Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 46

“KAU nampak kurus Alia? Kenapa? Syah tak bagi kau makan ke?” soal Tengku Badariah lembut.Zahlia tidak menjawab.Hanya melemparkan senyuman pahit. 
Soalan itu diutarakan oleh emak mentuanya ketika mereka menjamu selera tengah hari di rumah arwah Syarifah Muzainah.Sudah dua hari, Syarifah Muzainah meninggal dunia.Semalam, majlis tahlil arwah sudah selesai dijalankan.Tengku Badariah sudah berura-ura mahu pulang. 
Tengku Syahran memandang sekali imbas susuk tubuh isterinya.Memang nampak jelas perubahan itu.Perubahan yang disebabkan olehnya.Dia yang bertanggungjawab. 
     “Emm… tak adalah mak.Alia yang tak berapa selera.Sejak baru balik dari demam hari tu, selera Alia macam dah mati,” ungkapan Zahlia bagaikan mengandungi satu mesej yang ingin disampaikan.Hanya Tengku Syahran yang tahu. 
    “Makanlah vitamin.Badan kau nampak susut benar.Risau mak tengok,” nasihat Tengku Badariah. 
   “Nantilah mak.Alia suruh abang belikan.” Hambar sungguh ucapan itu menangkap cuping telinga Tengku Syahran yang hanya menyepi. 
   “Kau Syah… apa yang kau dah buat pada Alia? Takkan kau langsung tak sedar, susut badannya?” Tengku Badariah beralih pula pada Tengku Syahran. 
Tengku Syahran diam membatu.Hanya tunduk dari tadi. 
   “Syah! Mak tanya kau ni?” 
   “Syah dah bagi makan mak.Alia yang tak berselera.Takkan Syah nak paksa.” Spontan Tengku Syahran bersuara.Sempat dikerling ke arah Zahlia yang tidak ambil peduli dengan kata-katanya. 
   “Haa…itulah.Entah makanan apa yang kau belikan agaknya.Itu yang dia tak berselera.Sampai boleh demam-demam.Kau tak reti jaga Alia ke?” soalan Tengku Badariah menyebabkan ruang makan itu dipenuhi gelak-gelak kecil dari mulut ahli keluarga yang lain. 
Zahlia tidak langsung berketik.Dia punya dunia tersendiri.Melayani perasaan hiba dan berkecamuk yang cuba disembunyikan. 
Tengku Syahran terdiam.Tidak tahu mahu berkata apa-apa lagi.Seolah-olah persoalan emaknya terjawab dengan berkeadaan begitu. 
    “Alia nak ke dapur dulu.” Zahlia meminta izin dan terus melangkah pergi. 
Zahlia mencuci pinggan dan cawan kotor yang terdapat di sinki.Suara riuh-rendah orang berbual tidak berjaya menarik hatinya yang sedang menanggung beban masalah tersendiri.Kemudian,Zahlia duduk di kerusi makan dan termenung di hadapan sinki. 
Adakalanya tercetus keluhan kecil dari bibirnya seolah-olah 
menangisi nasibnya.Sampai bila aku harus melalui penderitaan ini? Zahlia merintih sendirian. 
Zahlia tiba-tiba rindukan Fatimah.Dia juga teringatkan Razif.Apalah khabar mereka agaknya sekarang? Sudah banyak masa yang dilaluinya di Sinar Iram.Di sinilah dia mula mengenali Fatimah danRazif.Di sinilah, Razif pernah menyuarakan rahsia hatinya pada Zahlia secara terang di hadapan Fatimah.Dan di sinilah juga Razif membongkarkan penyakitnya apabila dia jatuh pengsan tanpa diduga.
Pendedahan doktor tentang penyakitnya telah menyebabkan Zahlia kesal.Dia merasakan puncanya bermula dari dirinya.Tetapi, memang benar 
kata hatinya, dia tidak pernah 
mencintai sesiapa.Walaupun Razif sahabat lelaki yang paling rapat namun Zahlia belum bersedia untuk bercinta. 
Zahlia sedih apabila diberitahu yang Sinar Iram tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membantu rawatan Razif.Zahlia takut kehilangan Razif. 
Dan….pertemuannya dengan Tengku Syahran telah membantu Zahlia meleraikan masalah itu.Zahlia lupa dia masih mempunyai seorang mama yang tidak pernah mahu diakui.Zahlia kusut melihat wajah Tengku Syahran yang seperti sedang berdepan dengan masalah hidup yang besar. 
Ketika Tengku Syahran menyuarakan hasrat hati untuk mengahwininya, Zahlia benar-benar terkejut.Mana mungkin dia sanggup mengahwini lelaki yang baru dikenali dalam tempoh seminggu.Tak mungkin! Itu kata putus dari hatinya ketika Zahlia sudah berkira-kira mahu meninggalkan lelaki itu. 
Tetapi, rayuan Tengku Syahran yang beria-ia dengan sekelip mata dapat mengubah prinsip Zahlia.Dia teringatkan Razif tiba-tiba.Tambahan pula, ada ganjaran wang yang akan diperuntukkan. 
Kini… apa yang telah terjadi? Adakah aku telah memusnahkan diriku sendiri kerana mengahwini Tengku Syahran? Tetapi, bukankah aku juga yang telah berjaya mengubah tanggapannya terhadap agungnya kuasa cinta dan aku juga yang telah berjaya membuka pintu hatiku sendiri untuknya menetap di situ? Ah…susahnya mahu menduga isi hati ini. 
Zahlia tersedar bagaikan ada kelibat yang turut sama berada di dapur itu.Dia pusing.Pantas ingatan dan mainan perasaannya berarak pergi.Zahlia nampak Tengku Syahran sedang berdiri di belakangnya. 
Tiada senyuman yang mahu Zahlia lemparkan ke wajah itu.Dia sudah habis mencuci pinggan dan ingin berlalu.Tanpa menunggu lama, Tengku Syahran ditinggalkan di ruang itu bersama perasaan bersalah yang menimpa-nimpa.Tengku Syahran mengeluh lagi.Ah, Zahlia benar-benar marah! Bisik hatinya dalam diam. 



TENGKU SYAHRAN bingung.Dia mundar-mundir di dalam bilik.Sudah satu minggu dia berada di rumah arwah Syarifah Muzainah.Satu minggu jugalah jiwanya merana akibat hukuman yang Zahlia putuskan, tidak mahu bercakap dengannya. 
Tengku Syahran sudah memohon maaf berkali-kali.Malang sekali maafnya itu ditolak bulat-bulat tanpa ada perasaan berbelah bagi.Tengku Syahran benar-benar kesal.Dua malam berturut-turut dia mengasari tubuh wanita kesayangannya.Dua hari jugalah wanita itu menderita dengan segala tindakan ganasnya ketika meniduri wanita itu. 
Tengku Syahran terduduk di birai katil.Dia dapat melihat air muka Zahlia yang masih mampu menahan sabar di hadapan keluarganya.Bukan tidak pernah ditanya kemurungan wajahnya oleh ahli keluarga yang lain, malah sudah kerapkali ditanya.Zahlia boleh tersenyum walaupun Tengku Syahran sedar senyuman itu sekadar paksaan. 
Satu keluhan keluar dari bibir Tengku Syahran.Ya, ALLAH ! Apa yang telah aku lakukan padanya? Kejamnya aku.Tengku Syahran menyesal. 
Masih terbayang tangisan Zahlia yang kuat merayu-rayu agar dirinya dilepaskan.Pujukan itu amat mendayu-dayu sampai tangannya meronta-ronta menghalang tubuhnya didekati. Tengku Syahran menggigit bibirnya.Kepalanya digaru-garu.Bingung dengan kebisuan Zahlia sejak seminggu yang lalu seakan menjerut tangkai hatinya. 
Perasaan berdosa sudah lama menguasai diri Tengku Syahran.Rasa bersalah kian menggunung tinggi.Tengku Syahran mula sedar, disebabkan perbuatan dua malam berturut-turut itu, jiwanya tidak tenteram sehingga ke hari ini.Tengku Syahran menyesali dirinya apabila tersedar Zahlia benar-benar tidak sihat keesokannya.Sedangkan malam sebelum dia meniduri wanita itu secara kasar buat kali kedua, Zahlia sudah mengadu tentang hal itu. 
Tengku Syahran menundukkan wajahnya.Aku telah memperkosanyakah? Terbetik persoalan yang menakutkan dirinya tiba-tiba.Aku telah memperkosa isteriku sendiri? Tengku Syahran terasa lemah.Ada air mata kesalan yang ingin menitis keluar.Turut bersimpati dengan kesalan itu. 
Maafkan abang,Alia! Bisiknya. 



ZAHLIA sedang menikmati angin malam di luar rumah.Matanya masih belum mengantuk.Dia juga tahu Tengku Syahran masih belum tidur.Kerana itulah Zahlia malas hendak naik ke bilik lagi.Pujuk rayu lelaki itu hanya akan merimaskan jiwanya.Zahlia risau jika dia tertewas dengan egonya. 
Zahlia memeluk tubuh yang kedinginan.Terasa nyaman setelah seminggu menetap di rumah arwah neneknya.Dia mendongak ke langit.Tiada bintang yang berkelip malam itu.Seolah-olah memberi tanda yang hari hendak hujan. 
Zahlia mengeluh tiba- tiba.Ingatannya tertumpu pula pada Tengku Syahran.Sudah seminggu dia tidak bertegur sapa dengan Tengku Syahran.Itu keputusannya.Kerap juga lelaki itu cuba mencetuskan perbualan tetapi tiada langsung yang menarik minatnya untuk berbual sama. 
Cuma sebentar tadi, Zahlia hampir-hampir membuka mulut menjawab pertanyaan Tengku Syahran.Zahlia nyaris menerima huluran tangan lelaki itu yang mahu memimpinnya ke ruang makan.Mujurlah dia diingatkan semula dengan kata-kata yang lahir dari hatinya seminggu yang lalu. 
Zahlia bungkam.Sampai bilakah dia dan Tengku Syahran harus begini? Senyap dan sepi sahaja yang mengulit setiap ruang.Adakah aku yang keras kepala? Bukankah lelaki itu sudah berkali-kali meminta maaf? Apalagi yang aku mahukan? Perceraian? Tak mungkin! 
     “Tapi, kenapa tak mungkin? Kau mahu dia sakiti tubuh kau lagi?” bisikan halus bergema di telinganya secara tiba-tiba. 
Zahlia terdiam.Terbayang semula peristiwa hitam itu. 
     “Tidak!!” ujarnya dalam hati. 
    “Habis,mintak aje cerai.Kau tak perlu menderita lagi.Biar dia yang menanggung masalah tu.Biar padan muka dia!” 
Zahlia terdiam lagi.Memikirkan bisikan halus yang dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya. 
    “Dia dah perkosa kau, Alia? Suami kau sendiri…dah merendah-rendahkan maruah kau!” bisikan itu semakin mengancam sudut hatinya.Zahlia menerkup telinga. 
    “Tidak!!” jerit Zahlia lagi. 
    “Dia meniduri kau secara kasar, di dalam terang dan yang paling menakutkan di ruang tamu itu! Kau tak malukah?” bisikan itu masih menghasut. 
Zahlia menggeleng.Dia tidak sanggup mendengar bisikan itu yang kian merobek hati. 
     “Minta cerai padanya! Perkahwinan ini tak mendatangkan bahagia.Apalagi yang mahu kau tunggu! Hanya penderitaan yang akan kau dapat! Minta cerai Alia!!” 
Zahlia terus-terusan menggeleng.Minta cerai? 
    “Tidak.Aku tak mungkin bercerai dengannya.Syah perlu bertanggungjawab.Dia sendiri dah berjanji tak akan mengabaikan aku.Untuk apa aku meminta cerai? Dia akan bertanggungjawab ke atasku,” Zahlia membalas dengan jeritan di dalam hati. 
      “Kau pasti? Entah-entah…dia nak main-mainkan perasaan kau.Dia buat begitu kerana nak sesuatu dari tubuh kau.” 
Zahlia memejamkan mata.Bisikan itu semakin menghiris hatinya.Semakin dihalang, semakin banyak yang mengacu pisau ke lubuk jiwa.Dia takut kebenaran berpihak pada bisikan itu.Segera dia menggeleng. 
    “Aku yakin! Syah sayangkan aku.Dan aku…aku jugak sayangkan dia.Aku takkan benarkan sesiapa merampas dia dari aku.Aku cintakan dia!!!” Zahlia menjerit sekuat hati. 
Hanya anggota dalaman yang terasa gentar dengan jeritan itu.Hanya Zahlia yang tahu hatinya sedang menjerit sepuas hati mengatakan yang dia cintakan Tengku Syahran.Tiada yang tahu kecuali ALLAH yang dapat mendengar segala keluh-kesahnya. 
Zahlia tersedar lantas dia beristighfar.Bisikan yang hampir memperdayakannya sudah hilang entah ke mana.Tiada lagi yang mengganggu fikiran.Segera Zahlia bingkas bangun.Bilik tidur yang sepi bagaikan melambai-lambai 
memanggilnya untuk ke situ.Zahlia menarik nafas sebelum melangkah ke bilik. 



TENGKU SYAHRAN ternampak wajah sugul Zahlia terpacul di muka pintu, pantas dia menyeka air mata yang sedang menitis.Tengku Syahran memandang isterinya dengan rasa berbaur.Ada kesalan dan ada kerinduan.Dia kesal dengan perbuatan kejamnya dan dia merindukan suara lunak itu berbicara lembut memujuknya seperti suatu ketika dahulu.
Tengku Syahran nampak Zahlia sudah mencapai bantal dan meletakkan ke hamparan permaidani 
di hujung katil.Perbuatan itulah 
yang membebankan lagi perasaan bersalah dalam jiwa Tengku Syahran.Zahlia sedang melarikan diri darinya.Menjarakkan lagi perhubungan yang semakin longgar.Kata-kata hatinya bertandang lagi dalam diri. 
Segera Tengku Syahran memejamkan matanya.Berbicaralah dengan aku, Alia! Aku rindukan kau… suara kau dan segala-galanya milik kau! Tengku Syahran berbisik dalam hatinya. 
    “Alia….” Tengku Syahran memberanikan diri untuk bersuara. 
Zahlia dilihatnya sudah berbaring di atas permaidani tanpa apa-apa alas.Hanya bantal semata-mata.Wanita itu tetap membisu dan diam. 
M ata Zahlia terkebil-kebil mengarahkan pandangan ke sudut lain.Jijik mahu meratah pandangan mata suaminya lagi.Kalau boleh dia tidak mahu mendengar suara itu juga.Zahlia sudah terlupa dengan jeritan hatinya tadi. 
Tengku Syahran kecewa dengan respons Zahlia lalu perlahan-lahan dia mendekati Zahlia.Tubuh Tengku Syahran turut rebah bertentangan dengan Zahlia.Berkongsi bantal yang sama.Terus bersabung panahan mata masing-masing sehingga menggegarkan seluruh urat nadi kedua-duanya. 
Zahlia bertindak untuk memalingkan tubuhnya.Cuba untuk menenangkan kencang yang berombak di dada.Dia terasa tangan Tengku Syahran memeluk pinggangnya.Dia hanya diam.Kalau ditolak, dia takut tindakan ganas itu berulang lagi. 
    “Maafkan abang!” 
Zahlia terasa lehernya dikucup lembut.Dia memejam matanya.Suara gemersik begitulah yang dirindui.Bukan herdikan dan sepak terajang yang menyakitkan tubuhnya.Zahlia tidak tahu kenapa hari ini dia tidak menolak suaminya yang mahu bermesra dengannya.Malah jarak waktu seminggu yang diambil untuk mengelakkan diri dari berbicara dengan Tengku Syahran sebenarnya turut menghukum jiwa Zahlia yang kian menyayangi lelaki itu.Teringat kembali jeritan hatinya tadi. 
     “Abang bersumpah….” 
    “Jangan!” potong Zahlia. 
Tengku Syahran terpana.Kali pertama sejak seminggu yang lalu wanita itu akhirnya membuka mulut.Hanya untuknya di ruang bilik itu.Tiada lagi terselit nada tangisan.Cukup tenang sekali.Lidah Tengku Syahran kelu tiba-tiba. 
Tengku Syahran merapatkan tubuhnya lagi.Bagaikan terhidu haruman wangi yang terlahir dari rambut lurus milik isterinya.Benar kata hatinya… dia menyintai wanita itu.Terlalu cinta! Cinta yang membuatkan hatinya lebih merana, hebat dan asyik dari perasaan cinta yang pernah dirasai bersama Nazirah. 
    “Abang kejam, kan? Tak patut buat Alia macam tu.”
Zahlia terdengar bisikan lembut itu menyapa telinganya.Dia membisu.Gagal untuk mengeluarkan suara. 
    “Abang bersumpah,Alia! Abang bersumpah bersungguh-sungguh takkan buat macam tu lagi.” penuh kesungguhan Tengku Syahran membisikkan kalimah tersebut.Itu doanya.Tidak mahu menyakiti wanita kesayangannya lagi. 
   “Jangan! Nanti sumpah memakan diri!” 
   “Biarkan.Abang rela mati dimakan sumpah asalkan abang tak berperangai macam tu lagi,” balas Tengku Syahran.Dia bersyukur Zahlia sudah boleh mengeluarkan banyak bicara.Dia tak mahu wanita itu senyap dan membisu. 
Zahlia mengeluh.Semenjak peristiwa dua malam berturut-turut itu, dia tidak tahu sama ada kasih dan sayangnya masih wujud untuk Tengku Syahran atau tidak.Yang Zahlia tahu dia rindukan belaian mesra lelaki itu seminggu lamanya.Dan tadi….segala rahsia hatinya telah diakui yang hatinya telah terisi dengan cinta lelaki itu. 
Lamunan Zahlia terbantut apabila tubuhnya ditarik supaya menghadap Tengku 
Syahran.Zahlia diam dan menurut.Melawan pandangan suaminya yang disedari dia pasti tertewas! 
     “Hukumlah abang, Alia! Abang merayu tetapi tolong jangan menghukum abang dengan membisu begini.Jiwa abang lebih terseksa,” ucap Tengku Syahran beriak sesal. 
Zahlia memejam matanya.Tidak rela menjawab walaupun sepatah.Dia sendiri belum bersedia memaafkan lelaki itu.Benarkah? Zahlia tertanya-tanya.Ya! 
Zahlia pasti yang dia belum bersedia.Tetapi, dalam waktu yang sama dia masih memerlukan lelaki itu di sisinya.Apa maknanya perasaan ini?
Tidak semena-mena air mata Zahlia merembes keluar dari kelopak mata yang tertutup rapat.Pantas diseka oleh ibu jari Tengku Syahran.Zahlia terasa dahinya dicium lembut.Syahdu hatinya. 
Perlahan-lahan Zahlia merapatkan sendiri tubuhnya ke arah lelaki itu lalu dipeluk sepenuh kasih.Tanpa dipaksa dia menangis di dada itu.Terungkai sebuah dendam cinta yang menyeksakan. 
Zahlia terlena dalam dakapan Tengku Syahran malam itu.Nyenyak tidurnya tiada lagi diganggu dengan mimpi ngeri yang pernah menyekat ketenangannya.Tiada juga sendu yang berlagu-lagu berserta esak tangis yang menemani tidur malamnya seperti beberapa malam yang lalu. 

No comments:

Post a Comment