Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 37

FAIZAL terlena di sebelah Linda.Suasana bilik yang suram  dan gelap telah menyaksikan segala perbuatan maksiat mereka beberapa jam yang lepas.Linda tersenyum kecil sambil memainkan jari telunjuknya di wajah Faizal.
 Faizal tersedar.Terus bibirnya tersenyum kecil.Perlahan-lahan wajahnya didekatkan ke Linda.Mengucup pipinya.Tanpa sedar, dia mula bertindak ganas.Merangkul tubuh Linda.Dicumbunya segenap tubuh Linda yang putih gebu itu.Linda berasa rimas.Ditolak wajah Faizal yang semakin menggila. 
     “Kenapa ni sayang?” soal Faizal sambil membelai rambut Linda yang kusut. Linda tersenyum menggoda. 
    “Cukuplah untuk hari ini. I dah penatlah.Baby ni pun nak berehat juga,” ujar Linda manja. 
Faizal mengeluh.Semakin galak mengusap rambut Linda sambil jari-jemarinya bermain-main di bibir halus Linda. 
    “Tapi, yang tadi tu just an intro, honey! I nak berada bersama you lebih lama lagi. I rindukan you.” Faizal memujuk. Linda tersenyum manja.Membiarkan jari-jemarinya melekap di pipi lelaki yang sedang terbaring bertentangan dengannya. 
    “Sorrylah. I ada kerja sekarang.Kalau kerja I dah selesai nanti, kita akan lakukan lebih dari ini, okey sayang.” 
Linda mencapai bajunya yang terdampar di bawah lantai.Dia turun dari katil dan kemudian melangkah selamba ke arah bilik air.Tidak berapa lama kemudian, dia sudah siap berpakaian dan bersolek.Linda berjalan ke arah Faizal.Dicium lembut bibir lelaki itu sebelum mencapai dua keping CD di atas meja solek. 
    “I pergi dulu sayang.See you again.” Linda berkata sambil melangkah ke muka pintu. 
Faizal memandang tubuh itu berlalu dengan perasaan kecewa sehingga tubuh wanita itu hilang dari pandangan. 




LINDA menolak kasar daun pintu bilik pejabat Tengku Syahran.Penyambut tetamu yang melarang Linda masuk ke bilik itu, tidak dihiraukan.Linda selamba melangkah masuk bilik Tengku Syahran dengan wajah yang penuh emosi. 
     “Buat apa you datang?” soal Tengku Syahran benci. 
     “Saja.Nak tengok muka you yang cute tu? I rindulah!” Tengku Syahran berasa jengkel.Tak padan dengan perut memboyot! 
     “Dahlah Linda! I dah bosan tengok muka you.Tu dalam perut you tu, anak siapa?” sengaja Tengku Syahran menyoal. 
Linda bengang.Dia paling pantang orang bertanya tentang kandungannya.Dia benci.Berapi-api mukanya kerana menahan marah. 
     “You jangan kurang ajar, Syah!You ingat you tu alim sangat? Perempuan yang you simpan kat rumah tu pun, bukannya baik sangat.” Linda menyumpah.Bahasanya sudah mula kedengaran kasar. 
Tengku Syahran hanya ketawa. 
     “At least, Alia taklah sehebat kau.Nak pregnant pun sebelum nikah!” 
    “Hei! Isteri you sendiri lahir sebelum mak dengan ayah dia bernikah tau!” kini giliran Linda pula ketawa. 
Tengku Syahran mengerutkan dahi.Kurang ajar! 
Linda menyeluk tangannya ke dalam beg.Satu CD dikeluarkan dan terus dilemparkan 
di atas meja.Tengku Syahran  hanya memandang CD itu tanpa apa-apa respon.Tidak berminat langsung dengan tingkah laku Linda. 
     “You tengok sendiri apa yang dia buat belakang you! Tak sangka perempuan yang you sanjung sangat tu boleh ada hubungan dengan kawan lama you sendiri.Nampak aje baik.” Linda membebel. 
    “I pernah beritahuyou, sepuluh perkara yang you cakap, satu pun I tak mungkin percaya! I lebih percayakan isteri I dari I percayakan setan macam you.” Tengku Syahran menjawab. 
    “Well,..it’s up to you! Tapi, lepasyou tengok CD ni,you mungkin tau aktiviti harian dia yang dirahsiakan pada you.Yalah, pergi pejabat agama dengan seorang lelaki yang I rasa you kenal hampir setiap hari.For what? Lainlah kalau you dah ceraikan dia?” 
    “Shut up Linda! Kalau you datang sini semata-mata nak burukkan Alia, baik keluar! I tak akan percaya semua cerita karut you!” tengking Tengku Syahran. Linda mencebik.Sengaja melemparkan wajah bosan. 
     “I tak sangka you dengan Alia memang pandai berlakon.Kahwin dah hampir sembilan bulan, siap ada surat perjanjian. I like syarat Alia yang ketiga tu.So…you dah sentuh dia ke belum?” Linda berlagak selamba. 
Tengku Syahran tersentak.Dia mula geram dengan kata-kata Linda.Merah wajahnya menahan marah. 
     “You jangan kurang ajar Linda! Keluar!” 
    “Takut nampaknya, Syah? Dahlah tu sayang. I dah tau cerita di sebalik perkahwinan you dengan anak haram tu.” 
    “Linda!!“
    “You kahwin berserta dengan syarat, kan?Well…nampaknya usia perkahwinan you takkan lama.Atau esok, lusa, you dengan dia dah boleh boom!!!” Linda tersenyum menggoda. Tengku Syahran mencerlang memandang Linda. 
    “You jangan nak menuduh!”
    “Surat perjanjian tu ada pada I.I’m sorry honey…I terambil tanpa you sedari.So, sekarang ni you tak payahlah nak sorokkan apa-apa lagi pada I. I boleh buat you dengan Alia dibuang keluarga.Dan yang paling penting kepercayaan famili you terutama mother and father you boleh hilang kepercayaan terhadap you and poor daughter-in-law.Kesian auntie dapat anak macam you.“
    “Kurang ajar you Linda! I sumpah you….”
    ”Syhh…“Linda meletakkan jari telunjuknya di atas bibir. Tingkah lakunya itu benar-benar menyakitkan hati Tengku Syahran. 
    “Jangan jerit-jerit.Nanti orang dengar! Perkara ni rahsia bukan? Don’t worry.I’ll keep it as a secret.Bak kata orang biar pecah di perut, jangan pecah di mulut,right?” Linda ketawa.Nyaring memenuhi ruang bilik. Tengku Syahran melepaskan nafas yang hangat membakar dada. 
    “Apa yang you nak sebenarnya Linda? Tak habis-habisyou nak ganggu hidup I !”    “   “Aha…that’s the question yang I tunggu-tunggu.Tak sangka cepat betul you bagi response” ujar Linda dengan senyuman sambil melangkah menghampiri Tengku Syahran. 
    “Okey…since you’re  asking, I harap you bersabar dengan permintaan I ni.But, you don’t have any choices.You must do it without saying no!” 
Tengku Syahran terus merenung wajah yang paling dibenci itu dengan rasa bengang.Bagaikan ternampak-nampak  tanduk syaitan sedang tumbuh di kepala itu yang lebat dengan rambut yang berwarna perang. 
    “I nak you ceraikan Alia right now!” Tengku Syahran membeliakkan mata.    
“   “Never!” 
    “Okey, kalau you nak masa,,,,I akan bagi.Take your time.”
   “I takkan ceraikan Alia.Itu kata putus dari I !” Tengku Syahran mengetuk permukaan meja. 
   “You look so sweet, honey!! I like your face when you’re angry.I feel like…”
   “Shut up! Berambus you dari sini!” jerit Tengku Syahran kuat.Linda terperanjat seketika. 
   “Sekarang you beranilah nak tengking-tengking I. I will wait, Syah! Kalau dalam masa tiga bulan ni,you tak ceraikan Alia, I akan hebohkan perkara ni pada auntie.Remember, I tak mahu harta you walaupun sesen, hidup dengany ou pun I tak ingin.Tapi, untuk melihat kemusnahan you dan Alia adalah tanggungjawab I.” 
Linda ketawa lagi. 
    “Okay, honey! See you next time. I akan nantikan berita gembira ni dengan 
sabar.Kalau you rasa susah nak ceraikan Alia,you tengoklah CD tu.Bye sayang!” Linda melayangkan ciuman menggoda ke arah Tengku Syahran yang kelihatan bengis.Dia keluar bersama ketawanya yang menyakitkan hati. 
Sejurus selepas Linda berlalu, Tengku Syahran mengamuk di dalam bilik.Habis segala barang yang ada di atas meja menjadi mangsa balingan.Jiwanya berserabut. 


TENGKU SYAHRAN menendang pintu biliknya sekuat hati.Tidak berapa lama kemudian, pintu bilik terkuak.Wajah berkerut Zahlia muncul.Tengku Syahran masuk ke bilik dengan keadaan yang tidak terurus. 
     “Apa ni bang? Tendang- tendang pintu! Mak dengan ayah dengar nanti.Tak senonoh betul! Dah berapa kali Alia cakap, bagilah salam,” marah Zahlia dengan suara seraknya yang baru terjaga dari tidur. 
    “Kau jangan nak ajar aku! Tepi!!” Tengku Syahran menolak tubuh Zahlia yang berada di hadapannya. 
Zahlia terpana.Kasarnya dia! 
    “Abang, kenapa dengan abang ni? Balik rumah dahlah pukul 1.00 pagi, nak mengamuk tak tentu pasal pulak!” Zahlia mendekati Tengku Syahran semula.Lelaki itu sudah merebahkan diri di kerusi panjang. 
    “Kau jangan nak menyibuk dengan urusan aku, Alia! Aku pukul kau nanti!” Tengku Syahran mendengus. 
Sesungguhnya dia tidak mahu mengingati rakaman CD yang dilihatnya tadi.Dia tidak mahu melayani cemburunya lagi.Tetapi fikirannya kini benar- benar kusut.
Mulut Zahlia hampir ternganga mendengar ucapan Tengku Syahran.Bengis wajah lelaki itu benar-benar menggerunkan naluri Zahlia. 
Zahlia mendekati lagi. 
     “Abang, abang ada masalah ke?” suara Zahlia mulai kendur. 
Wajah kusut Tengku Syahran dipandang dengan rasa simpati.Namun, simpatinya tidak dihargai.Tengku Syahran membalas dengan renungan tajam. 
“Jangan sibuk aku kata.Kau degil?” Tengku Syahran bingkas bangun. 
Zahlia tersentak.Wajah bengis itu dipandang dengan rasa gementar yang makin kencang.Zahlia mula menjarakkan diri. 
    “Abang, cuba abang ceritakan pada Alia satu-persatu.Kenapa ni?” Zahlia masih cuba memujuk. 
Tengku Syahran makin berang.Mulut Zahlia tetap tak henti-henti membebel.Dadanya mula berombak-ombak.Kelembutan suara Zahlia tidak langsung menggugat perasaannya yang sedang berserabut. 
     “Abang, mengucap bang! Abang pergi mandi dulu.Lepas bersolat, mesti abang tenang.” Suara Zahlia dirasakan makin menyerabutkan otak. 
Tengku Syahran menerkup kedua-dua belah telinganya.
    “Diam!!!”
Zahlia telan air liur.
    “Abang…“Zahlia cuba memanggil. Tengku Syahran sudah tidak dapat menahan sabar.Zahlia memang patut diajar. 
    “Dasar anak luar nikah! Kau main dengan jantan lain, di belakang aku!!” 
Pangg!!! Tangan Tengku Syahran melayang ke pipi Zahlia.Zahlia terpana.Tengku Syahran juga terpana! Kedua-dua pasang mata itu bertembung.Lama sehingga lidah mereka kelu untuk berkata-kata. 
Air mata Zahlia tumpah.Zahlia meraba-raba pipinya yang perit dan sakit.Air matanya dibiarkan mengalir. 
    “Sampai hati abang menghina Alia! Selama ini abang hanya berpura-pura menyayangi Alia!” Zahlia berkata dengan sendunya. 
Air matanya menitis lagi.Semakin kuyup membasahi wajahnya.Zahlia tunduk.Perlahan-lahan dia berlalu ke katil dan merebahkan diri di situ.Tilam yang dingin gagal memujuk hatinya.Matanya yang masih basah, dipejam rapat.Memaksa lenanya memujuk jiwanya yang sayu. 
Akhirnya Zahlia terlena sendiri.Membawa sekali ungkapan Tengku Syahran ke dalam mimpi sedihnya.Tanpa disedari, Zahlia menangis di dalam tidur.Air mata yang keluar dari kelopak mata yang tertutup rapat, tidak langsung dihiraukan.Basah air matanya terus meresap ke sarung bantal.Zahlia terus menangis. 
Tengku Syahran pula tidak dapat tidur dengan nyenyak malam itu.Sepanjang malam, ugutan Linda, perasaan cemburunya dan tangisan Zahlia datang mengacau fikiran.Dia 
benar-benar tertekan.Tindakannya yang tanpa diduga tadi turut mengundang 
perasaan bersalah.Fikirannya sedang kacau.Semuanya kerana Linda! 

No comments:

Post a Comment