Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 35

RAZIF tersenyum apabila ternampak kelibat Zahlia masuk ke dalam bilik.Dia duduk di atas katil sehingga wanita itu menghampiri.
      “Assalamualaikum.” Zahlia meletakkan buah tangan di hujung katil.   
“    “Waalaikumussalam.Mana yang lain? Takkan kau seorang aje.”
     “Yang lain sibuk hari ni.Aku pun singgah sekejap aje.Aku ada hal.” Zahlia melabuhkan punggung di sebuah kerusi.
     “Kalau sibuk, lain kali tak payahlah susah-susahkan diri.” Razif berkata
tenang.Zahlia tahu Razif tersentuh dengan kata-katanya tadi.
     “Razif aku tak  bermaksud macam tu.Sebenarnya Imah pun datang tadi, tapi Puan Hajah minta tolong dia gantikan Hanim.Hanim demam,” jawab Zahlia memujuk Razif.
     “Habis, kenapa kau tak boleh lama? Aku bosanlah duduk sini, Alia!”
     “Aku ada hal dengan suami aku.” Zahlia berbohong.Sebenarnya dia ingin pulang
awal sebelum suaminya.Dia mahu memujuk suaminya lagi.
     “Aku cemburukan suami kau, Alia.Dia beruntung memiliki kau.” Zahlia mengetap bibir.Memaksa diri mengukir senyuman.
    “Rawatan kau bagaimana? Kau rasa sihat?” Zahlia mengubah tajuk.
Razif mengangguk.
    “Aku rasa lebih sihat dari dulu.By the way, kau tolong ucapkan terima kasih aku pada… siapa lelaki cina tu?”
    “Nama lamanya Bernard.Nama barunya Ahmad Adam.”
    “Maksud kau?”
    “Dia dah masuk Islam dua hari lepas.” Razif hampir terkejut.Wajah pucatnya kelihatan tersentak sedikit.
    “Alhamdulillah.” Akhirnya dia melafazkan perkataan itu.
    “Okeylah Razif.Aku nak balik dulu.InsyaALLAH aku jenguk kau lagi.”
    “Kirimkan salam aku  pada suami kau.”
Zahlia bingkas.
    “Bila kau nak kenalkan suami kau pada aku? Dah lebih lima bulan kau kahwin.Aku tak pernah kenal dia.” Zahlia berfikir sejenak.
    “Aku akan kenalkan dia.Tapi bukan di sini tempatnya…aku akan tunggu bila kau
betul-betul dah sihat nanti.” Ujar Zahlia.
    “Okeylah, aku balik dulu.Assalamualaikum.“
     ”Waalaikumussalam.”




ZAHLIA tersenyum melihat Tengku Syahran masuk ke dalam bilik.Tanpa menoleh ke arah Zahlia,Tengku Syahran melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Wajahnya begitu
serius.Zahlia memberanikan diri untuk menegurnya.
     “Abang penat? Alia urutkan abang ya?”
     “Tak usah.Aku tak perlukan perempuan seperti kau untuk mengurut aku!”
Zahlia terdiam.Kaku tertunduk ke bawah.Lelaki itu masih berkecil hati dengannya.Ah, silap aku!
Zahlia memujuk hatinya.Dia perlu kuatkan semangat.
     “Abang dah makan?Kita makan sama-sama nak?” Zahlia duduk di sisi Tengku
Syahran.
     “Kau nak makan dengan aku? Tak payahlah Alia.Selera aku akan mati bila
menghadap muka kau.” Tengku Syahran membalas santai.Cukup membuatkan Zahlia terasa hati.Tetapi wanita itu hanya menutup mulut.Tidak mahu membalas.
     “Abang masih marahkan Alia? Abang belum memaafkan Alia lagi?” soal
Zahlia dengan suara yang lunak dan lembut.Tidak cepat berputus asa memujuk suaminya.
Namun Tengku Syahran hanya mendengus.
     “Untuk apa? Untuk memudahkan kau menyakitkan hati aku lagi? Tak puas-puas
lagi dengan setiap tindakan kau? Cukuplah Alia…jangan sia-siakan air liur kau tu!” balas Tengku Syahran tanpa sedikit pun menoleh ke arah Zahlia.
    “Abang janganlah dera perasaan Alia.Alia ikhlas meminta ampun dari
abang.Maafkan Alia, ya?” Zahlia mencapai tangan lelaki itu.
    “Dah.Benci aku mendengarnya.Setiap hari aku bersabar dengan perangai kau tapi apa yang aku dapat? Seorang isteri yang hanya mementingkan diri sendiri! Kau ego Alia.Aku benci perempuan macam kau!” Tengku Syahran bangun.Ingin melangkah keluar.
    “Sekelip mata cinta abang berubah.Abang tak bersungguh-sungguh dalam
meluahkan cinta.Abang cepat mengalah.” Zahlia bersuara kuat tiba-tiba.Geram juga kata-kata maafnya tidak dipedulikan.
    “Itu yang sebenarnya kau mahu, kan? Takut jatuh cinta konon! Aku takkan ganggu
kau lagi! Dan aku tak ingin kau mengganggu aku lagi!”
Tengku Syahran melenting.Zahlia sudah pandai membalas setiap bicaranya.
    “Bukan itu maksud Alia, bang.Alia tak mahu bagi abang harapan.Alia anak luar
nikah.Alia tak mahu rosakkan keturunan abang dengan perkahwinan ni!”
    “Ah, jangan jadikan itu sebagai alasan.Sebetulnya kau memang mahu
menyakitkan hati aku.Sia-sia aku menyayangi kau kalau ini yang kau balas.”
    “Abang!” Zahlia menghampiri lagi.Suaranya lebih lembut dari tadi.Manja
menyapa telinga Tengku Syahran.
    “Memang silap Alia melayan abang sebegitu.Alia dah sedar.Tapi, tolonglah bagi
Alia masa untuk berubah.Alia akan cuba jadi isteri yang baik.Abang pimpinlah Alia.” Sambung Zahlia.
Dia memeluk tubuh Tengku Syahran.Terasa hangat pelukannya walaupun Tengku
Syahran kaku dan dingin sekali.
    “Maafkanlah Alia.” Zahlia berbisik perlahan. Tengku Syahran menolak tubuh itu.
    “Tak payah mengaburi mata aku dengan kelembutan kau.Aku dah bosan
dengan sifat pura-pura kau selama ini.”
Zahlia terdiam.Sampainya hati lelaki itu berkata begitu.
    “Aku tak nak tengok muka kau mengganggu aku lagi.” Tengku Syahran
melangkah keluar dari bilik itu.
Zahlia cuba menyabarkan hatinya.Tengku Syahran sedang menghukum dirinya.Dia sedar akan hal itu.Dia harus redha.Alia akan berusaha memujuk abang, desisnya di dalam hati.
Zahlia mencapai tudung.Dia turun ke ruang tamu.Tengku Syahran tiada di situ.Zahlia mengintai di dapur.Kelibat lelaki itu tetap tiada.
Zahlia ternampak Tengku Hafizah sedang melintasi ruang tamu.
     “Fiza, nampak angah tak?” tanya Zahlia lembut.
     “Haa…dia duduk kat tepi taman.Kak Alia pergilah.Dia tengah duduk sorang-
sorang tu.Tadi, Fiza nak temankan, dia kata tak payah! Muka nampak macam tengah tak ada mood aje.”
Zahlia mengangguk.Dia melangkah keluar.Menghampiri lelaki yang keseorangan melayani perasaannya.Zahlia menuju ke situ dan terus merangkul leher suaminya.
    “Abang, janganlah hukum Alia lagi.Alia akan ikut cakap abang selepas ni.Abang
cakap aje apa yang patut Alia lakukan, Alia akan turut.Tapi… tolong maafkan Alia!” Zahlia berbisik dekat telinga lelaki itu.
Terasa panas nafas Zahlia menampar cuping telinganya.Mata Tengku Syahran
sedang merenung pancutan air buatan manusia berhadapan meja berukir itu.
    “Alia ingat lagi, abang pernah cakap yang abang akan tunggu sampai Alia menyayangi abang.Takkan cepat sangat abang berputus asa.” Zahlia cuba memancing.
Tengku Syahran merengus.Bosan diperlakukan begitu.
    “Alia minta ampun.Abang ampunkan Alia,ya?” sambung Zahlia lagi.
    “Sudah! Aku kata jangan ganggu aku lagi!” tangan yang melingkari leher
Tengku Syahran ditarik kasar.Tengku Syahran bangun dan terus meninggalkan Zahlia.
Zahlia berasa pilu.Dia mengeluh kecil.Dia yakin yang dia perlu berbuat sesuatu.




ZAHLIA menghentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Adli.Dia mengesat air mata yang menemaninya sepanjang perjalanan.Dia membetulkan tudung yang tersangkut dan menutup sebahagian kepalanya.Dia keluar dan menekan loceng rumah itu berkali-kali.
Semalam, selepas Tengku Syahran meninggalkannya sendirian di taman mini itu, Zahlia hampir mahu melupakan niatnya untuk memujuk lelaki itu.Namun, dia teringatkan Anissa tiba-tiba.Mungkin Anissa akan dapat membantunya meringankan beban itu.
Zahlia menarik nafas.Dia menekan punat loceng rumah itu sekali lagi.Dalam waktu yang sama, dia ternampak kelibat Anissa keluar dari rumah menuju ke pintu pagar.
    “Alia…” Anissa tersenyum.
    “Masuklah.”
Zahlia mengikut.Dia duduk di kerusi yang terhias di ruang tamu sambil menanti
Anissa yang sedang membuat air di dapur.Tidak berapa lama kemudian, Anissa muncul bersama dulang di tangan.
   “Kenapa muram dari tadi? Alia ada masalah?” tegur Anissa sambil menuang air sirap ke dalam gelas.
Zahlia terdiam.Masih berkira-kira untuk menceritakan hal itu atau tidak. Anissa duduk di sisinya.
    “Ada problem dengan Syah?” teka Anissa. Zahlia mula mengangguk.
    “Salah saya,” jawab Zahlia perlahan.
    “Kenapa?”
    “Saya kecilkan hati dia.” Anissa terdiam.Mengeluh kecil.
    “Alia sedar tak ia merupakan satu dosa bagi seorang isteri?” soal Anissa. Zahlia mengangguk lemah.
     “Habis, kenapa buat begitu?”
     “Saya tak sedar macam mana Syah betul-betul marah dengan tindakan saya hari tu.Dah beberapa hari dia tak tegur saya.Saya takut, Anis! Saya isterinya.Kalau dia tak maafkan saya, saya akan berdosa sepanjang hayat.” Suara Zahlia tersangkut-sangkut
bersama sendunya.
     “Alia dah cuba minta maaf pada dia?“
     “Setiap hari.Tapi, dia tetap macam tu.Bercakap pun dah tak macam dulu.”
Anissa menggigit bibir.Berbelas juga hatinya melihat wajah Zahlia yang sudah
kuyup.Tetapi, dia tidak tahu bagaimana mahu membantu.
      “Alia mahu saya beritahu pada Adli? Mungkin Adli boleh tolong.”
     “Please jangan! Saya cuma perlukan seseorang untuk meringankan beban fikiran
saya.Saya buntu sekarang ni.”
Anissa meneguk air sirap di hadapannya.
     “Saya tak tau bagaimana nak bantu.”
     “Cukuplah sekadar tolong menjadi pendengar, saya akan cuba selesaikan masalah yang berpunca dari saya sendiri,” jawab Zahlia.
Suasana kembali menyepi.Zahlia tertunduk.
     “Syah dah pernah kecewa dengan perasaannya dulu.Alia tolonglah jangan mensia-siakan perasaan sayang dia tu.”
Zahlia mengangkat wajah.Mengerutkan dahi mendengar ucapan Anissa.
     “Dia pernah kecewa?”
      “Perkara tu dah lama berlaku.Dia terlalu sayangkan perempuan tu.Sampaikan
masa dia bernikah dengan Alia pun, sayangnya masih belum pudar untuk perempuan tu.”
Zahlia leka mendengar cerita tersebut.Ini bermakna betullah apa yang pernah Hazwin cakapkan dahulu?
     “Tapi, sampai sekarang saya dan Adli pelik sungguh dengan Syah.Sebelum berkahwin, dia yang beria-ia takkan jatuh cinta pada Alia.At last, dia kalah jugak! Kami tak tau ubat apa yang Alia bagi sampaikan dia boleh angau macam tu sekali.” Anissa berterus terang lagi.
Zahlia terdiam.Sedikit cemburu sebenarnya.Siapa perempuan itu? Dia ingin bertanya tetapi malu.
     “Jangan kecewakan dia, Alia.Sekali dia jatuh cinta, selamanya dia akan sayang.Tengoklah kisahnya dengan Nazirah,” ujar Anissa lagi.
Oh, nama perempuan tu Nazirah! Hmm… macam pernah dengar.Bila? Zahlia cubamengingati dirinya.Tetapi sungguh, Zahlia terlupa!
     “Kemalangan tulah yang membuatkan Syah menderita sungguh-sungguh.Saya
dapat lihat yang dia betul-betul rasa kehilangan bila dia menangis tak henti-henti disebabkan kehilangan Nazirah dari hidupnya.Sehinggalah Alia muncul, dan dia jatuh cinta selepas beberapa bulan berkahwin dengan Alia.Is that amazing story? Alia boleh ubati penyakit cinta Syah dengan sendiri,” ujar Anissa.
Zahlia terasa cemburunya hilang.Simpatinya mengingatkan perasaan lelaki itu yang tidak pernah dipedulikan.Zahlia menghela nafas.
    “Saya sayangkan Syah, Anis! Saya dah tak boleh menafikan perasaan tu.Tapi, kalau dia terus-terusan menghukum saya macam ni, saya takut perasaan tu akan bertukar.” Zahlia bersuara setelah lama mendiamkan diri.Benarkah pernyataan ini? Zahlia sendiri masih keliru.
Anissa tersenyum mendengar penjelasan itu.Zahlia mengaku juga akhirnya.Anissa terasa lega.Sekurang-kurangnya dia tahu Tengku Syahran tidak bertepuk sebelah tangan.
    “Pujuklah dia Alia! Tak mungkin rajuknya berpanjangan.Dia bukan macam kita,
perempuan yang tak boleh tersentap sikit.Lagipun, he loves you so much.It’s not a big deal.”
    “Saya akan cuba walaupun dia betul-betul marah dengan perbuatan saya.”
    “Jangan berputus asa.Terus berusaha.Saya akan bantu Alia dari belakang.”
    “Tolong jangan ceritakan hal ni pada Adli.Saya tak mahu sesiapa tahu kecuali Anis
seorang.”
Anissa mengangguk.
     “Tapi, kalau dah terdesak, saya tak ada jalan lain.Terpaksa.” Anissa mengingatkan Zahlia kemungkinan itu.
Zahlia tersenyum dan mengangguk.

No comments:

Post a Comment