Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 41

“ALIA, ada bunga untuk kau!” jerit Fatimah dengan kuat sekali.Zahlia tersentak mendengar jeritan itu hingga bingit telinganya.Dia berpaling mencari kelibat Fatimah dan dari jauh dia ternampak Fatimah melangkah ke arahnya sambil memegang bungkusan bunga ros yang dihias cantik. 
     “Ini…bunga untuk kau!” Fatimah berkata sekali lagi dan menyerahkan bunga itu kepada Zahlia.Zahlia menyambut dengan senyuman lebar. 
    “Siapa yang bagi?” tanya Zahlia sambil membelek-belek hiasan bunga ros itu. 
    “Entah.Laki kau kot.Bacalah kad tu!” Zahlia menarik sekeping kad berwarna pink yang terselit di celah-celah bunga ros itu. 

Jumpa abang di Hotel Crystal Crown pukul 8.00 malam ni. Abang tunggu…

Abang. 

Zahlia tersenyum. 
     “Siapa?” tanya Fatimah mematikan senyuman Zahlia. 
      “Syah!“
     “Em…aku dah agak dah! Apa dia nak?”
     “Kau bacalah sendiri,“ujar Zahlia sambil meletakkan kad itu di atas meja.
Fatimah mengambil kad itu dan membacanya.Kemudian dia turut tersenyum. 
     “Patutlah.” Zahlia mengetap bibir.Tersipu-sipu. 
     “Aku patut pergi ke Imah?” soal Zahlia ragu-ragu. 
     “Mestilah.Kau nak biar dia merajuk macam dulu lagi?“
     “Bukan.Aku takut dia main-mainkan aku!”
      “Kenapa?” 
      “Pagi tadi dia pesan yang dia akan balik lambat hari ni.Dia kata tak payah tunggu.” 
      “Itulah kot halnya.Dia nak pujuk kau tu.” Fatimah meneka. 
Zahlia terdiam.Membelek-belek tulisan kad itu sekali lagi.Keraguan yang bertapa di hatinya sedikit demi sedikit cuba ditepis. 
      “Okeylah, aku ada kelas ni.Kau mesti pergi tau!” 
Fatimah terus berlalu.Sempat dia mencuit bunga ros di tepi meja.Zahlia membisu selepas itu.Pergi atau tidak? Dia belum fikirkan lagi. 



ZAHLIA memasuki ruang lobi Hotel Crystal Crown dengan penuh hati-hati.Suasana kelihatan bingit dan ramai orang sedang melangkah ke arah pintu. 
     “Yes madam…who are you looking for?” seorang gadis menegurnya. 
     “I’m Puan Zahlia.Is there a reservation from Tengku Syahran?” soal Zahlia tenang. 
Gadis itu meneliti sekeping kertas di tangannya. 
    “Oh, yes! But he didn’t come yet.I’ll show you the place!” 
   “Okay.” 
Zahlia mengikut gadis itu ke sebuah meja yang masih kosong.Dia duduk bersendirian sambil memerhatikan keadaan sekeliling ruang yang sudah dipenuhi dengan orang ramai.Kebanyakannya berpasang-pasangan. 
Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.Sudah satu jam Zahlia menunggu, namun kelibat Tengku Syahran tidak kelihatan.Zahlia mula gelisah. Tiba-tiba seorang pelayan lelaki datang dengan membawa sekuntum bunga ros bersama sekeping kertas kepada Zahlia.    “    “For you madam!” pelayan itu berkata. Zahlia mengangguk dan mengucapkan terima kasih.Zahlia membaca tulisan yang tertulis di atas kertas itu. 

Sorry I’m late.I’m coming your way…
Abang. 

Zahlia tersenyum puas.Sekurang-kurangnya dia tahu Tengku Syahran pasti hadir.Zahlia membawa bunga ros itu ke hidung dan kemudian meletakkannya ke atas meja.Sabar menanti kehadiran suaminya.
“    ”Hai!” tegur satu suara. 
Zahlia mengangkat wajah.Bibirnya mengukir senyuman.Tetapi,senyuman itu mati dengan sendiri.Zahlia terkejut.Dia tidak kenal yang menegurnya itu.
    “Ya?” tanya Zahlia ragu-ragu. 
Tanpa dipelawa, lelaki yang tidak dikenali itu duduk di kerusi berhadapan Zahlia.Zahlia terkedu.Perbuatan mendadak lelaki itu menakutkannya.
   “Siapa kau?” Zahlia bertanya cemas. 
Lelaki itu tersenyum menggoda.Senyuman yang meresahkan lagi hati Zahlia.
   “You tak kenal I ke?” lelaki itu bersuara. Zahlia menggeleng.Sungguh, dia tidak mengenali lelaki itu! 
    “I’m Faizal.Nice to meet you.” Lelaki itu berkata selamba. Zahlia takut.Dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu.Siapa? 
    “Aku tak kenal kau! Aku bukan tunggu kau.Pergi!” marah Zahlia.Zahlia tidak
senang duduk.
    “I tau you tengah tunggu husband you, right?” Zahlia mengerutkan dahi. 
    “Dia takkan datang hari ni sayang. I will pretend as your husband right now!” 
Faizal tersenyum.Dia mencapai bunga ros itu dan mengucup kuntum bunga itu perlahan-lahan sebelum menghulurkannya kepada Zahlia.
     “For you,honey!” ucapnya perlahan. 
Zahlia tidak menyambutnya.Dia terus berdiri dan hendak melangkah keluar.Ingin melarikan diri dari lelaki yang tidak pernah ditemuinya itu.Tiba-tiba tangannya dipegang.
    “You nak ke mana? Janganlah macam ni. I rindukan you tau.” Faizal berkata lagi. Zahlia menarik tangannya laju. 
    “Don’t touch me. I don’t know who you are.Jangan ganggu aku!” Zahlia ingin melangkah tetapi Faizal terlebih dahulu berdiri di hadapan menghalang. 
    “Sampai hati you buat I macam ni.Mentang-mentangyou dah dapat anak orang kaya,you tinggalkan I merana sayang. I miss you so much!” ujar Faizal sambil mengusap pipi Zahlia. 
    “Aku tak kenal kau!” 
Zahlia menjarakkan diri.Dia tidak mahu terus berdiri di hadapan lelaki yang betul-betul menakutkannya.Dia ingin melangkah pergi.Namun, Zahlia terasa jantungnya bagaikan terhenti berdegup apabila terpandang wajah bengis Tengku Syahran
tidak jauh darinya.
Zahlia berlari mendapatkan Tengku Syahran. 
    “Abang….” Zahlia memegang tangan suaminya itu tetapi Tengku Syahran
menepis.
Zahlia tersentak. 
    “Sayang!!!Ohh….so, this is your husband?” Faizal berdiri di sisi Zahlia.Memaut tangan Zahlia dengan pantas. 
Zahlia memandang Tengku Syahran takut-takut.Dia menangkis tangan itu dan menghampiri suaminya semula.
     “Abang, Alia tak kenal dia,bang!” Zahlia memeluk tangan Tengku Syahran. 
     “Aku pun tak kenal kau!“Tengku Syahran berkata dan terus melangkah pergi.    
“    “Abang…” Zahlia memanggil. 
Tengku Syahran buat tidak dengar.Zahlia terkaku di situ.Kelibat Tengku Syahran semakin menghilang.Dia menoleh ke arah Faizal yang sedang tersenyum.
    “Tak guna!! Siapa kau?” Zahlia berkata kuat. 
Faizal ketawa besar.Bergerak-gerak tahi lalat di tepi matanya bersama ketawa yang tercetus.
    “Okeylah.Lakonan I dah tamat. I pergi dulu.Bye.” 
Faizal meninggalkan Zahlia bersama ketawanya.Tinggallah Zahlia terkulai di situ bersama air mata.Tersedu-sedan dia menangis sebelum dia bangun dan melangkah ke arah kereta.
Zahlia membatu di dalam kereta.Setelah agak lama mebatukan diri, barulah dia menghidupkan enjin.Kereta Proton Wira itu meluncur laju membelah lebuhraya.


ZAHLIA tiba di hadapan Villa Sakura kurang lima minit pukul 11.00 malam.Kereta Honda Prelude sudah pun tersadai di garaj.Zahlia menekan remote control untuk membuka pintu pagar automatik.Setelah meletakkan kereta di garaj, dia mematikan enjin.Dia keluar dan menutup semula pintu pagar. 
Zahlia masuk ke dalam rumah.Dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya.Ruang tamu villa itu sudah sunyi dan gelap.Semasa pintu biliknya terkuak, Zahlia ternampak wajah yang kelihatan benar-benar bengis sedang duduk di atas kerusi.
Zahlia diam.Setelah meletakkan beg tangan dan membuka tudung, Zahlia melangkah ke bilik air.Dia terus mengambil wuduk dan menunaikan solat Isyak.Habis bersolat, dia berdoa kepada ALLAH semoga hati suaminya itu sejuk.
Anggapan Zahlia meleset sama sekali.Wajah Tengku Syahran masih masam dan bengis.Zahlia berasa gementar.Dia memberanikan diri duduk di sisi suaminya itu.
     “Abang…”
     ”Diam!” jerkah Tengku Syahran. Zahlia terperanjat. 
     “Sumpah, Alia tak kenal dia!” Zahlia tetap bersuara. 
     “Habis tu, kenapa kau ada kat situ dengan dia?” 
     “Alia ingatkan abang…”
     ”Jangan jadikan  itu sebagai alasan.Bila masa aku suruh kau ke sana?”
Zahlia terkedu.
     “Abang yang hantar bunga!” 
     “Ohh…kau dapat bunga? Jantan mana pulak yang bagi kau bunga, hah?”
Tubuh Zahlia menggeletar melihat wajah Tengku Syahran yang berapi-api
itu.Dia cuba mengelak apabila tangan Tengku Syahran mencengkam kuat tangannya.
     “Cakap cepat, siapa yang bagi?” gertak Tengku Syahran lagi. 
     “Alia ingat abang yang bagi!” 
     “Kau jangan nak jadi pembohong, Alia! Aku tak pernah kirimkan kau apa- apa!”
Cengkaman itu semakin kuat.Zahlia mula menangis. 
     “Sakit, bang!” adunya dalam sendu. Zahlia cuba menolak tangan yang melekat kuat di lengannya tetapi tubuhnya ditolak.Zahlia tersandar ke kerusi.Tubuhnya ditekan kuat ke belakang. 
    “Jantan tu ingat dia seorang boleh sentuh pipi kau? Aku boleh buat lebih dari
itu!” Tengku Syahran sudah mula melalut.
Zahlia terkedu apabila Tengku Syahran membenamkan wajahnya ke leher Zahlia.Zahlia dapat rasakan yang lehernya dicumbu dengan kasar. 
    “Abang, jangan buat begini pada Alia!” Zahlia merayu berserta tolakan yang
kuat di tubuh Tengku Syahran.
Tengku Syahran menghentikan perbuatannya. 
    “Kenapa? Dah penat sangat melayan jantan lain. Sampai aku suami kau
pun dah tak boleh nak layan?” Tengku Syahran menengking.
Zahlia berasa takut.Air matanya mengalir lagi.Tengku Syahran terus bertindak ganas.Zahlia naik lemas.Dia menolak tubuh itu sekuat hatinya.Dia cuba berlari ke arah pintu dan sempat menarik tombol pintu.daun pintu sudah terbuka luas.Zahlia
ingin keluar tetapi rambutnya direntap kasar.Langkah Zahlia terhenti.Dia mengaduh sakit.
    “Kau nak ke mana?” 
    “Sakit bang!” Zahlia memegang tangan Tengku Syahran yang sedang menarik rambutnya.Dia menangis lagi. 
Tengku Syahran tidak menghiraukan tangisan itu.Rambut Zahlia ditarik lagi
supaya mengikuti jejak langkahnya.
    “Jangan cuba nak larikan diri! Kau hak aku.Aku boleh buat sesuka hati aku.” 
Tengku Syahran mencampakkan tubuh Zahlia di atas katil.Zahlia ingin lari
lagi sekali tetapi gagal.Tengku Syahran sudah duduk menindih pahanya.Zahlia meronta-ronta minta dilepaskan.Dia cuba mengelak tubuh Tengku Syahran yang
ingin mendekati.Gagal juga apabila kedua-dua belah tangannya digenggam oleh Tengku Syahran.Zahlia menangis teresak-esak.
    “Jangan bang! Alia rayu pada abang.Jangan buat begini pada Alia.Tolonglah
bang!”
Tangisan Zahlia semakin kuat.Air matanya terus laju mengalir.Dia hampa
apabila Tengku Syahran tidak langsung mempedulikan pujuk rayunya.
    “Abang….”
   “Senyap! Ikut cakap aku atau kau mahu aku paksa kau!” tengking Tengku
Syahran.
Zahlia terdiam dalam esakan.Dia tahu apa jua tindakannya sudah tidak bermakna.Suaminya itu benar-benar telah hilang kewarasan tatkala itu.Zahlia tidak mampu berbuat apa-apa apabila baju tidur yang dipakai direntap sehingga mendedahkan sebahagian tubuhnya.
Zahlia ternampak wajah Tengku Syahran yang sudah mendekati wajahnya.Zahlia terus memejamkan mata.Dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu mencumbuinya dengan kasar dalam keadaan lampu yang terang dan pintu bilik yang terbuka luas.Dia tersedu dalam kegelapan yang tercipta dari kelopak matanya.Dia meraung di dalam hatinya.Akhirnya Zahlia pasrah.

No comments:

Post a Comment