Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 11


ZAHLIA menangis di dalam bilik.Rancangan Tengku Syahran tadi membuatkan dia mula benci lelaki itu.Tiba-tiba pintu bilik dibuka.Tengku Syahran melangkah masuk.Zahlia terus memandang Tengku Syahran tanpa berkelip.Tengku Syahran
tahu yang isterinya sedang marah.
      “Awak selalu macam ni Syah! Kenapa awak buat rancangan tak beritahu saya dulu?” bentak Zahlia dengan linangan air mata.
Tengku Syahran tidak bersuara.Memang dia akui kesilapannya.Merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Zahlia.
     “Saya tak suka cara awak Syah! Kita boleh terlanjur.Saya tak mahu perkara tu berlaku!”
    “Dengar dulu alasan aku.Jangan nak membentak tak tentu pasal.” Tengku Syahran bersuara dengan nada yang agak mendatar.
   “Dengar apa lagi? Dulu, tak tunaikan syarat saya! Hari ni, rancang nak pergi bercuti! Esok, entah apa-apa pulak yang awak nak.Saya bosan tau!”
   “Alia! Tentang pindah rumah tu, bukan salah aku.Mana aku tau yang ayah tak bagi pindah.Kalau aku tahu, tak adanya aku ajak kau berkahwin dengan aku,” ujar Tengku Syahran dengan nada riak.Tanpa sedikit pun mengingati rayuannya pada wanita itu dahulu.
    “Oh, pandai! Masa saya tak nak tolong awak, pandai awak merayu.Sekarang bila dah dapat, suka-suka cakap tak tentu pasal.Awak tahu tak Syah, dalam banyak-banyak hari yang saya lalui selama ni, waktu nilah saya sedar yang rupa-rupanya dalam dunia ni wujud seorang manusia yang tak kenang budi macam awak.Saya tak taulah kenapa saya boleh bermurah hati nak tolong awak menjayakan rancangan ni.Saya rasa bodoh sangat.” Panjang lebar Zahlia menyuarakan kemarahannya.Biar Tengku Syahran tahu betapa marahnya dia ketika itu.

Tengku Syahran mengeluh.Dia teringat kembali rayuan dan pujukannya hari itu.Kata-kata Zahlia juga ada benarnya.Tengku Syahran menyedari yang dia memang ada mengambil kesempatan di atas peluang yang diberi.
Tengku Syahran tidak tahu kuasa apa yang memaksanya begitu.Sedangkan sebelum hari pernikahan, sudah banyak dia berdoa kepada ALLAH agar dia dapat mengawal diri ketika berdua-duaan dengan Zahlia.
Tetapi, Tengku Syahran hampir- hampir tewas.Zahlia bagaikan mempunyai aura yang mampu menggoyahkan nafsu lelakinya ketika duduk berdua- duaan.Itu pun nasib baik Tengku Syahran dapat mengawal perasaan.Jika tidak, pasti wanita itu telah jatuh ke tangannya saat ini.
Tengku Syahran menelan air liur.Sudah lama kalimat cinta terpadam dari kamus hatinya.Kekecewaan cinta pertama membuatkan dia serik untuk bercinta lagi.Nazirah hadir membawa saat manis dan indah sekali.
Buat kedua kali, Tengku Syahran hanyut dalam keindahan perasaan sayang yang tidak terperi.Kelembutan dan kesopanan Nazirah telah mengikat hati Tengku Syahran buat kesekian kali.
Dia terus ghairah mengejar kenikmatan cinta yang baginya tiada penghujung.Tidak terfikir yang kebahagiannya akan diragut ketika dia hampir sampai ke puncak bahagia yang diimpikan.Tengku Syahran ingat lagi ketika berita menyedihkan itu sampai ke pengetahuannya.
Nazirah sudah tiada! Ayat itu bergema-gema di telinganya.Sewaktu dia masih terlantar di hospital
akibat terlibat dalam kemalangan yang sama.Betapa sedihnya dia.Betapa pilunya hati.Tengku Syahran menangis teresak-esak di situ juga.
Bertahun-tahun jiwanya kosong dan tiba-tiba Linda hadir dengan memberi janji ingin mengubati luka di hati.Kononnya dia akan setia di sisi menemani.Akhirnya wanita itu yang berdusta.Kini, ketika api cintanya telah terpadam walaupun untuk sesiapa pun, dia dipaksa berkahwin dengan Linda dan ketika itulah Zahlia hadir di dalam hidupnya.Tanpa diduga, Zahlia bagaikan bertanggungjawab ke atas hatinya yang ketandusan kasih sayang yang sejati.
Tengku Syahran takut perasaannya terjebak lagi.Demi ALLAH, sesungguhnya dia gerun untuk menghadapi perasaan aneh itu semula.Segera dia cuba membuang perasaan istimewa yang kini sedikit sebanyak bagaikan mula mencambahkan benih dan membajai hatinya.Mampukah dia?
Sebiji bantal kecil yang dicampak di paha, memeranjatkan Tengku Syahran yang sejak tadi mengelamun panjang.

     “;Saya tengah marah awak ni tau tak? Awak boleh termenung aje?”
Wajah Zahlia mencuka.Tengku Syahran meraup mukanya dengan tapak tangan.Beristighfar beberapa kali minta hatinya ditenangkan.
    “Aku minta maaf,” ujar Tengku Syahran lembut.
Zahlia merengus kecil.Maaf? Ikhlaskah ucapan dari lelaki ego sepertinya? Rungut Zahlia di dalam hati.Tiba-tiba hatinya yang semakin membara menjadi
sejuk.Wajah Tengku Syahran ditenung lama.Kenapalah apabila berhadapan dengan lelaki itu dia sering tewas?
Zahlia sudah menyedari sejak hari pertama mereka bersua lagi.Dia kalah apabila lelaki itu beria-ia menghalangnya untuk membayar bil pembaikan kereta Honda Prelude yang dilanggarnya.Sedangkan selamani Zahlia cukup pantang untuk terhutang budi dengan sesiapa.
Kali kedua, ketika lelaki itu merayu supaya menolongnya menjadi isteri demi mengaburi mata emaknya.Pada awalnya memang Zahlia membantah keras cadangan lelaki itu, tetapi melihat wajah lelaki itu yang kebuntuan, Zahlia menurut juga.
Dan yang paling Zahlia ingati ialah ketika malam pertama perkahwinan mereka.Zahlia tidak mengetahui apakah niat sebenar lelaki itu mendekatinya malam itu.Yang Zahlia tahu dia sendiri bagaikan terpaku dengan tenungan lelaki itu yang menusuk hatinya.
Memang Zahlia takut menghadapi kenyataan ketika wajah lelaki itu mula mendekatinya, namun sedikit sebanyak dia bagaikan rela membiarkan lelaki itu melakukan apa sahaja kerana dia tahu lelaki itu berhak ke atasnya.
Sebelum berkahwin dahulu, Zahlia sering berdoa minta petunjuk agar keputusannya menghulurkan bantuan kepada Tengku Syahran adalah tepat.Ada sekali dia melakukan solat sunat Istikharah ketika Razif beria-ia meluahkan rahsia hati.Tetapi yang muncul dalam mimpinya bukan Razif.Wajah lain dan Zahlia tercari- cari.Siapa lelaki itu, pun tidak diketahui.
Tetapi, lelaki itu kelihatan seperti Tengku Syahran yang sudah menjadi suaminya sebulan yang lalu.Jika benar lelaki yang datang dalam mimpinya adalah Tengku Syahran, mengapa tiada langsung perasaan sayang yang terbit dalam dirinya untuk lelaki itu?
     “Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap.Lepas tu kalau kau nak bantah, aku akan ikut kalau alasan kau boleh diterima.Okey?” ucapan Tengku Syahran menyedarkan Zahlia.
Zahlia menggigit bibir.Sepatah perkataan Tengku Syahran langsung tidak masuk ke fikirannya. “Apa yang okey?” Tanya Zahlia.
     “Lah, tadi marahkan kita mengelamun.Sekarang, dia pulak berangan.Tulah, dari tadi asyik tenung muka aku aje.Mana nak masuk perkataan dalam kepala kau.” Kata-kata Tengku Syahran membuatkan wajah Zahlia bertukar warna.Wanita itu mula berasa malu.
    “Dengar dulu apa yang aku nak katakan.Sebenarnya, aku memang ada rancangan nak pergi bercuti.Itu pun dari cadangan Fiza, sebulan sebelum kita berkahwin.
Aku ingat nak diamkan aje bila teringat syarat pertama kau yang nak pindah rumah tu.Sebab kalau ayah bagi pindah, aku rasa rancangan nak pergi bercuti tu tak payahlah kita ikut.Tapi, bila ayah dah tolak mentah-mentah syarat kau, aku rasa rancangan nak bercuti tu boleh dipertimbangkan.Mungkin dengan cara itu kau boleh merehatkan diri dengan perangai keluarga aku yang memeningkan kepala,” luah Tengku Syahran.

Zahlia terdiam.Kepalanya pantas memikirkan kata-kata Tengku Syahran yang ada kebenarannya.
     “ Macam mana? Setuju?” Tengku Syahran bertanya.
Zahlia memeluk tubuh.Matanya yanghaz el dilirik ke arah Tengku Syahran.Lelaki itu sedang memandangnya.Zahlia akhirnya mengangguk setuju.
     “Bagus. Hal ni dah beres.Kau ada apa-apa nak tanya lagi?“
     “Kat sana kita kena duduk sebilik jugak ke?” soal Zahlia.
     “Habis tu, nak duduk bilik lain- lain? Nak mampus kalau mak dengan ayah tau kita duduk bilik asing-asing?”
Zahlia menelan air liur.Wajah Tengku Syahran ditatapnya lagi.
    “Kau jangan risau, Alia! Kita akan lakukan seperti apa yang kita lakukan di sini.Kau tidur di atas, aku tidur kat kerusi.Okey?” ujar Tengku Syahran.
Zahlia mengeluh.Rasa simpati tiba-tiba menyelinap ke dalam hati.Lelaki ini pandai menggunakan nada suaranya dalam bicara.Tetapi sayang sekali, kelembutan bahasanya sudah hilang ke mana.Bahasa ‘kau’ dan ‘aku’ yang digunakan oleh Tengku Syahran kadangkala menyebabkan Zahlia terasa terlalu jauh darinya.
    “Boleh tak?” soal Tengku Syahran.
    “Tak apa ke?Asyik awak aje yang mengalah.” Tiba-tiba Zahlia bersuara.
     “Jadi, kau nak aku tidur sekatil dengan kau?” soal Tengku Syahran. Zahlia mengetap bibir.Laju kepalanya digeleng.
Tengku Syahran membalas pandangan isterinya itu yang masih duduk di birai katil.Dia kelihatan begitu gugup sekali.Timbul perasaan simpati dalam diri Tengku Syahran.
     “Emm, tapi jangan tanya soalan itu lagi.” Zahlia memberi amaran.
     “Terima kasih kerana sudi membantu.Kalau kau tak ada, aku rasa aku dah gila dibuat Linda,” ucap Tengku Syahran tiba-tiba bernada sayu.
Zahlia mengangkat wajah.Tengku Syahran sudah berbicara lembut.
     “Saya pun perlukan wang untuk kawan saya.” Zahlia menjawab. Giliran Tengku Syahran terdiam. “
      “Yang pasal umrah tu, awak betul-betul nak pergi?” soal Zahlia meminta kepastian. Tengku Syahran bangun.Dia melangkah ke tingkap.Menyelak langsir
supaya pemandangan di luar rumah dapat dilihat dengan lebih jelas.Zahlia tetap menunggu jawapan daripadanya.
      “Itu hadiah aku untuk kau.Walaupun hati kita lain-lain, kau tetap isteri aku sekarang.Pengorbanan hidup kau terlalu besar jika nak dibandingkan dengan hadiah yang aku bagi tu.Aku harap kau sudi terima,” ujar Tengku Syahran sambil tersenyum.
Zahlia membalas senyuman lelaki itu.
    “Bila awak bercadang nak pergi?” tanya Zahlia lagi.
    “Aku akan uruskan prosedurnya dulu.Aku akan buatkan pasport untuk kau dan tempahkan tiket ke Mekah.Mungkin dalam sebulan lagi kita berangkat.Kau mohon cuti lebih kurang tiga minggu, okey?” beritahu Tengku Syahran.
    “Tiga minggu?” tanya Zahlia. Tengku Syahran mengangguk.
    “Tiga minggu cukuplah.Dua minggu kita buat umrah, seminggu kita ke Tokyo.” Kata-kata itu membuatkan Zahlia tersentak.
     “Tokyo?” tanya Zahlia.
Tengku Syahran mengangguk lagi.
    “ Lepas kita kerjakan umrah, aku nak bawa kau melancong di sekitar Tokyo atau kau ada tempat lain yang nak pergi?” soal Tengku Syahran.
     “Tak… tapi tadi awak cakap, awak nak melancong dalam negara aje,“soal Zahlia pelik.
    “Sengaja aku cakap begitu.Kalau aku beritahu tempat yang kita nak pergi, nanti tak pasal-pasal ada orang kacau.Aku tak mahu ada orang ganggu waktu bercuti kita.Ingat, kita kena berlakon seperti pasangan suami isteri yang betul.Anggap waktu bercuti ni macam berbulan madu.Privacy lebih penting,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia merapatkan bibir.Tengku Syahran sudah merancang segala-galanya!
   “Dan, kita akan bincang hal perjanjian yang seterusnya di sana,” sambung Tengku Syahran lagi.
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk perlahan.Zahlia menoleh ke arah Tengku Syahran.Lelaki itu memberi syarat supaya membuka pintu.Langkah Zahlia terus dihayun ke situ.Kelihatan Tengku Syahran.Lelaki itu memberi syarat supaya membuka pintu.Langkah Zahlia terus dihayun ke situ.Kelihatan Tengku Farhana sedang tersengih sambil tangan kirinya memegang
cordless phone.
     “Kenapa Ana?” soal Zahlia.
    “Ada call untuk akak.Dari hospital, dia kata kawan akak,” jawab gadis itu sambil menghulurkan telefon itu kepada Zahlia.
Zahlia segera mencapai telefon itu dan melekapkan ke telinga.
    “Helo. Helo, Alia!“Zahlia tersentak.Dari mana Razif dapat nombor telefon ni?
    “Razif?” ucapnya separuh terperanjat. Tengku Syahran menjeling ke arah Zahlia.Hatinya sedikit terusik apabila mendengar nama seorang lelaki yang tidak dikenali disebut.Dia cuba memasang telinga.
     “Ingatkan kau dah lupa? Sampai hati kau kahwin tak beritahu aku.Apa, kau ingat aku tak sudi datang.Mentang-mentanglah aku sakit, kau terus lupakan persahabatan kita.” Suara itu bernada sayu.Zahlia tersentuh.
     “Zif, aku minta maaf.Aku tak mahu kau kecewa dengan tindakan aku.Aku tak mahu kau terus-terusan mengharap cinta dari aku! I’m sorry
Razif.”
    “Dahlah.Tindakan kau sekarang memang benar-benar mengecewakan aku.Kalau kau tak sudi berkawan dengan aku lagi, tak payahlah berjumpa dengan aku
Razif!” Zahlia ingin terus memujuk tetapi talian telah pun diputuskan.
Zahlia kecewa dengan sikap Razif.Razif adalah kawannya yang akrab sejak kecil lagi.Dia tidak mahu kehilangan sahabat sejujur Razif.Akhirnya, dia menangis.
Tiba-tiba ada sepasang tangan memegang bahunya.Zahlia terkejut.Barulah dia tersedar yang Tengku Syahran ada bersamanya.Bermakna lelaki itu sudah mendengar setiap patah perkataan dengan Razif.
Perlahan-lahan tubuh Zahlia dipusingkan menghadap Tengku Syahran.Dagu wanita itu diangkat.Zahlia hanya mengikut rentak Tengku Syahran.Tengku Syahran tersenyum.
Zahlia tidak membalas.Hatinya masih sebal.Perasaan sebak masih melingkari sanubarinya.Dan air matanya sudah deras mengalir dan membasahi pipinya.Tangan Tengku Syahran segera menyeka air jernih yang mengalir ke pipi Zahlia.
      “Janganlah menangis! Boleh aku tau siapa Razif?” soal Tengku Syahran. Zahlia tunduk semula.Soal siapa Razif bukan hak Tengku Syahran untuk ketahui.Razif tidak ada kena-mengena dalam hal ni.Tengku Syahran tidak perlu ambil tahu.
     “Kalau kau sudi, ceritalah.Kalau tak, tak payahlah.Aku pun mungkin tak perlu libatkan diri dengan perkara yang bukan urusan aku,” ucap Tengku Syahran sopan.
Zahlia melepaskan nafas.Setiap kata-kata Tengku Syahran pasti menyentuh naluri kewanitaannya.Zahlia membisu.
     “Dahlah.Aku jadi risau bila tengok kau menangis begini.Apa yang boleh aku katakan, kalau kau rasa bersalah dan masalah itu berpunca dari kau, baik kau minta maaf padanya.Kalau tak, tak ada sebab untuk kau memohon maaf,” beritahu Tengku Syahran.
Lidah Zahlia kelu dengan nasihat itu.Ucapan Tengku Syahran telah menenangkan kesayuan hatinya.
    “Kalau kau nak pergi, aku izinkan,” sambung Tengku Syahran sebelum berlalu meninggalkan Zahlia keseorangan di dalam bilik.
Entah mengapa tiba-tiba sahaja hati Tengku Syahran terasa sesuatu.Cemburukah aku? Hati Tengku Syahran tertanya-tanya.Ah, tak mungkin!

No comments:

Post a Comment