran dipandang dengan sedikit cebikan yang sengaja diselitkan dari panahan matanya.Berlagaknya dia?
“Hai, Syah! Lama tak jumpa you? Sihat?” Linda menyoal sambil melangkah masuk ke Villa Sakura tanpa segan silu.
“You nak apa?” tanpa menjawab persoalan Linda, Tengku Syahran menghamburkan persoalan lain.
“Saja-saja datang nak tanya khabar pengantin baru.Takkan tak boleh?” Linda menjawab berani.
“Oh, ya ke? I tak perasan pun yangyou mempunyai sikap prihatin yang tinggi untuk mengetahui khabar I dan Alia secara tiba-tiba?“Tengku Syahran sengaja mengundang rasa kebencian di hati Linda.
“Syah,you jangan ingat I datang ni sebab I nak terhegeh-hegeh kat you tau.Tolong sikit.Lelaki macam you tak pernah I impikan untuk hidup bersama.I ni kalau petik jari, tak payah tunggu lama.Bersusun-susun menunggu I di mana-mana.“Hati Tengku Syahran bagaikan digeletek mendengar pengakuan berani wanita itu.
Perasannya kau perempuan! Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.Cuba cermin diri dahulu sebelum membuat andaian sendiri.Aku yang lelaki ni pun tidak langsung menunjukkan minat terhadap wanita murah seperti kau.Kau manusia yang tidak layak memegang gelaran wanita.Gelaran yang diagung-agungkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk seorang wanita yang suci menjaga maruah.Bukan wanita seperti kau.
“Kenapa you senyap? Kalah dengan kata-kata I?” sergahan itu mencetuskan sedikit ketawa yang menyakitkan hati Linda.
“Siapa datang Syah?” satu suara wanita yang tiba-tiba muncul di pintu dapur mencacatkan perbualan dingin itu.
Linda menapak ke arah Tengku Badariah yang menjadi punca mengapa dia berkunjung di Villa itu.Serta-merta dia merangkul tubuh itu.
“Assalamualaikum auntie.Apa khabar?” sapanya apabila pelukan dileraikan.
Tengku Badariah hanya mengangguk dan membalas dengan senyuman kecil.Tidak semesra dulu.
“Waalaikumussalam.Linda dari mana ni? Tak kerja ke?” soal Tengku Badariah cuba mencari suasana untuk beramah.
“Dari pejabat auntie.Saja nak singgah jenguk auntie sekejap.” Kata-kata itu hanya dibalas dengan senyuman lagi.
“Mama sihat?” tanya Tengku Badariah pendek.
Modalnya untuk berbual dengan Linda bagaikan sudah habis.Tiba-tiba dia jadi kelu untuk beramah mesra dengan wanita itu.
“Sihat.Errmmm… Alia mana auntie?”
Suara yang sengaja diperlahankan menimbulkan curiga di hati kecil Tengku Badariah.Wajah Linda ditenung dalam-dalam.
Mungkin kedatangan Linda ini sengaja memancing minatnya untuk mendengar cerita yang tidak enak didengar seperti dulu.Tengku Badariah terbayang lagi ketika cerita tentang cek yang berjumlah puluhan ribu itu menjadi habuan telinganya.Adakah kali ini cerita dari pokok yang sama sengaja digoyangkan demi menggugurkan daun-daun kepercayaannya terhadap menantu yang kian disayanginya itu?
“Dia kerja.Kenapa?” jawapan dan soalan itu hambar terkeluar dari bibir Tengku Badariah.
“Linda nak beritahu auntie sesuatu.Tapi,auntie mesti janji jangan beritahu sesiapa tentang hal ni?”
Tengku Badariah sudah agak cerita buruk yang bakal digembar-gemburkan lagi.Moga- moga kali ni ceritanya tidaklah sehebat mana.Doanya di dalam hati.
“Apa halnya?” Tengku Badariah pura-pura tidak mengerti.
“Tadi, masa Linda keluar makan dengan kawan, Linda ternampak Alia dengan seorang lelaki.Berdua aje!” bermulalah satu pembohongan yang tercipta dari bibir Linda yang tidak takut bercerita.
“Kamu biar betul Linda.Salah orang agaknya!” Tengku Badariah membalas dingin.
“Tak auntie.Linda nampak dengan mata ni sendiri.Mereka tengah makan, bukan main mesra lagi!”
“Auntie bukannya apa Linda.Alia tu biasa keluar makan dengan kawan-kawan pejabatnya. Agaknya itu kawan dialah tu.” Tengku Badariah
tetap berpihak kepada menantunya.Linda mengancing gigi.Tanda geram.
“Tapi, takkan sampai berpegang tangan auntie, bertepuk-tampar? Itu dah lebih dari kawan!” ungkapan fitnah mula bersinar.Memberi peluang kepada syaitan untuk berdansa gembira.Satu umat Adam telah terkena!
Tengku Badariah menghentikan kerja.Cerita seperti itulah yang tidak enak didengarnya.Dia sebenarnya masih tidak yakin dengan cerita yang dibawa itu.Namun, naluri jahatnya terkinja-kinja menari-nari mengikut rentak lagu yang dinyanyikan Linda.Sedikit sebanyak jiwanya terusik.
“Kau cakap betul-betul Linda.Auntie rasa Alia bukan perempuan yang macam tu!” Tengku Badariah masih mencari lubang kepastian.
“Itu perasaan auntie.Manusia ni tak boleh dijangka auntie! Kita tak boleh percaya seratus peratus.Entah-entah sebelum ni, lagi teruk perangai dia.Who knows?” Linda masih berlagak tenang.Setenang hati syaitan yang ketawa kerana berjaya memperdayakan seorang umat Adam.
Tengku Badariah terasa nafasnya sedikit sesak.Prasangka yang kian mendarat ke sanubari dibiarkan berjuntai-juntai di dahan hati.Nalurinya berbelah bahagi.Antara percaya atau tidak.Kata-kata Linda memang masuk akal.
“Auntie rasa macam tak percayalah.Dia nampak baik.”
“Itu satu lakonan untuk menutup kelakuan yang macam syaitan.Suka hati auntielah nak percaya ke tak.Linda cuma beritahu apa yang Linda nampak.At least dosa Linda dah lepas.Dan lebih tepat lagi Linda nak cakap yang Linda tak sampai hati tengok penderitaan Syah yang tak habis-habis.Dulu sebab Nazirah, sekarang kalau Alia buat hal pulak macam mana?”
Dumm!!! Bunyi hempasan pintu yang kuat memecah keheningan yang bertapa hari itu.Bagaikan nak tercabut jantung mereka dibuatnya.
Linda ketawa jahat di dalam hati.Dia tahu Tengku Syahran mendengar perbualan itu.Ketawa Linda terus bergema.Bergemersik suaranya menyanyikan lagu kejayaan di dalam hati.Mungkinkah kemenangan akan berpihak padanya akan datang?
“Bunyi apa tu Linda?” persoalan Tengku Badariah mematikan impian Linda.
“Entah.Tak apalah auntie, Linda nak balik dulu.Nanti mama risau pulak anak dia tak balik lagi!”
Linda mencapai beg tangannya dan tanpa disuruh, wanita itu melangkah keluar.Tengku Badariah terdiam.Alia ada pasang lelaki lain? Tak mungkin! Alia bukan perempuan seperti Raja Jasmin.Alia bukan begitu! Jerit Tengku Badariah di dalam hati.
Tak mungkin!

No comments:

Post a Comment