Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 22

JAM menunjukkan pukul 9.30 malam.Suasana di Villa Sakura riuh menyambut kepulangan Tengku Syahran dan Zahlia.Sejak dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur lagi suara Tengku Farhana dan Tengku Hafizah kecoh bercerita dan seringkali membuatkan suasana menjadi gamat.  
Tengku Syahran dan Zahlia tidak berbual panjang apabila sampai di Villa Sakura.Mereka kelihatan begitu letih.Awal-awal lagi Tengku Syahran sudah masuk ke bilik.Zahlia menurut tidak lama kemudian selepas dia menelefon Puan Azizah. 
Sewaktu pintu bilik terbuka, Zahlia sempat menoleh ke arah Tengku Syahran yang telah pun merebahkan diri di sofa panjang di hujung katil.Lelaki itu tidak sedikit pun memandang Zahlia.Sejak dari Lapangan Terbang Narita lagi, Zahlia sudah menyedari sikap Tengku Syahran yang tiba-tiba menjadi seorang pendiam. 
Rasa bersalah tiba-tiba muncul dari hati.Mungkinkah lelaki itu berkecil hati dengan tindakannya pagi tadi yang seolah-olah tidak berminat dengan hadiah itu? Zahlia mengetap bibir sebelum melangkah pantas ke bilik air. 
Semasa Zahlia selesai membersihkan diri, Tengku Syahran dilihatnya masih terkebil-kebil di sofa.Zahlia terus melabuhkan punggungnya di birai katil.Kemudian dia mencapai beg sandangnya.Hadiah pemberian Tengku Syahran dikeluarkan.Sesekali matanya memerhati tubuh Tengku Syahran yang menghadap ke pintu. 
Zahlia memejam matanya lama.Kemudian, kelopak matanya dibuka semula.Terkebil- kebil memandang kotak yang tergenggam kemas di tangan.Bergilir-gilir matanya memandang kotak itu dengan tubuh lelaki yang sejak tadi tidak bergerak. 
Kertas pembalutnya itu dikoyak perlahan-lahan.Sebuah kotak jernih berada di tangannya.Seutas rantai emas putih berserta dengan loket batu permata berwarna ungu cair terlayang di hadapan mata.Wow, cantiknya! Hati Zahlia berkata. 
Jari-jemari runcing itu mengeluarkan rantai itu diselangi dengan pandangan mata ke arah Tengku Syahran. 
        “Terima kasih, Syah! Cantik rantai ni,” ucap Zahlia tiba-tiba.Cuba memancing minat Tengku Syahran untuk berbual. 
Tengku Syahran tidak bergerak.Tubuhnya masih kaku seperti tadi.Zahlia terus merenung rantai itu dengan penuh minat.Kadangkala dia melekapkan rantai itu ke lehernya seolah-olah sedang mencuba. 
       “Syah, I’m sorry okay? Saya tak expect awak boleh berkecil hati dengan perkara remeh ni! Awak buat saya rasa bersalah kalau terus senyap macam ni.” Akhirnya Zahlia meluahkan rasa bersalahnya. 
Tengku Syahran masih membatu.Membuatkan Zahlia terus dihantui rasa bersalah. “Syah!!!” Zahlia hampir– hampir menjerit dengan kelakuan lelaki itu yang selamba. 
Tengku Syahran tersentak.Lantas mata yang sedang tertutup rapat itu terbuka semula.Matanya berkelip kuyu sambil jari-jemarinya tidak henti-henti menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. 
      “Kenapa jerit-jerit ni Alia? Dah malam tau tak? Orang nak tidurlah,” ujar Tengku Syahran. 
Zahlia terkedu.Memandang lelaki itu yang masih terpinga-pinga. 
     “Alia nak apa? Lapar ke?” soal Tengku Syahran apabila dilihatnya Zahlia seakan-akan terkejut dengan ucapannya.Terus hilang rasa mengantuknya. 
Zahlia segera menggeleng.Rantai di tangan terus disorok ke belakang. 
     “Tak ada apa-apalah,” jawab Zahlia terus berundur ke belakang.Mula menyedari yang lelaki itu telah terlena sebenarnya.Rantai tersebut ingin disimpan semula ke dalam bekasnya.Belum pun sempat rantai itu diletakkan ke dalam kotak itu, tangan Tengku Syahran menghalang.Perbuatan Zahlia terhenti.Sejak bila Tengku Syahran menghampiri tidak pula disedarinya. 
       “Kenapa simpan aje rantai ni? Pakailah.Mesti cantik,” ucap Tengku Syahran sambil tangannya mengambil semula rantai itu dari genggaman Zahlia. 
Zahlia kehilangan kata- kata.Hatinya berdebar-debar bila jari-jemari 
mereka bertaut.Debaran luar biasa dirasakan.Selama ini, bukannya dia tidak pernah disentuh begitu.Malah, bibir merekahnya pun pernah dijamah oleh lelaki itu.Bukan sekali dua, lebih dari itu pun ada. 
Zahlia tersentak apabila rambut lurusnya diselak ke tepi.Kelihatan Tengku Syahran sedang menyarungkan rantai itu ke lehernya.Zahlia mengambil peluang itu untuk mengamati wajah di hadapannya. 
Alis mata yang tebal, bentuk mata yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil, hidung yang sedikit mancung serta bibir yang mampu menggoyahkan perasaan wanita.Ya ke? Kalau begitu, kenapa aku masih boleh bertahan berada di sisinya tanpa apa-apa perasaan? Zahlia tersentak lagi apabila tangannya ditarik melangkah ke cermin. 
       “Tengok tu! Kan cantik.Tak rugi duit abang beli rantai ni kalau Alia terus memakainya.” Tengku Syahran berkata. 
Tidak lepas-lepas matanya memandang figura wanita itu di hadapan cermin.Zahlia tunduk.Malu juga kerana dipuji begitu. 
      “Alia tak suka ke? Kalau Alia tak suka, abang boleh tolong bukakan,“tanya Tengku Syahran apabila wanita itu hanya membisu tanpa apa-apa reaksi. 
       “Tak adalah.Cantik rantai ni.Saya suka.Terima kasih.Tapi, lain kali tak payah membazir duit lagi.Ingat Syah, perkahwinan kita hanya sementara.Jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan saya tak sampai hati suatu hari nanti,” ujar Zahlia panjang lebar. 
Tengku Syahran mengerutkan dahi.Bibirnya diketap sebelum satu keluhan nafas dikeluarkan.Langkah kakinya tiba-tiba berlalu menuju ke kerusi panjang.Lantas punggungnya dilabuhkan di situ.Lama dia membisu. 
Zahlia diam melihat perlakuan Tengku Syahran yang agak pelik tiba-tiba. 
      “Abang tak tau kenapa abang boleh jadi begini.Abang rasa abang dah sayangkan Alia.” Ucapan itu membuatkan Zahlia hilang pertimbangan sekali lagi. 
Sewaktu di Tokyo dahulu, ucapan sebegitu telah menyebabkan Zahlia 
tidak tenang.Dan hari ini, Zahlia menghadapi perasaan yang sama ketika Tengku Syahran mengucapkan perkara yang sama.Jatuh cinta!
Zahlia terus duduk di birai katil.Lemah terasa urat sarafnya.Sementara tangan kanannya terus menggenggam rantai yang tergantung di leher. 
       “Maafkan abang, Alia! Abang tak sedar bagaimana perasaan itu muncul.Yang pasti abang betul-betul sayangkan Alia.Abang sayangkan perhubungan ni.Abang tak mahu perkahwinan ni sia- sia.Berikan abang peluang?” 
Lamunan Zahlia terus hilang.Rasa tidak menentu terus-menerus menerpa ke sanubarinya.Kenapa boleh jadi macam ni? Soalan itu bermain-main di benaknya. 
       “Alia..“suara itu dekat di telinga Zahlia. 
Kelihatan Tengku Syahran berada di sisinya.Jari-jemari runcingnya digenggam kemas sehingga kehangatannya terasa mengalir ke seluruh tubuh.Zahlia mengeluh kecil.Merelakan genggaman itu bertaut di tangannya. 
     “Please say something! You make me feel guilty if you’re just sitting here without talking!” pujuk Tengku Syahran disertai usapan lembut di tangan. Zahlia membalas pandangan Tengku Syahran.Gementar. 
      “Saya tak boleh teruskan hidup begini Syah.Kita dah lakukan kesalahan.Keluarga awak tak tau tentang perjanjian kita.Lagipun benda ni berlaku secara drastik.Kita masih belum mengenali hati budi masing-masing.Saya tak dapat menyayangi awak dengan situasi yang telah berlaku,” jawab Zahlia bersungguh-sungguh.Pandangan mereka masih bertembung. 
      “Adakah disebabkan abang pernah menyatakan sesuatu yang mengguris hati Alia?” 
     “Bukan!“
     “Habis, apa salahnya kita bercinta?” 
    “Awak tak faham.Dunia kita tak sama.Kita tak boleh hidup bersama dan saya tak dapat sayangi awak serta-merta.” 
     “Abang tak mintak Alia sayangkan abang serta-merta.At least, you must try! You can’t make your own decision without trying!” ujar Tengku Syahran penuh mengharap. 
     “Tapi, awak kena ingat.Saya datang dari keluarga yang tak diketahui asal- usul.Orang jumpa saya kat tengah-tengah semak.Entah- entah saya ni..” 
     “Syhhh… jangan cakap macam tu.Abang tak kisah dari mana Alia berasal.Abang tak mahu Alia perbesarkan soal keturunan.Apa yang penting kasih sayang,“potong Tengku Syahran lagi. 
     “Itu hakikat Syah.Darah yang mengalir dalam tubuh awak adalah dari golongan yang disegani.Sedangkan saya? Awak mahukah tiba-tiba keluarga awak dipandang serong dengan kehadiran saya? Misalnya suatu hari nanti ditakdirkan saya melahirkan anak awak, salasilah keluarga awak akan tercemar.Jika benar saya ni anak luar nikah, keadaan akan menjadi lebih buruk,” beritahu Zahlia mula melarikan pandangan ke arah lain. 
Sesungguhnya begitu perit dirasakan untuk meluahkan kisah hidupnya yang masih ragu-ragu.Betapa dia pilu apabila salasilah keluarganya diselongkar semula.Tengku Syahran tersenyum kecil. 
       “Islam agama yang syumul, Alia! ALLAH tak pernah melarang setiap umatnya untuk berkahwin.Malah perkahwinan adalah salah satu dari kesempurnaan 
Islam.Tolong jangan buat sesuatu menyeksakan diri sendiri.Setiap manusia dikurniakan perasaan.Abang dah temui perasaan tu.Abang berharap, Alia akan temuinya suatu hari nanti.Abang akan tunggu! Sampai bila-bila, abang akan setia menanti.” Tengku Syahran membalas lembut. 
       “Tapi…”
       “Dahlah.Abang dah mengantuk.Abang nak tidur dulu. Good nite, honey.” Tengku Syahran mula mengangkat punggung. 

No comments:

Post a Comment