Tuesday, October 18, 2011

BICARA HATI BAB 53

TENGKU SYAHRAN tidak berputus asa.Tanpa membuang  masa, dia terus menghidupkan enjin kereta Honda Preludenya dan mengekori kereta Zahlia dari belakang.Dia tidak mahu membiarkan isteri yang amat disayanginya itu meninggalkannya begitu sahaja.Tengku Syahran memandu keretanya begitu laju.Dia percaya isterinya masih ada di hadapan.
 Akhirnya Tengku Syahran dapat mengejar Zahlia.Dia mengekori kereta itu dari jarak
jauh.Tidak mahu isterinya perasan.Kini, dia telah sampai di kawasan perumahan milik Adli dan Anissa.Kelihatan Zahlia sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah temannya itu.Zahlia sedang menekan loceng.
Terus sahaja Tengku Syahran memberhentikan kereta dan melangkah keluar
mendapatkan Zahlia.
   “Alia, kenapa pergi macam tu aje? Kan mama kata kita bincang dulu,” ujar
Tengku Syahran sambil memegang bahu isterinya.
   “Tak ada apa-apa yang nak dibincangkan lagi bang.Kisah kita dah tamat.” Mendatar sahaja suara Zahlia sambil menepis tangan Tengku Syahran di bahunya.
Zahlia menekan loceng rumah Adli sekali lagi.Tengku Syahran terpaksa mengikut
rentak Zahlia.Tidak mahu menyakiti hatinya lagi.Dia mesti bersikap sabar dengan perangai isterinya kali ini.
   “Alia,mama boleh terangkan segala-galanya pada mak.Tentang Alia dan status Alia.Alia bukan anak luar nikah.Semua orang akan tahu, Alia!” Tengku Syahran tidak berputus asa memujuk.
   “Apa bezanya bang?Cuba abang cakap…kenapa mesti ada mulut yang membeza-bezakan taraf hidup seseorang?” Zahlia seperti mahu menjerit di situ.
   “Abang tak tau nak cakap apa sebab yang abang tau…abang sayangkan Alia.Abang nak hidup dengan Alia.That’s all!”
Zahlia menarik nafasnya dalam-dalam.Tapak kakinya seperti telah melekat
di hadapan pintu pagar itu.Gagal bersuara.
   “Dengar sini, Alia!Tindakan yang Alia ambil ni takkan selesaikan apa-apa.Hanya menyeksakan diri sendiri dan perasaan abang.Alia tak perlu buat begitu.Alia hanya perlu ikut abang balik dan bincang sama-sama dengan mak dan mama.”
Suara Tengku Syahran mulai kendur.
   “Kita balik dulu, sayang,” sambung Tengku Syahran.
  “Tak nak!”
  “Jangan degil.Mari…ikut abang.” Tengku Syahran menggenggam pergelangan tangan Zahlia.
   “Lepaslah…Alia tak nak balik rumah tu lagi.” Zahlia meronta-ronta minta
dilepaskan.
Tengku Syahran tidak peduli dengan rayuan Zahlia.Ditariknya tubuh Zahlia.Namun,
kemunculan Adli dan Anissa di hadapan pintu pagar menghentikan perbuatan Tengku Syahran.
Adli dan Anissa berpandangan seketika.Hairan melihat riak kekeruhan yang
melanda kedua-dua wajah itu.
   “Syah, what happened?” tanya Adli.Tengku Syahran menoleh ke arah Zahlia.Kemudian berpaling semula ke arah Adli.Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu.
Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, Zahlia terus meluru ke arah Anissa.Dipeluknya
tubuh itu untuk meredakan kesedihan hatinya.
Adli semakin pelik.Tetapi, apabila melihat riak keresahan yang tertumpah
di wajah Tengku Syahran, dia sudah mula mengagak puncanya.Adli memberi isyarat kepada Anissa supaya membawa Zahlia ke dalam.Isterinya hanya menurut.
Selepas Anissa dan Zahlia berlalu, Adli mempelawa Tengku Syahran ke dalam
rumah.Lelaki itu menurut lemah.



SUASANA sepi membaluti segenap pelosok ruang tamu rumah Adli.Zahlia yang duduk bersebelahan Anissa sejak tadi hanya membisu seribu bahasa.Setiap patah perkataan yang diceritakan kepada Adli dan Anissa semuanya lahir dari mulut Tengku Syahran.Lelaki itu yang membuka mulut dan meluahkan segala-galanya.
nya Adli sambil membuka pintu pagar.
Adli terdiam.Sekali-sekala matanya menjeling ke arah Anissa yang turut membantu menenangkan hati wanita itu.
   “Macam mana Li? Apa yang patut aku buat? Aku mahu terus bersama Alia.” Tengku Syahran bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.
Adli merenung wajah yang buntu itu.Rasa simpatinya tumpah.
   “Aku bukan tak nak tolong kau, Syah! Keputusannya terletak pada tangan kau
dan Alia.Kalau Alia setuju, aku tak boleh nak paksa.Itu hak dia!” Adli berat mahu meluahkan kata-kata.
Tengku Syahran semakin bingung.Dihembus nafas yang berat dan menyeksakan dada.Kemudian Tengku Syahran bangun dan berjalan ke arah Zahlia.
   “Alia dah fikir masak-masak? Betul, Alia tak mahu hidup bersama abang?” soal
Tengku Syahran pilu.
Zahlia tunduk.Dia juga pilu sebenarnya tetapi bagaimana dia mahu meneruskan
hidup seandainya lelaki itu kehilangan keluarga semata-mata mahu hidup dengan wanita murah sepertinya?
Zahlia tidak mahu perkara itu berlaku.Biarlah dia yang mengalah.
   “Kita sama-sama sayang-menyayangi.Pedulikan anggapan orang.Yang penting
hati kita.Alia tak perlu kisah dengan kata-kata mak.Abang yang hidup dengan Alia, bukan mak,” sambung Tengku Syahran seolah-olah memujuk.
Zahlia tetap membisu.TEngku Syahran mengeluh.BErcakap dengan Zahlia memerlukan ketenangan.
   “Tolonglah Alia.Terimalah abang.Kita tinggalkan tempat ni dan bina
hidup baru di tempat lain, ya?” Tengku Syahran masih berbicara lembut.
Adli dan Anissa pula hanya diam dan adakalanya masing-masing berpandangan.Zahlia tetap diam.Tengku Syahran menarik nafas.Dia perlu bertanya sekali lagi.
   “Alia betul-betul tak mahu hidup dengan abang lagi?” kali ini soalan itu ditanya
bersama air mata yang mengalir lesu di pipi.
Zahlia memejamkan matanya sekejap.Kemudian dia mengangguk berat.Tengku Syahran mengetap bibir.Mengeluh kecil sambil merenung wajah itu.
   “Abang kena bertanggungjawab ke atas Alia.Abang dah…..” Tengku
Syahran tidak mampu meneruskan kata-kata.Dia memejamkan mata.
Adli dan Anissa berpandangan.Kemudian menumpukan perhatian ke arah
pasangan yang sedang berinteraksi itu.
“Macam mana kalau Alia betul-betul mengandung? Anak tu anak  abang jugak!”
Tengku Syahran tiba-tiba bertanya.
Adli dan Anissa terlopong.Hampir ternganga mulut kedua-duanya setelah
mendengar pengakuan Tengku Syahran.
     “Syah!” Adli menyampuk.Meminta kepastian tentang pernyataan Tengku Syahran sebentar tadi.
Tengku Syahran menoleh ke arah Adli.Kepalanya diangguk perlahan.Zahlia pula hanya membisu.
Tengku Syahran bingkas berdiri.Kebisuan Zahlia membuatkannya pasrah di
situ.Dia merenung wajah ayu itu buat kali terakhir sebelum menghayun langkah ke arah Adli dengan semangat yang telah rapuh.Tiba di hadapan Adli, Tengku Syahran
melepaskan nafas berat.
   “Li, maafkan aku kerana terpaksa membebankan diri kau dengan masalah aku.Aku tak bermaksud nak menyusahkan kau sebenarnya.Tapi, aku terpaksa akur dengan keputusan Alia.Aku harap kau sudi jaga dia sementara waktu ni.Aku akan cari tempat untuk dia tinggal nanti,” ujar Tengku Syahran bersama air matanya sekali lagi.
Betapa keputusan itu amat memedihkan hati.Namun, Tengku Syahran terpaksa redha.Itu suratan hidupnya.Keputusan Zahlia terpaksa dihormati.Tengku Syahran mula melangkah meninggalkan ruang tamu rumah temannya itu.
   “Syah, kau nak ke mana?” pintas Adli. Tengku Syahran mematikan langkah.
  “Satu tempat yang belum aku tentukan tapi yang pastinya bukan di sini lagi,”
ucap Tengku Syahran tenang.
  “Jangan terlalu ikutkan perasaan Syah.”
Ucapan Adli tidak merubahkan pendiriannya.Tengku Syahran harus keluar dari
belenggu yang akan menambahkan lagi keperitan hatinya.Dia harus berada jauh dari Zahlia.
   “Jaga diri Alia baik-baik.Abang pergi dulu!” pesan Tengku Syahran tanpa sedikit
pun memandang wajah Zahlia.
Tengku Syahran sudah melangkah keluar untuk meninggalkan rumah temannya
itu.Adli tidak mampu menghalang.Tiba-tiba Adli teringatkan sesuatu lantas dia berlari keluar mendapatkan Tengku Syahran bersama sebuah sampul surat di tangan.
   “Syah!” Adli menjerit.Dia berlari ke arah Tengku Syahran.
   “Syah…ini geran tanah rumah kau.Aku dah belikan rumah untuk kau.Kunci
dan semua dokumen penting ada dalam tu,” ujar Adli lalu menghulurkan sampul surat besar ke arah temannya.
Tengku Syahran menyambut sampul surat itu dengan senyuman tawar.Tiada
lagi perasaan ceria yang hinggap di hatinya.
    “Terima kasih atas bantuan kau, Li.Tetapi yang paling aku risaukan adalah Alia.Aku amanahkan dia pada kau buat sementara waktu ni.Aku akan carikan dia satu tempat yang lebih elok.Janji dengan aku, Li?”
Adli mengangguk.
   “Terima kasih.Satu lagi, kalau betul-betul Alia mengandung, kau jangan risau
dengan perbelanjaannya.Aku akan tanggung,” sambung Tengku Syahran lagi.
   “Kau nak ke mana,Syah? Bagaimana aku nak hubungi kau?” tanya Adli risau.
Tengku Syahran menjungkit bahu.Kakinya melangkah kembali.Tetapi sebelum
melangkah ke luar pagar, dia sempat bersuara.
   “Rahsiakan tentang rumah yang aku beli tu!”
Kelibat Tengku Syahran mula menghilang di sebalik kegelapan malam.Dia pergi membawa sekali penderitaan hati yang tidak tertanggung.
Semasa keretanya bergerak membelah malam untuk meninggalkan rumah Adli,dia tidak menyedari sepasang mata milik Zahlia sempat menghantar pemergiannya bersama air mata yang bercucuran di sebalik langsir tingkap.Pasangan itu terpisah
di situ.

Sebelumnya kau pergi 
Renunglah aku di sini 
Kerna mungkin terjadi 
Kita takkan bersua lagi 
Anggaplah pertemuan ini 
Mungkin yang terakhir 
Dan tak usah kita kesali 
Atas apa yang terjadi 

Dalam sayu, Zahlia teringat cebisan rangkap sebuah lagu yang pernah digemarinya dahulu.Hatinya rancak menyanyi mengikut rentak lagu itu sedangkan sanubarinya hanya tahu menangisi pemergian lelaki itu.Dan yang menyedihkannya, Tengku Syahran tidak langsung merenungnya buat kali terakhir.Zahlia pasrah.

1 comment: