Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 13

ADLI dan Tengku Syahran baru sahaja tamat perbincangan dengan pengurus-pengurus di bahagian lain mengenai projek penting yang dikendalikan oleh pihak syarikat.
      “Kau dengan Alia macam mana?” tanya Adli sambil tangannya menyusun fail-fail yang bersepah di atas meja.
      “Macam mana apa?” ujar Tengku Syahran, lama baru dia bersuara.
     “Yalah, dah macam pasangan suami isteri yang lain ke?” soal Adli selamba. Tengku Syahran ketawa.
     “That:s never gonna happen! Kan aku dah beritahu kau, aku dengan Alia tak ada apa- apa.Our marriage is just a contract.Aku tak mungkin akan jatuh cinta pada dia,” beritahu Tengku Syahran bersungguh- sungguh.
Adli mencemik mendengar kata-kata itu.
    “Kau jangan cakap lepas.Tiba- tiba suatu hari kau”
    “Stop! Hati aku masih kuat dengan cinta Nazirah.Aku dah ikut cakap kau supaya mendekati dia dan aku dah buat.Tapi, tak berjaya.Alia gagal mencuri hati aku dan tak berjaya menempatkan diri dia dalam jiwaku.Never! Lagipun, aku tak pernah terlintas nak sayangkan dia.Dia pun sama.Untuk kami jatuh cinta is
impossible!” ujar Tengku Syahran lagi.
    “Syah! Takkan selamanya kau nak biarkan Nazirah dalam hati kau.”
    “Itu tak mustahil, kan?”
    “Tapi, Nazirah dah tak ada! Kau kena ingat tu. Alia yang dekat kau sekarang ni.Cuba beri peluang pada diri kau untuk memulakan percintaan baru.Mana tau kali ini lebih menarik.”
mencuri hati aku dan tak berjaya menempatkan diri dia dalam jiwaku.Never! Lagipun, aku tak pernah terlintas nak sayangkan dia.Dia pun sama.Untuk kami jatuh cinta is
impossible!” ujar Tengku Syahran lagi.
     “Syah! Takkan selamanya kau nak biarkan Nazirah dalam hati kau.“
     “Itu tak mustahil, kan?”
      “Tapi, Nazirah dah tak ada! Kau kena ingat tu. Alia yang dekat kau sekarang ni.Cuba beri peluang pada diri kau untuk memulakan percintaan baru.Mana tau kali ini lebih menarik.”
       “Perempuan macam tu, tak sesuai untuk aku,Li! Dia tu tak up to date lah.Macam Nazirah, tudung pun pakai jugak.Tapi tak adalah asyik pakaibaju kurung aje.“Tengku Syahran bersuara dengan matanya meneliti fail-fail yang terbuka.
    “Nazirah dari famili yang kaya.Alia pulak anak yatim.Kau kena faham dua situasi yang berbeza,” ujar Adli lagi.
Tengku Syahran melarikan pandangan dari fail ke wajah Adli.Adli membalas pandangan Tengku Syahran.Dia masih tetap setia menanti bicara lelaki itu yang seolah-olah sedang berfikir sesuatu.
    “Aku macam dapat bayangkan kalau aku bercinta dengan Alia, mesti tak sehebat percintaan aku dengan Nazirah.Alia tu macam tak ada pengalamanlah.”
   “Sebab tulah kau kena ambil peluang ni.Hati dia masih suci dari mana-mana lelaki.” Adli tidak berputus asa menghasut temannya.
Tengku Syahran terdiam lagi.
  “Fikirkan Syah! Alia tu cantik sebenarnya.Kau aje yang tak perasan.Cantik dia cantik asli.Yang bukan hanya pada rupa, tapi bahasa, sikap dan macam-macam lagi.Kalau kau tak percaya. balik nanti, cuba kau teliti bini kau tu lama-lama.Perhati setiap gerak geri dia setiap masa.Mana tahu dengan cara tu, kau akan tertarik pada dia.Tengku Syahran masih membeku.Galak memikirkan kata-kata Adli sebentar tadi.
     “Ingat!“Adli berkata lagi dan melangkah ke arah pintu.Tidak lama kemudian Adli berlalu keluar.
Tengku Syahran mengeluh.Fikirannya tidak lagi menumpukan pada kerja- kerja yang belum siap.Kata-kata Adli bagaikan menari-nari di hadapan matanya.
     “Tak mungkin semudah itu! Aku tak pernah rindukan dia apatah lagi teringatkan dia bila aku sendirian.”
    “Ya ke?” ada satu suara berbisik.
     “Ya.aku tak pernah cintakan dia sebab aku masih sayangkan Nazirah.”
Tapi sejak dulu lagi kau tewas pada Alia!“
          “Mana ada?”
         “Eleh, cuba kau terangkan apa perasaan kau bila kali pertama mendengar Alia menyebut nama Razif?”
          “Razif???”
Tengku Syahran terdiam.Teringat perasaannya yang tiba-tiba terusik ketika mendengar nama seorang lelaki yang tidak dikenali meniti di bibir Zahlia.Adakah itu satu kekalahan? Mungkinkah dia cemburu?
       “Mengaku aje, Syah!”
       “No way! Aku takkan mengaku kalah! Aku dah jelaskan yang takkan jatuh cinta pada dia.Dia bukan perempuan yang sepatutnya aku sayangi.Bukan dia!”
      “Really???“
      “Kau akan tertewas Syah.Alia tu cantik dan menawan.Kau akan jatuh cinta pada dia!“
      “Tidak!“
      ”We’ll see! Who is right?”
         “   “Stop!”
Tengku Syahran menggeleng.Tak mungkin! Dia mengingatkan dirinya.Bisikan yang bergema di dalam fikirannya tadi meremangkan bulu tengkuknya.Ah, tak mungkin aku akan tewas! Dia terus mengingatkan dirinya.



TENGKU SYAHRAN sedang menenteramkan fikirannya di Taman Mini Villa Sakura.Angin petang yang bertiup sepoi- sepoi bahasa tidak mampu menenangkan fikirannya yang kusut.Kata-kata
Adli masih lagi berlegar-legar
di fikirannya.Sudah dua hari fikirannya berkecamuk dengan kata-kata itu, tetapi Tengku Syahran sengaja tidak buat peduli.
Tiba-tiba Zahlia melabuhkan punggung di sisinya sambil meletakkan Nescafe panas di atas meja.Tengku Syahran terkejut.
“Assalamualaikum.” Zahlia menyapa.
    “Waalaikumussalam.” jawabnya.
    “Saya tengok awak asyik termenung dari tadi, kenapa?: soal Zahlia cuba berbual.Tangannya menolak secawan Nescafe panas yang berasap-asap ke arah Tengku Syahran.
Tengku Syahran menoleh ke arah Zahlia seketika.
    “Tak ada apa-apa.Dah lama aku tak buat kerja sambilan ni.Tiba-tiba hari ni terdetik pulak nak melayani fikiran.Layan ajelah.”
Zahlia tersenyum.Senyumannya itu diperhatikan lama oleh anak mata Tengku Syahran.Manis! Detik hatinya.
    “Kau dari mana?” Tengku Syahran menyoal selepas dilihatnya Zahlia hanya membisu.
    “Dari dapur.Itu yang saya bawakan awak Nescafe panas.Saya tengok dari bilik tadi awak asyik termenung,” ujar Zahlia lembut.
Tengku Syahran sedikit pun tidak senyum.Wajahnya serius.Entah mengapa suara Zahlia hari itu kedengaran berbeza di cuping telinga Tengku Syahran.
“Kak Alia!” suara Tengku Hafizah kedengaran di pintu dapur mengejutkan kedua-dua insan itu.
Zahlia dan Tengku Syahran berpaling serentak.Kelihatan Tengku Hafizah sedang berlari- lari anak ke arah mereka.
    “ Kenapa Fiza?” Zahlia berasa pelik melihat adik iparnya tercungap-cungap mendekati mereka.
    “Novel yang berlambak dalam bilik akak tu, akak yang punya ke?” tanya Tengku Hafizah.
Tengku Syahran mengerutkan dahi.
   “Kau masuk bilik angah ya?” tanya Tengku Syahran. Tengku Hafizah mengetap bibir.Tertunduk seketika.
   “Tadi Fiza cari telefon.Ana kata Kak Alia ada guna.” Zahlia menepuk dahi.           “Alamak sorry! Akak terlupa nak letak balik kat bawah.”
    “Tak apa.Fiza dah ambil.Lepas tu, Fiza ternampak novel kat atas almari.Akak punya ke?” tanya Tengku Hafizah tidak sabar.
    “Habis, takkan angah yang punya,” ujar Zahlia seraya mengerling ke arah Tengku Syahran.Lelaki itu cuba bertenang.Tengku Hafizah ketawa.
   “Ya tak ya jugak, kan.?”
    “Kenapa?” tanya Zahlia.
    “Fiza nak pinjam boleh tak?

“Ambillah.Fiza nak baca yang mana?“
     ”Tadi, Fiza tengok banyak sangat novel Norhayati Berahim.Akak minat dia ke?”
Zahlia mengangguk.
     “Minat sangat! Akak minat Norhayati Berahim dengan Fauziah Ashari.”
     “Kalau macam tu, Fiza nak baca semua novel Norhayati Berahim dengan Fauziah Ashari dululah!” ujar Tengku Hafizah.
Zahlia tersenyum.Dia dan Tengku Hafizah terus berbual bersama tanpa menghiraukan Tengku Syahran yang sedari tadi membisu seribu bahasa.Zahlia lebih rapat dengan Tengku Hafizah berbanding dengan Tengku Farhana yang masih berada di tingkatan lima.Mungkin sejak Zahlia mula mengenali keluarga Tengku Syahran, Tengku Hafizah lebih banyak berborak dengannya.
    “Leka betul dia bercakap! Aku yang ada kat sini, macam tak wujud pulak,” rungut Tengku Syahran sendirian.Suaranya kedengaran tetapi sayup-sayup.
    “Apa bang?“tanya Zahlia. Tengku Syahran tersentak.Segera kepalanya digeleng.         “Nasib baik dia tak dengar,” ucapnya dalam hati. Zahlia terus menyambung bualan dengan Tengku Hafizah.Ada masa dia senyum.Kadang-kadang dia ketawa pula.
Tengku Syahran meneliti wajah Zahlia dari tepi.Matanya asyik beralih dari sudut ke satu sudut wajah itu.Dahi, hidung, pipi, dan kemudian ke arah bibir merekah yang sering tersenyum.Cantikkah dia?
     “Kalau tak percaya, balik nanti, cuba kau teliti bini kau tu lama-lama.Perhatikan setiap gerak geri dia setiap masa.Mana tau dengan cara tu, kau akan tertarik pada dia.” Kata-kata Adli tersembur lagi di fikirannya.
Tengku Syahran cuba mengikuti kata-kata Adli.Perlahan-lahan dia memanjangkan sedikit lehernya.Berniat mencari posisi yang lebih tepat agar matanya dapat mengamati wajah Zahlia dengan lebih dekat.Kedua-dua tangannya menongkat dagu.Lalu panahan matanya dilepaskan ke arah Zahlia. Bibir yang merah tanpa gincu itu diperhatikan lama.Masih mekar dengan senyuman sehingga
giginya yang putih tersusun jelas kelihatan.Cantiknya bibir itu merekah apabila senyuman terukir di situ.Desis hati Tengku Syahran.
Mata Tengku Syahran beralih pula pada mata wanita itu pula.Terlihat anak mata yang bundar dan berkaca-kaca.Menawan sungguh! Hidungnya pula… emm, boleh tahan! Tengku Syahran terus ralit memerhati wajah isterinya.Tidak lepas-lepas matanya terpaku di segenap wajah yang leka berbual di sisi.
Adli memberitahu yang Alia merupakan wanita yang cantik! Cantik asli? Ada persoalan terbit dalam fikiran Tengku Syahran.
Tengku Syahran mengamati wajah itu sekali lagi.Lebih lama dari tadi.Kepalanya diangguk tiba-tiba.Dia memang cantik! Terdetik di hatinya tiba-tiba.
Ya ALLAH! Apa yang aku buat ni?
Tengku Syahran tersedar yang dia sudah terlalu lama mengelamun.Segera dilarikan pandangan matanya dari terus melekat di wajah itu.Tangan yang lama menongkat di dagunya, segera dijatuhkan.Tetapi, tidak semena-mena tangannya itu terlanggar cawan yang berisi Nescafe panas di atas meja.
     “Aduh!!” Tengku Syahran menjerit kecil.
Tengku Hafizah dan Zahlia tersentak.Segera menoleh ke arah Tengku Syahran yang sedang memegang tangannya yang masih basah dengan air Nescafe.Berkerut-kerut wajah itu menahan panas.
     “Ya ALLAH! Kenapa ni, bang?” Zahlia bertanya separuh cemas.
Nasib baik Zahlia teringat situasi mereka bersama Tengku Hafizah ketika itu.Kalau tidak, dalam keadaan cemas sebegitu, mahu saja dipanggil Tengku Syahran dengan nama seperti selalu.
Zahlia bingkas bangun dan berlari-lari anak ke arah pintu dapur.Tidak berapa lama kemudian dia keluar bersama tin susu di tangan.Tengku Hafizah pula kelihatan selamba duduk ditempatnya.
Tengku Syahran bagaikan terkejut dengan tindakan Zahlia yang selamba menyentuh tangannya.Dia merenung wajah Zahlia yang kelihatan risau dan leka membelek-belek tangannya.Dengan sendiri jantungnya berdegup kencang.Apa dah jadi ni?
      “Dah okey, bang?” tanya Zahlia. Senyap.Tiada reaksi. Zahlia masih melumurkan susu itu dan menyapunya ke sekeliling tangan.Tengku Syahran tetap senyap dan membisu dengan membiarkan wajahnya menatap raut Zahlia.
      “Alia rasa kejap lagi okeylah ni,” ujar Zahlia.
Senyap lagi.Zahlia mula memandang Tengku Syahran.Serta-merta air muka Zahlia berubah.Lelaki itu
sedang merenungnya tanpa berkelip.Zahlia gugup.Pandangan mata kedua-dua insan itu terus berlaga dan bersatu.Lama mereka begitu sebelum Zahlia mematikan perasaan bahagia yang ingin menerjah ke kamar hatinya.
       “Bang??”
Tengku Syahran terpinga-pinga.
       “Ah?”
      “Dah okey ke?” tanya Zahlia lagi.
Tengku Syahran mengangguk laju.Tersenyum kecil di dalam hati.Sebenarnya dia malu disergah begitu.
     “Ala, kak! Lain kali tak payah ditolong angah tu.Mata entah letak kat mana agaknya! Boleh tak perasan air panas kat depan mata,” bebel Tengku Hafizah.
Zahlia tersenyum.
      “Mana Alia belajar petua ni?” soal Tengku Syahran memerhati susu pekat yang melekit di tangannya.
“Dengan mak.” Pendek Zahlia menjawab. Tengku Syahran mengangguk.
       “Alia masuk dulu bang,” ujar Zahlia dan terus beredar membawa sekali tin susu dan dulang yang berisi cawan kotor.
Tengku Syahran hanya memerhati tubuh Zahlia sehingga hilang di balik pintu dapur.
    “Haaa.. itulah! Padan muka angah! Leka sangat tengok Kak Alia tu, apa pasal?“teguran itu mengejutkan Tengku Syahran.Segera dia menoleh ke arah Tengku Hafizah.Gadis itu tersengih.Dia perasankah?
     “Yang kau sibuk tu kenapa?”
     “Eeee…. takut Fiza tengok angah nilah.Dari hari tu tak puas-puas nak tenung Kak Alia.”
      “Dia kan isteri angah.”
      “Alah, orang lain pun ada isteri jugak.Tapi tak adalah dapat suami yang macam angah ni.Gatal semacam.” Tengku Hafizah menjawab.
     “Mana kau tau? Kau tu dah kahwin ke?” Tengku Syahran berkata geram.
Tengku Hafizah mencemik.
     “Memanglah belum.Tapi, kalau Fiza kahwin nanti, Fiza akan pastikan Fiza tak dapat suami yang macam angah ni.Seram.”
     “Eleh, pandailah tu! Belajar pun belum habis lagi” jawab Tengku Syahran selamba. Tengku Hafizah terdiam.Menyedari keterlanjuran kata-kata.
     “Kak Alia tu kan dah jadi isteri angah.Kalau tak tengok dia, angah nak tengok siapa lagi?” Tengku Hafizah mencebirkan bibir.
     “Tapi pandangan mata angah tu penuh makna tersirat.Angah jangan ingat Fiza kecil lagi.Fiza dah 21 tahun tau? Kalau berkahwin pun dah boleh beranak.Angah tenung Kak Alia sampai bulu tengkuk Fiza yang meremang.Kalau Kak Alia perasan tadi,”

            “Kau janganlah beritahu dia.“
      ”Tapi kan, angah, Kak Alia tu cantikkan?”
Soalan Tengku Hafizah membuatkan Tengku Syahran diam membatu.Dia takut untuk membuka mulut dan mengiakan kata-kata itu.
     “Fiza suka tengok dia kalau tersenyum.Cantik betul! Mata dia, coklat yang macam hazelnut tu.Hisyy,, kalau dia pregnant anak perempuan, mesti lawa macam dia! Mata pun mesti ikut dia!” Tengku Hafizah berangan-angan.
Tengku Syahran tetap terdiam.Seronok pula mendengar angan-angan adiknya yang tidak mungkin terjadi.
     “Kalau anak lelaki?” Tengku Syahran sengaja memancing adiknya untuk terus bercerita.
    “Kalau anak lelaki, mestilah ikut ayah dia.Tak handsome!” Tengku Syahran membulatkan mata.Akhirnya mereka ketawa.

No comments:

Post a Comment