Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 19

“SOFEA yakin boleh bahagia dengan Kimi?” soal Encik Ishak sambil merenung tepat wajah anaknya yang kelihatan malu-malu itu.Sofea tidak berani memandang wajah ayahnya.Begitu juga dengan wajah uminya, Puan Solehah. 
Ketika itu, mereka sedang duduk beristirehat sambil menikmati angin malam di luar rumah mewah dua tingkat milik Encik Ishak.Sofea tidak bersuara, dia sebenarnya tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. 
Encik Ishak masih lagi menanti jawapan dari anak perempuan tunggalnya itu dengan penuh sabar.Puan Solehah pula hanya menjadi pendengar setia sejak tadi.Tidak pula ingin berkata apa-apa. 
Selepas keluarga Tengku Hakimi pulang, Encik Ishak terus mendapatkan Sofea.Ingin bertanya dari hati ke hati.Terkejutnya bukan kepalang.Entah mengapa tiba-tiba sahaja Tengku Badariah dan Tengku Ismail bertandang bersama beberapa saudara-mara ke rumahnya dengan tujuan tertentu.Ketidakwujudan Tengku Hakimi dan anak-anak Tengku Ismail yang lain tidak pula menimbulkan apa-apa kemusykilan di hatinya. 
Tahu-tahu sahaja Sofea hendak dirisik oleh jirannya itu.Encik Ishak terangguk-angguk 
sahaja.Seolah-olah sudah sedia maklum dengan rombongan tersebut.Padahal hatinya masih terkejut. 
Encik Ishak terpaksa meminta sedikit waktu sebelum memberi kata putus.Sofealah satu- satunya anak yang dia ada.Dialah permata hati dan penyeri dalam rumah tangganya setelah hampir 20 tahun usia perkahwinannya dengan Puan Solehah. 
Encik Ishak tidak mahu hati Sofea disakiti.Apatah lagi membiarkan anaknya menjadi mangsa kepada sesiapa yang berdampingan semata-mata untuk mengambil kesempatan.Jika diberi peluang, biarlah Sofea dikurniakan seorang suami yang benar-benar menyayanginya.Itulah harapan Encik Ishak. 
Encik Ishak mengeluh.Wajah lembut Sofea dipandang lagi.Kemudian beralih kepada isterinya pula.Tiada apa-apa reaksi. 
       “Ayah bukan apa Sofea, ayah tak mahu Kimi kecewakan perasaan Sofea.Ayah tak mahu dia terima Sofea semata-mata kerana anaknya.Bukannya ayah tak suka budak Kimi tu.Tapi…” 
      “Ayah, Sofea dah fikir masak- masak.Sofea yakin, Kimi boleh bahagiakan Sofea.Lagipun dia dah berjanji akan menyayangi Sofea kalau Sofea bersetuju menjadi isterinya.Kan itu yang ayah nak,” potong Sofea segera.
Tiba-tiba Puan Solehah mencapai tangan Sofea.Lalu digenggam erat dan penuh kasih.Sofea hanya membiarkan sahaja.Turut menggenggam jari-jemarinya uminya yang tersayang. 
        “Umi nak Sofea fikir panjang.Jangan kerana ikutkan perasaan, Sofea pulak yang kecewa.Kimi dah ada anak.Pendapat umi sama macam ayah.Umi takut Kimi gunakan Sofea sebagai alasan agar hak penjagaan Murni jatuh ke tangannya.Itu Sofea kena ingat.” Akhirnya Puan Solehah mengeluarkan bicara.Lembut penuh memujuk. 
Demi mendengarkan ucapan Puan Solehah, Sofea menarik tangannya pantas.Kurang senang dengan alasan uminya. 
      “Jadi, umi dan ayah tak setuju dengan lamaran Kimi?” Sofea bertanya sebak. 
       Entah… Sofea sendiri tidak pasti mengapa harus dia menangis dan bersedih sekiranya dipaksa menolak lamaran Tengku Hakimi.Yang Sofea tahu, hari itu adalah satu-satunya hari yang dinanti-nantikan dalam hidup.Saat di mana dia disunting oleh seorang lelaki untuk dibawa ke alam baru.Alam yang tidak pernah diimpikan semenjak dia melihat Tengku Hakimi bersanding dengan Raja Jasmin dahulu. 
Sungguh, Sofea benar-benar kecewa bila melihat pasangan raja sehari itu kelihatan secocok bersanding di pelamin mewah.Saat itu, hati Sofea bagaikan disiat-siat.Jiwanya bagaikan ditikam-tikam. 
Sofea kecewa.Namun hanya di dalam hati dia memendam segala-galanya.Berhari-hari dia mogok tak bercakap.Hanya berkurung di dalam bilik seharian.Ayah dan uminya juga tidak pernah diberitahu tentang perasaan itu.
Kini, sungguh tak terduga, lelaki yang dikasihi dalam diam itu telah melamarnya untuk dijadikan suri hidup seterusnya dijadikan mama kepada anak comelnya itu.Bukankah itu yang paling dinantikan Sofea? Tapi mengapa mesti wujud lagi halangan yang mahu menyekat kebahagiaannya? Sampai bila harus dia mengalah tanpa berusaha mencari kebahagiaan sendiri? 
Sofea tunduk.Serentak dengan itu, air matanya gugur ke bumi.Mulai pasrah andaikata itu suratan yang telah ditentukan dalam hidupnya. 
Encik Ishak dan Puan Solehah berpandangan.Tidak mengerti dengan tingkah laku Sofea yang menghairankan.Pantas mereka mencapai tangan Sofea lalu diusap manja. 
      “Kenapa Sofea menangis?” soal Encik Ishak perlahan. 
Sofea hanya mendiamkan diri.Wajahnya kembali muram.Ia benar-benar merunsingkan fikiran ayah dan uminya. 
      “Sofea,” panggil uminya pula. 
Sofea tetap membisu.Kemudian mengeluh kecil sambil membiarkan matanya terpaku pada Villa Sakura. 
      “Ayah dan umi bukannya menyekat kebahagiaan Sofea.Jauh sekali mahu memaksa Sofea supaya menurut kehendak kami.Kami dah berikan kebebasan kepada Sofea untuk memilih calon suami.Tapi, kenapa mesti Kimi?” suara Encik Ishak kedengaran lagi. 
Sofea menyeka air mata yang sudah beransur kering.Dia menarik nafas 
dalam- dalam.Wajah ayahnya ditentang dengan berani.Berupaya untuk mengukir senyuman walaupun hambar. 
      “Kalau ayah dan umi dah fikirkan baik dan buruknya untuk Sofea, biarlah Sofea aje yang mengalah.Sofea tak mahu digelar anak derhaka.Esok, ayah berilah kata putus pada mereka.Katakan Sofea sendiri yang tolak lamaran Kimi.” 
Sofea bersuara pasrah.Nada sebaknya cuba disembunyikan.Dengan longlai dia bangun.Tanpa sepatah bicara, Sofea melangkah meninggalkan ayah dan uminya. 
Encik Ishak dan Puan Solehah yang memerhati berasa pelik dengan tingkah laku Sofea.Bagaikan ada sesuatu yang sedang berlaku kepada anak gadis mereka.Apa bendanya? Tiada jawapan yang tercetus di minda masing-masing. 





SUASANA hening malam itu.Hanya kedengaran gemersik bunyi angin yang berdesir membelai tubuh pasangan manusia yang hanya membisu sejak tadi.Tiada ucapan yang terluah.Hanya suasana malam yang dingin menemani mereka. 
Tengku Hakimi kelihatan tenang.Sofea yang duduk tidak jauh darinya juga bersikap tenang.Kedatangan Tengku Hakimi ke rumah Sofea yang tiba-tiba setengah jam yang lalu benar-benar mendebarkan. 
Sofea tahu tujuan kedatangan Tengku Hakimi.Sofea sudah bersedia dengan jawapannya.Sekarang, Sofea hanya menantikan saat lelaki itu berbicara. 
Lamunan Sofea hilang.Keluhan kecil Tengku Hakimi kedengaran sayup-sayup di telinganya.Sofea menjeling sekilas ke arah Tengku Hakimi.Zapp!! Jantung Sofea bagaikan direntap.Mata Tengku Hakimi berlaga dengan anak matanya.Pantas Sofea melarikan anak matanya ke sudut lain. 
      “Sofea, apa yang Sofea mahu sebenarnya? Kan Sofea yang beri saya harapan.Kenapa mesti Sofea jugak yang kecewakan saya?” Tengku Hakimi meluahkan perasaan yang terbuku di dada. 
Sofea tunduk.Tidak berani bertentang mata dengan Tengku Hakimi.Takut hatinya tewas. 
       “Please… say something! Kenapa Sofea tolak lamaran saya? Saya nak tahu sebabnya.Semalam Sofea sendiri yang beritahu, soal jodoh telah Sofea serahkan kepada ayah dan umi.”
      “Memang saya serahkan kepada ayah dan umi saya.Jadi, apa masalahnya?“
     ”Kenapa Sofea menolak?“
     ”Sebab saya belum bersedia menjadi seorang isteri,” jawab Sofea pantas. Tengku Hakimi mendengus.Jawapan Sofea tidak dapat diterima. 
     “Saya tak percaya.Sofea melayani Murni seperti anak sendiri.Tak mungkin kerana alasan itu aje, Sofea menolak kehadiran saya dalam hidup.Atau….kerana status saya sebagai duda beranak satu yang membuatkan Sofea tawar hati untuk menerima lamaran saya?“Tengku Hakimi cuba menduga. 
      “Jangan menuduh saya seolah- olah saya ni terlalu memilih! Saya bukan jenis macam tu.Apa yang saya lakukan adalah untuk diri saya sendiri.Saya berhak mencari kebahagiaan hidup yang saya impikan.” 
       “Dengan menolak lamaran saya? Bererti saya tak mampu memberikan Sofea kebahagiaan, begitu?” Tengku Hakimi memintas. 
Sofea mengeluh kecil.Jika dia terus-menerus menjawab setiap persoalan yang dicetuskan oleh Tengku Hakimi, alamatnya topik yang ingin dibincangkan takkan tamat. 
        “Please Kimi.Lupakanlah niat untuk memperisterikan saya.Carilah seorang perempuan yang benar-benar mampu menyayangi Kimi dan Murni seikhlas hati.Saya tak mampu berikan kebahagiaan dan kasih sayang kepada Kimi dan Murni.” 
Akhirnya Sofea mengalah.Baginya itu yang terbaik daripada dipanjang- panjangkan lagi perbalahan.Sofea sudah tidak sanggup membohongi perasaannya.Dia bimbang air matanya gugur di hadapan Tengku Hakimi. 
      “Saya dapat lihat ciri-ciri itu ada dalam diri Sofea sebab itu saya tak teragak-agak untuk memilih Sofea sebagai isteri seterusnya mama kepada Murni.Saya yakin Sofea perempuan yang sesuai untuk mengasihi saya dan Murni seikhlas hati.“Tengku Hakimi berusaha memujuk. 
     “Saya tak dapat tunaikan permintaan Kimi.Maafkan saya.“
Sofea bingkas bangun.Perlahan-lahan ingin meninggalkan Tengku Hakimi.Namun Tengku Hakimi lebih pantas bertindak.Pergelangan tangan Sofea dicapai dan digenggam kuat.Sofea terkesima dengan tindakan itu. 
     “Apa ni? Lepaskan saya.”
Sofea berusaha menarik tangannya.Namun tidak berdaya.Cengkaman tangan Tengku Hakimi terlalu kuat.Mujurlah lengan baju Sofea betul-betul menutupi auratnya. 
     “Kimi,please,…” rayu Sofea. 
Tengku Hakimi buat-buat tak dengar.Tangan Sofea ditarik mengikut langkahnya.Sofea terikat.Malah terpaksa mengikut jejak langkah Tengku Hakimi yang semakin dekat dengan pintu rumah Encik Ishak.Dada Sofea semakin gementar.Apa yang akan dibuat?
Di waktu yang sama, Puan Solehah dan Encik Ishak sudah berada di muka pintu.Seolah- olah terkejut dengan kemunculan Tengku Hakimi yang selamba memegang tangan Sofea.Nasib baik beralas, bisik hati kecil Puan Solehah. 
Langkah Tengku Hakimi berhenti di hadapan ayah dan umi Sofea.Tubuh Sofea ditarik mendekatinya. 
      “Pakcik, makcik, saya nak minta izin untuk mempertisterikan Sofea.Jika pakcik dan makcik izinkan, esok saya sendiri akan hantarkan cincin tunang dan lusa kami bernikah.” 
Kata-kata Tengku Hakimi itu benar-benar memeranjatkan Sofea.Encik Ishak dan Puan Solehah juga terlopong sejenak.Masing-masing bagaikan tidak percaya dengan tindakan Tengku Hakimi. 
      “Maafkan saya kerana terburu-buru.Bukan kerana terdesak, tapi kerana saya tak mahu lepaskan Sofea ke tangan lelaki lain.Saya berjanji akan menjaga Sofea sepertimana pakcik dan makcik menjaganya dengan baik.Saya akan belajar mencintainya sepenuh hati.Tetapi, izinkanlah saya berikan kebahagiaan dan menagih kasih darinya.Izinkanlah saya pakcik.” Tengku Hakimi menyambung lagi. 
Sofea memandang ayah dan uminya dengan wajah kurang percaya.Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa.Lidahnya kelu dengan tindakan spontan Tengku Hakimi. 
     “Kimi, ikut pakcik sekejap.Kita berbual-bual,” pinta Encik Ishak setelah agak lama mendiamkan diri. 
Tengku Hakimi menurut.Mereka berjalan seiringan ke ruang rehat.Meninggalkan Sofea dan Puan Solehah terpinga- pinga.Puan Solehah kemudian mendaratkan anak matanya ke arah Sofea.Tetapi pandangan itu sengaja tidak ambil pusing oleh Sofea.Segera dia berlalu ke ruang tamu. 
Sofea menekan alat kawalan jauh untuk melihat siaran televisyen.Namun di hatinya, dia sedang gelisah.Entah apa pula yang ayahnya akan perkatakan kepada Tengku Hakimi dan apa pula yang akan Tengku Hakimi jelaskan tentang penolakan lamarannya. 
Ya ALLAH! Bantulah aku! 
      “Sofea,.. panggi”l satu suara. 
Sofea tersentak.Encik Ishak sedang berdiri tegak bersama-sama Tengku Hakimi dan Puan Solehah di sisi.Semuanya berwajah serius.Sejak bila mereka berada di situ, tidak pula Sofea sedari. 
     “Sofea sudi jadi isteri Kimi?” soal Encik Ishak. Sofea membeliakkan mata.Senyuman ayahnya tidak dapat ditangkap maksud.Kemudian mata Sofea beralih pada 
Puan Solehah.Bibir uminya juga sedang tersenyum.Tengku Hakimi pula hanya mendiamkan diri. 
      “Sofea, apa jawapan Sofea? Terima atau tak? Kalau terima, esok bertunang dan lusa bernikah.Kalau tak, kita tamat di sini aje.” Encik Ishak bertanya lagi. 
Sofea menelan air liur. 
      “Diam tu, kalau ikut orang dulu-dulu, setujulah tu.” Kedengaran suara uminya ceria. 
Sofea terasa wajahnya merah.Segera dia bangun dan melangkah ke dapur dengan senyuman malu. 
Ketika berada di dapur, sayup-sayup suara gelak ketawa ayah dan uminya menyapa ke telinga. 
     “Jagalah Sofea sebaik mungkin.Pakcik terlalu menyayanginya sampai tak sanggup melihat dia dikecewakan walau sebesar kuman sekalipun.“Kedengaran suara ayahnya menaruh harapan kepada Tengku Hakimi. 
Sofea sebak.Dia terasa air matanya mula bertakung. 
      “Insya ALLAH pakcik.Saya berjanji.” Suara Tengku Hakimi pula kedengaran.
Sofea cuba memasang telinganya lagi.Sengaja ingin mencuri dengar perbualan mereka. 
     “Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang tanggungjawab.Saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai suami dan ayah dengan baik.Itu janji saya.Pakcik dan makcik janganlah risau.Jika berlaku apa-apa pada Sofea, hukumlah saya.“Ucapan ikhlas itu benar-benar membuatkan Sofea terasa bahagia. 





KELUARGA Tengku Hakimi melangkah keluar dari mahkamah 
dengan senyuman lega.Tengku Murni adalah hak mutlak Tengku Hakimi.Raja Jasmin tidak boleh mengganggu hidupnya lagi.Dia hanya boleh melawat Tengku Murni di hujung minggu sahaja. 
Raja Jasmin berlari keluar.Mendapatkan Tengku Hakimi yang sedang berbual- bual dengan peguamnya. 
      “Kimi… Kimi please jangan buat I begini.Murni anak I jugak.” Tangan Tengku Hakimi ditarik ke arahnya. 
      “Lepas!” tengking Tengku Hakimi. 
Raja Jasmin melepaskan tangan lelaki itu.Kebanyakan orang yang berada di pekarangan luar mahkamah menumpu ke arah mereka.Pelik. 
     “Please Kimi…maafkan I.I silap kerana pilih lelaki tu. Dia buat I macam pelacur Kimi.” 
      “Itu bukan urusan I. I tak mahu ambil tahu.Kita dah bercerai.No more.“Tengku Hakimi berkata tegas. 
      “Kimi, I still sayangkan you.Sampai hati you buat I begini.” 
     “Sayang?Yo u sayang I? Kalauyou cakap macam tu empat tahun dulu, mungkin benda macam ni takkan berlaku Jasmin.Sekarang dah terlambat.Sayang I dah tak ada untukyou.Dah mati.” 
Raja Jasmin menangis tersedu-sedu.Habis melunturkan make-up yang dipakai. 
      “I sedar, I buta menilai cinta you, Kimi.But now I’ve changed.I still love you honey.I can still be a mom for our child.” Raja Jasmin menghampiri.Mengusap tangan Tengku Hakimi lembut. 
      “Shut up! Setelah apa yangyou lakukan pada I,you ingat I akan senang-senang terimayou semula.You silap, Min.I tak semudah yang you sangkakan.” Tengku Hakimi menepis tangan yang bergayut itu.Hatinya membara. 
Raja Jasmin tidak mudah mengalah.Dia menghampiri lagi. 
     “Sayang… kenapa cakap macam tu? Kita boleh mulakan percintaan baru. I akan berubah. I akan jadi isteri yang baik untuk you.“Lembut dia bersuara. 
     “Sudah. I tak perlukan you lagi.I’m not your husband anymore and I don’t want that things happen again.Perempuan macam you tak sesuai hidup dengan I dalam ikatan perkahwinan.Lupakan niat you,” bantah Tengku Hakimi dengan nada kuat. Dia mula melangkah jauh. 
     “Tapi I masih perlukan you,” jerit Raja Jasmin.Semua yang ada di situ dapat mendengar dengan jelas. 
     “Berubahlah Jasmin.Terima hakikat yang kita tak ada jodoh.Tak ada chemistry.Cari kehidupan you sendiri.Bukan untuk I tapi mungkin untuk orang lain.I tak mahu hidup denganyou lagi. I dah ada isteri yang boleh berikan I dan Murni kasih sayang yang telah you abaikan. I sayangkan dia.Dan yang paling penting, dia sayangkan Murni. I tak marah kalau you nak datang melawat Murni. I akan benarkan Murni bermalam di rumah you kalau you mahu. I tak akan sekat pertalian azali antara you dengan Murni.But..you must change yourself and don’t try to make mistake again.” Panjang lebar Tengku Hakimi berkata.Cuba memujuk bekas isterinya. 
Raja Jasmin sudah menangis teresak-esak.Menyesalnya tidak sudah-sudah.Dia pasrah apabila Tengku Hakimi berlalu pergi meninggalkan dia seorang diri. 
Tengku Hakimi berjalan ke arah keluarganya.Dia segera memeluk tubuh isteri yang baru dinikahi semalam.Dicium dahi isterinya sekali. 
Sofea tersentak dengan perlakuan suaminya.Dia memandang wajah itu dengan perasaan hairan. 
      “Sofea mesti janji dengan abang yang Sofea tak akan kecewakan hati abang ya?“soal Tengku Hakimi penuh perasaan. 
Sofea tersenyum memandang Tengku Hakimi.Dia mengangguk kemudiannya. 
     “Sofea janji bang,” ucapnya perlahan. 
Tengku Hakimi membalas senyuman isterinya.Dikucup sekali lagi wajah itu sepenuh kasih. 
     “Papa, mama, jomlah balik.” Suara Tengku Murni mengganggu pasangan yang sedang merenung sesama sendiri itu.Tengku Hakimi menggenggam jari-jemari isterinya. 
     “Jom sayang,” ucapnya dengan senyuman. Tengku Syahran dan Zahlia serta ahli keluarga yang lain masih berada di luar pekarangan mahkamah.Mereka sungguh kagum melihat kemesraan Tengku Hakimi dan Sofea. 
Tengku Syahran memandang Zahlia dengan rasa cinta yang begitu mendalam.Terus dia mencapai pergelangan tangan Zahlia lalu digenggam lembut. 
Zahlia terkejut dengan tindakan Tengku Syahran.Mahu sahaja ditepisnya tetapi bila menyedari mereka berada di tempat umum, dibiarkan sahaja.Peluang itu diambil sepenuhnya oleh Tengku Syahran. 
Mereka melangkah sambil berpegangan tangan menuju ke kereta.Di dalam hati Tengku Hakimi terdetik, kenapalah dia tidak sedar yang selama ini, anak perempuan jiran sebelah rumahnya benar- benar diciptakan untuknya? Kenapa dia boleh berjumpa dengan Raja Jasmin terlebih dahulu dari menemui Sofea? Ah, segala-galanya telah ditentukan. 

No comments:

Post a Comment